ULASAN BERITA DALAM SEMINGGU

 logo_blog_ulasan.jpg

ULASAN BERITA DALAM SEMINGGU

 

NIZAR SEPATUTNYA TIDAK HADIR NYALAKAN LILIN –

DEWAN ULAMA PAS

liilin3.jpg
 Nizar bersama lilin kepecayaan DAP

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.
Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.
Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.
Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.
“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini. (ehsan Utusan Malaysia).


ULASAN

NIZAR PAK TURUT SETIA DAP

Saya perhatikan dari awal lagi, iaitu bermula dari pemberian geran tanah kepada kaum  Cina di Perak untuk tempoh 1,000 tahun (kurang setahun) dan tindak tanduknya mengikut tanpa kecuali terhadap apa saja cadangan DAP, ternyata Nizar adalah Pak Turut yang amat setia kepada DAP. Saya tidak menyangka sampai begitu sekali taksubnya beliau kepada DAP, sehingga upacara keagamaan bukan Islam dengan memasang lilin sebagaimana Ketua Dewan Ulama PAS sendiri Harun Taib tidak boleh bersabar dengan beliau . Ini tidak masuk kira lagi bila beliau memakai lilitan kepala di majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat  sebelum ini yang tak ubah seperti perangai kebudak-budakan  itu .

Apakah ini semua dilakukan oleh sebab ibu kandungnya seorang Cina dan beliau diasuh fasih berbahasa dan berbudaya kaum  Cina,  menyebabkan beliau lupa statusnya sebagai orang Melayu melalui bapanya yang berbangsa Melayu itu ? Sungguh memalukan . Biarlah Si luncai terjun dengan Labu-labunya !. Tahniah kepada DAP yang berjaya menjadikan Nizar benar-benar anak didiknya yang setia.  

 

TPM: ZAID CUBA RENDAHKAN KEWIBAWAAN KU LI

SEREMBAN 21 Julai - Tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengajak Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan sebagai merendahkan kredibiliti pemimpin UMNO itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Tengku Razaleigh merupakan pejuang UMNO dan pengasas parti ini sejak dahulu lagi, justeru tidak sepatutnya kewibawaan beliau dipersoalkan.
''Lagipun, kenapa dia (Zaid) jemput seorang sahaja, tidak jemput semua," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke-15 dan persidangan perwakilan kebangsaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-27 di Klana Resort di sini h
Beliau diminta mengulas ajakan Zaid supaya Ahli Parlimen Gua Musang itu menyertai PKR menerusi blognya - 'Dari Lensa ZI'.
Katanya lagi, tindakan yang dilakukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu nyata telah merendah-rendahkan kewibawaan politik Tengku Razaleigh.
''Walaupun (Tengku Razaleigh) tidak berjawatan, tetapi beliau masih aktif dan cergas.
''Sewaktu kita menjalankan kempen pada pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan baru-baru lalu, Tengku Razaleigh banyak membantu dan kita hampir menang kerana kehadiran beliau di situ," tambah beliau lagi.( ehsan Utusan Malaysia )

ULASAN

TENGKU LI MESTI DIBERIKAN PERANAN DALAM UMNO DAN KERAJAAN

TPM Tan Sri Muhyiddin tidak perlu begitu emosi marahkan Dato’ Zaid Ibrahim mantan Menteri di JPM  yang mengajak Tengku Razaleigh ( Ku Li) menyertai PKR sebuah parti pembangkang yang baru disertainya. Ibarat kata pepatah penjual warung makanan ‘Sedap Beritahu Kawan, Tak Sedap Beritahu Kami’, dimana Zaid  mungkin merasa sedap dan selesa berada dalam PKR, lalu mengajak rakannya yang lain untuk bersama beliau.
Apakah ada tawaran dibuat untuk Ku Li berperanan dalam Kerajaan BN yang memerintah sekarang? Setahu saya Ku Li hanya dibuat semacam ‘Quran Buruk’ yang tidak dipakai tetapi hanya tersimpan di tempat tersisih yang sukar dilihat oleh sesiapapun.
Cubalah kita renung sekilas lalu ke belakang di mana Ku Li berhenti berperanan dalam Kerajaan BN dan UMNO; ialah pada masa perlawanan merebut jawatan Presiden UMNO antara beliau dengan Tun Mahathir Mohammad beberapa tahun yang lalu, di mana kekalahan tipis beliau (43 undi)  di tangan Tun Mahathir membuatkan beliau disisih terus dati kepimpinan negara dan UMNO.
Saya paparkan perkara ini, tidak bererti saya menyokong Ku Li semasa beliau merebut jawatan berkenaan dengan Tun Mahathir masa itu, kerana masa itu saya seorang wartawan yang sedang bertugas, yang diwajibkan oleh kod etika kewartawanan , tidak boleh memihak. Tetapi apa yang saya cuba paparkan di sini ialah betapa kita mensia-siakan seseorang yang berwibawa, yang mampu dan boleh berperanan memajukan rakyat, UMNO dan Negara , hanya dengan sebab beliau pernah kalah dalam pertandingan merebut jawatan pucuk pimpinan parti dan pernah menyuarakan akan bertanding merebut jawatan yang sama pada pemilihan berikutnya.
Saya pernah terbaca dalam majalah Times versi Eropah yang memaparkan kemampuan seorang Anak Raja Malaysia yang bernama Tengku Razaleigh yang mampu membantu Malaysia keluar dari kemelut ekonomi dunia yang lembab. Malangnya kita di Malaysia tidak tahu menggunakan senjata ampuh yang ada di pinggang kita sendiri untuk mempertahankan diri bila diserang !
Jika hal ini dapat dilihat oleh pihak PKR , tidak salah mereka membuat tawaran seperti itu, yang lojik dan munasabah, kerana merekapun sedang memburu para pemimpin UMNO yang berwibawa yang sudi bersama mereka demi menarik kepercayaan rakyat negara agar memilih parti mereka dalam pilihanraya yang akan datang !     
Apa yang seharusnya dibuat oleh Muhyiddin ialah secara dia-diam menemui Ku Li dan menawarkan peranan Anak Raja yang menjadi Ketua UMNO Bahagian Gua Musang  serta Ahli Parlimen Gua Musang itu serta menyerahkan beliau satu tugas khusus untuk dimainkannya bagi membantu membina ekonomi  negara kita ini.
Saya yakin dan percaya, latarbelakang Ku Li sebagai bekas Pengasas Bank Bumiputera dan Petronas  itu, serta kemahirananya bermain politik dengan MCA dan MIC  serta pembangkang di zaman Allahyarham Tun Razak itu  boleh dimanfaatkan untuk memertabatkan UMNO dalam menghadapi pakatan Pembangkang yang semakin merbahaya  dalam konteks Kuasa Melayu terkini.
 

Trackback(0)
Komen (1)Add Comment
...
Dikomen oleh Pali, September 03, 2009
tak tahu pulak dewan ulama pas bagi komen tu. nice..
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.

busy