|
AKHIRNYA 11 PENYOKONG HINDRAF DITAHAN |
|
|
|
 |
|
Ketua Polis Kuala Lumpur
Datuk Mohd Sabtu Osman
|
PUTRAJAYA – Polis menahan 11 penyokong Hindu Rights Action Force
(Hindraf) yang berkumpul di hadapan Jabatan Perdana Menteri (JPM), 23 Okt yang lalu untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri,
Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi.
Memorundum tersebut menuntut pembebasan lima pemimpin kumpulan
haram itu yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA).Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, antara yang ditahan adalah isteri
Pengerusi Hindraf, K. Shanti bersama seorang anak perempuannya.
Difahamkan kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini, untuk disoal siasat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Supritenden Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi hari ini, enggan mengulas penahanan penyokong Hindraf itu.
Namun Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika dihubungi petang ini mengesahkan penahanan sekumpulan penyokong Hindraf itu.
Menurutnya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 48 Akta Pertubuhan kerana bertindak bagi pihak atau membantu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Pada 15 Oktober lalu, kerajaan mengisytiharkan Hindraf sebagai sebuah pertubuhan haram dan ia diputuskan hasil daripada pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) semenjak pertubuhan berkenaan ditubuhkan.
Kelima-lima pemimpin tersebut kini sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mulai 13 Disember tahun lalu.
Perdana Menteri pada masa ini berada di Beijing, China bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) Ketujuh.
Sementara itu tinjauan di sekitar IPD Putrajaya lewat petang ini mendapati keadaan normal meskipun terdapat laporan mengatakan satu perhimpunan akan diadakan oleh kumpulan itu di hadapan IPD tersebut. ( Ihsan Utusan Malaysia)
|