A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 8 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini180
mod_vvisit_counterBulan Ini7065
mod_vvisit_counterJumlah202545
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow AKHIRNYA 11 PENYOKONG HINDRAF DITAHAN
AKHIRNYA 11 PENYOKONG HINDRAF DITAHAN PDF Cetak Emel
datuk_muhammad_sabtu_pic.jpg

 Ketua Polis Kuala Lumpur

 Datuk Mohd Sabtu Osman

PUTRAJAYA – Polis menahan 11 penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang berkumpul di hadapan Jabatan Perdana Menteri (JPM), 23 Okt yang lalu untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi.
    Memorundum tersebut menuntut pembebasan lima pemimpin kumpulan haram itu yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, antara yang ditahan adalah isteri Pengerusi Hindraf, K. Shanti bersama seorang anak perempuannya.
    Difahamkan kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini, untuk disoal siasat.     Ketua Polis Daerah Putrajaya, Supritenden Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi hari ini, enggan mengulas penahanan penyokong Hindraf itu.
    Namun Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika dihubungi petang ini mengesahkan penahanan sekumpulan penyokong Hindraf itu.
    Menurutnya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 48 Akta Pertubuhan kerana bertindak bagi pihak atau membantu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
    Pada 15 Oktober lalu, kerajaan mengisytiharkan Hindraf sebagai sebuah pertubuhan haram dan ia diputuskan hasil daripada pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) semenjak pertubuhan berkenaan ditubuhkan.
    Kelima-lima pemimpin tersebut kini sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mulai 13 Disember tahun lalu.
    Perdana Menteri pada masa ini berada di Beijing, China bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) Ketujuh.
    Sementara itu tinjauan di sekitar IPD Putrajaya lewat petang ini mendapati keadaan normal meskipun terdapat laporan mengatakan satu perhimpunan akan diadakan oleh kumpulan itu di hadapan IPD tersebut. ( Ihsan Utusan Malaysia)

Trackback(0)
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack