|
POLIS BERTEGAS TERHADAP KUMPULAN HARAM HINDU (HINDRAF) |
|
|
|
|
 |
| Geng Hindraf tak rasa bersalah pun! |
KUALA TERENGGANU 16 Okt.- Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hindu Rights Action Force (Hindraf) jika ia masih menjalankan aktiviti selepas diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata,polis akan memantau sebarang tindakan yang diambil pertubuhan tersebut selepas pengisytiharan berkenaan.
“Hindraf kini tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti di bawah nama pertubuhan tersebut dan jika mereka masih beroperasi,kita akan mengambil tindakan undang-undang,”katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai pengisytiharan Hindraf sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Musa berkata,pengharaman Hindraf dilakukan kerana pelbagai tindakan pertubuhan itu sebelum ini yang boleh mengancam keselamatan Negara termasuk demonstrasi dan rusuhan.
“Dengan pengisytiharan sebagai sebuah pertubuhan haram, maka tindakan boleh diambil terhadap mereka selepas ini,”ujarnya.
Dalam pada itu beliau memberitahu,polis dalam peringkat akhir menyiapkan kertas laporan kejadian yang berlaku di Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Menurutnya,laporan berkenaan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat untuk tindakan selanjutnya.
“Setakat ini, kita sudah mengambil keterangan daripada pelbagai pihak berhubung kejadian itu,”katanya. (Ihsan dari Utusan Malaysia)
|