|
| Kota Melaka lambang kuasa Melayu abad ke16 |
Untuk rakyat Malaysia yang kurang arif dengan sejarah orang Melayu di negara ini, maka di sini diperturunkan satu tulisan ringkas mengenai fakta sejarah Melayu yang ditulis oleh Ahmad Khalib bin Ibrahim dengan ikhsan Utusan Malaysia- Pengarang
Oleh: Ahmad Khalib Md. Ibrahim
Fakta sejarah yang menyamakan orang Melayu sebagai kaum pendatang dari Nusantara ke bumi Malaysia seperti juga orang Cina dari tanah besar China dan orang India dari benua India perlu diperbetulkan.
Kenyataan sebenar mengenai Melayu sepatutnya ialah: Melayu itu berasal dari Nusantara. Negeri-negeri seperti Tanah Malaya, Patani, Indonesia, Kalimantan, Sulawesi, Brunei, Mindanao, Palawan, Riau dan Singapura adalah sebahagian daripada Nusantara.
Melayu penuntut asal Nusantara.
Pada asalnya, mereka semua Melayu dan bertutur bahasa Melayu yang berpaksikan pada bahasa Melayu Nusantara. Mereka mungkin bercakap dalam dialek Jawa, Tagalog, Bugis, Minangkabau, Aceh, Banjar dan banyak dialek lagi. Seperti orang Cina menggunakan dialek Hakka, Hokkien, Taucho tetapi mereka tetap berbahasa Cina.
Melayu yang berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain dalam lingkungan alam Nusantara. Di mana juga mereka berada, mereka mengamalkan kebudayaan yang berakar umbi dari negeri-negeri alam Nusantara. Mereka berinteraksi dalam bahasa Melayu Nusantara.
Kajian arkeologi membuktikan orang Melayu sebagai penduduk asal Nusantara termasuk di Malaysia.
Bahan bukti artifak arkeologi dari kawasan perkuburan, bahan budaya dan kesenian menunjukkan ia dimiliki orang Melayu.
Kajian antropologi menunjukkan persamaan struktur atau hampir sama keseluruhan penduduk asal Nusantara. Struktur Melayu sangat berbeza dengan orang Cina dan orang India.
Kebudayaan.
Di Malaysia, Melayu itu mesti berasal dari Nusantara, beragama Islam dan berbahasa Melayu. Melayu itu pengamal kebudayan dan adat istiadat Melayu yang berpaksi dari Nusantara. Kebudayaan dan istiadat Melayu termasuklah istiadat keagamaan dan istiadat menjunjung duli. Sultan dan raja-raja Melayu adalah pemegang kuasa adat istiadat Melayu di Malaysia.
Kedatangan bangsa Melayu atau perpindahan orang Melayu dari pulau-pulau persektiaran Nusatara adalah ibarat perpindahan dalam perkampungan sendiri.
Perpindahan orang Cina dan India ke Malaysia adalah akibat desakan ekonomi. Mereka terpaksa atau dipaksa ke mari kerana kepetingan ekonomi.
Orang Melayu adalah pribumdi Malaysia.
Perjuangan mereka mempertahankan Malaysia bukan baru. Orang Melayu di Malaysia telah mempertahankan negara ini sejak lebih lima ratus tahun lalu. Mereka mempertahankan Malaysia daripada serangan Siam sejak zaman kesultanan Melaka.
Orang Melayu mempertahankan Melaka, Pada tahun 1511, Melaka adalah sebuah empayar yang menguasai ke seluruhan Tanah Melayu termasuk sebahagian Sumatera. Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis.
Orang Melayu juga bangun menetang Inggeris yang menjajah satu persatu negeri-negeri di Tanah Malaya. Ingatlah dan kita jangan lupa perjuangan Datuk Mahajaraja Lela di Perak, Penghulu Dol Said Pahlawan Naning, Datuk Kelana di Negeri Sembilan, Datuk Bahaman di Pahang, pahlawan Mat Salleh di Sabah, Tok Janggut dari Pasri Puteh, dan Datuk Abdul Rahman Limbong dari Terengganu.
Mereka hanya sebahagian daripada orang Melayu yang berjuang mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu.
Trackback(0)
|