A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 13 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini486
mod_vvisit_counterBulan Ini2826
mod_vvisit_counterJumlah198306
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow 13 MEI SEJARAH HITAM YANG PERLU DIULANGKAJI & DIIKTIBARI
13 MEI SEJARAH HITAM YANG PERLU DIULANGKAJI & DIIKTIBARI PDF Cetak Emel

Oleh: Mej Zulkifli Dato’ Hj Tahir  

 MUKADDIMAH :   Dari awal lagi saya mempunyai hasrat untuk mengisi laman blog

 13mei_1969.jpg
        Satu album pada 13 Mei 1969 

saya ini dengan pelbagai informasi yang boleh membantu untuk memperkasakan bangsa saya, agama saya dan tanahair saya ; sesuai dengan hasrat dan cita-cita sebagai sebuah bangsa yang merdeka dan berdaulat , tanpa perlu memandang curi ke kiri dan ke kanan takut-takut dilihat oleh sesiapa , dalam memperkatakan hak dan ketuanan bangsa kita di tanah bertuah ini.. Bagi saya semakin ramai orang melihat dan memperkatakannya, semakin baik demi tujuan yang saya nyatakan di atas itu . Saya mengambil tanggungjawab penuh diatas setiap tulisan yang saya paparkan di laman saya ini . Sebagai permulaan,, di sini saya petik satu rencana, ihsan dari BTDM Bil 118/05/03  yang saya yakin sesuai dengan situasi dan kondisi hari ini, untuk iktibar kita semua . Semoga ia boleh menjadi panduan dan sempadan kepada penghuni negara ini  - Yazid Othman ,  Pengarang.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.

Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. 

Proses demokrasi yang bergelora

Pada 10 Mei 1969, pilihanraya telah diisytiharkan di Semenanjung Malaysia yang memberi keyakinan kepada parti UMNO tetapi tanpa disedari ia telah mengancam proses demokrasi. Kerenggangan penyokong-penyokong berbangsa Cina mula dirasai dan penguasaan UMNO di dalam kekuasan politik Persekutuan dan juga Negeri mula terlucut; ‘kapal layar’ Parti Perikatan, yang terdahulunya sentiasa berada di hadapan di dalam setiap pilihanraya, telah mula kelihatan ‘mengharungi lautan yang bergelora’ dan di peringkat inilah kedudukan penguasaan UMNO di dalam kerajaan mula goyah dan bermulalah krisis keyakinan di dalam proses demokrasi itu sendiri.

Orang-orang Melayu merasakan bahawa kuasa  politik Parti itu telah berganjak dari pihak Parti Perikatan ke Parti Pembangkang; kepada pendatang-pendatang minoriti yang lain. Jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang diperolehi di dalam pilihanraya Persekutuan seterusanya, pihak pembangkang memperolehi 23 kerusi, melebihi satu per lima daripada jumlah kuota kerusi Parlimen yang ditetapkan kepada negeri-negeri di dalam Persekutuan.

Kekecewaan mula timbul bukan sahaja terhadap keputusan pilihanraya 1969 tetapi terhadap proses demokrasi itu sendiri. Komuniti bukan Melayu, akibat konsensi dan kompromi yang diberikan oleh orang Melayu sendiri, kini memperolehi sebahagian daripada kuasa politik negara. Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Batu, Selangor telah meminta kbenaran pihak polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli parti Gerakan. Kebenaran dan permit telah dikeluarkan oleh pihak polis. Sebaliknya DAP tanpa mendapat kebenaran pihak polis, turut membuat keputusan untuk mengadakan perarakan yang sama pada 13 Mei 1969. Justeru DAP telah turut sama dengan perarakan yang dibuat oleh Gerakan. Gabungan dua parti pembangkang yang selama ini diibaratkan sebagai ‘api di dalam serkam’ mula mengkucar-kacirkan keadaan. Sebagai tindak balas, pemuda-pemuda Melayu UMNO mula bertindak untuk mengadakan satu perarakan UMNO bagi membalas perarakan Parti DAP dan Gerakan sebelum ini.

Ketegangan kaum

Kejadian mengamuk secara beramai-ramai yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca dari khabar-khabar angin yang merebak bagikan api.  Tanggapan bahawa perubahan akan berlaku terhadap konfigurasi kuasa politik dan keraguan di kalangan masyarakat Melayu telah mengeruhkan lagi keadaan yang kian genting. Kemarahan orang-orang Melayu khasnya mereka yang menyokong parti UMNO telah ditujukan kepada orang-orang Cina dan India yang dianggap pembelot yang telah meninggalkan Parti Perikatan, parti yang mengabungkan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India.’Pembelotan’ ini telah meletakkan kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO di dalam keadaan yang genting dan terumbang – ambing.

Apa yang jelas, lokasi kejadian 13 Mei 1969 tidaklah pula secara kebetulan. Negeri Selangor merupakan sebuah negeri di Semenanjung di mana naluri dan semangat Melayu UMNO telah lama bertapak. Ketidaktenttuan kestabilan politik di negeri itu juga kian meruncing akibat keputusan pilihanraya, khabar-khabar angin yang dipolitikkan selepas pilihanraya serta sambutan bagi meraikan kemenangan di dalam pilihanraya oleh parti pembangkang. Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya yang asal, tidak terdapat kemungkinan, dari segi teknikalnya, akan tertubuhnya kerajaan baru yang dipimpin secara mutlak oleh pihak parti pembangkang.

Kegagalan law and order

Walaupun wujudnya maklumat-maklumat serta ‘berita’ yang hangat diperkatakan bahawa akan berlakunya kekacauan dan rusuhan di antara kaum, ia tidak dimaklumkan kepada pihak tentera. Mereka masih berkeyakinan bahawa tidak akan berlaku perkara-perkara yang serius. Beberapa hari semasa berlakunya kekacauan, tidak terdapat sebarang bentuk perisikan yang sebenar yang disampaikan ke pihak pemerintah atau pegawai tentera yang terlibat secara fizikal di kawasan tanggung jawab. Ke semua jentera perisikan kelihatan dibekukan selama tempoh berlakunya kekacauan.

Penugasan utama pasukan tentera pada sekitar akhir tahun 60a bukan sahaja dalam menentangan ancaman dan kegiatan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Di samping tu, tentera juga memainkan peranan dan sentiasa bersiap sedia dalam membantu pihak Polis mengawal ketenteraman awam. Penglibatan tentera dalam ketenteraman awam teruji apabila diberi tanggungjawab oleh negara untuk mengawal rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Walaupun mengawal ketenteraman awam menjadi tugas sekunder,namun pihak tentera telah membuktikan bahawa pasukan ini berkeupayaan untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan pantas dan jayanya tanpa perlu mengakibatkan kehilangan nyawa dan merosakkan harta benda yang berterusan. Akhirnya pada malam itu POPO telah diisytiharkan di  Contigent Control Center (CCC) dan diikuti dengan pengisytiharkan perintah berkurung. 

Ini bermakna dengan rasminya pihak tentera diberi kuasa ‘polis’ yang luas di bawah undang-undang negara untuk menjalankan tugas bagi menyelamatkan keadaan. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Op Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Op Tenteram.

Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN)

Melihat kepada keadaan yang kian meruncing, SPB Yang di – Pertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri telah mengisytiharkan keadaan darurat di seluruh negara.Pengisytiharkan tersebut telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordnan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149.

Dengan pengisytiharan tersebut system kerajaan berparlimen telah dibubarkan. Sebagai caretaker pentadbiran negara selepas Parlimen dibubarkan, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN pada 17 Mei 1969 untuk Perlembagaan Fasal (2) Perkara 150. Untuk melaksanakan tugas-tugas di bawah Ordinan ini, beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi Polis dan Tentera.

MAGERAN yang dibentuk selepas 13 Mei 1969 bertujuan bagi memulihkan kestabilan dan ketenteraman awam khususnya untuk mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara. Di antara fungsi-fungsi utama MAGERAN ialah ;

a) mengembalikan keamanan dan undang-undang negara
b) menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan
c) mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

Bagi melaksanakan tugas-tugas ketenteraman awam yang dipertanggungjawabkan kepada pihak tentera, Jen (B) Hj. Tun Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengawai Kerja yang menjadi pengerak utama dalam kegiatan urusetia MAGERAN.

Tugas-tugas utama yang dilakukan oleh pihak tentera

Dalam menangani ketenteraman awam semasa Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana ,  Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD.

Seramai 3,301 orang pegawai dan anggota tentera yang telah diatur gerakkan bagi mengawal keadaan huru hara di seluruh Semenanjung Malaysia dan dari jumlah tersebut, seramai 3,076 orang ditugaskan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan selebihnya ditugaskan di kawasan Klang dan Port Swettenhem. Tugas-tugas utama yang dijalankan oleh pasukan tentera dalam menangani kekacauan semasa peristiwa 13 Mei 1969 di kawasan Kuala Lumpur adalah seperti berikut;

1. Rondaan. Rondaan dibuat sama ada secara berjalan kaki atau berkenderaan dan tujuan rondaan dilakukan adalah:
2. Memastikan Keselamatan. Dengan kehadiran tentera bersenjata bertujuan untuk mengawal keadaan dapat mententeramkan orng ramai. Apabila orang ramai melihat kehadiran pasukan tentera mereka mulai merasa selamat. Penglibatan ketenteraman awal telah terbukti dan mereka melakukan kerja tanpa sebarang kepentingan atau menyebelahi mana-mana pihak.
3. Memastikan Tiada Pelakuan Jenayah. Rondaan yang dilakukan juga bertujaun untuk mengelakkan orang ramai dari melakukan pecah rumah, mencuri, menceroboh dan membakar rumah  atau bangunan terutama rumah dan bangunan kedai yang ditinggalkan kosong oleh penghuninya.
4. Mengawal Keadaan. Mengawal kenteraman orang ramai dan memastikan tiada sebarang kejadian huru-hara dan pergaduhan berlaku dengn mengasingkan kaum dari memasuki kawasan majoriti kaum yang lain di samping menguatkuasakan perintah berkurung bagi mengelakkan orang ramai dari berkeliaran.Kawasan-kawasan sensitif yang mana rondaan oleh pasukan tentera dilakukan adalah seperti berikut;
(a) Sekitar kawasan Kg. Baru
(b) Sekitar kawasan Datuk Keramat
(c) Sekitar Chow Kit melalui Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut dan kawasan persekitarannya.
(d) Kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur ( City Center) iaitu di sekitar Jalan Bandar dan Parlimen.
(e) Sekitar kawasan Jinjang dan Kepong
(f) Di sekitar kawasan Salak South ( sekitar Balai Polis Salak South), kawasan Pudu, Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya.
(g) Mendirikan Road Congril Points (RCPs) dan kawalan lalu lintas. Tempat – tempat yang mana RCP telah diadakan adalah;
(i) Bulan Besar di Chow Kit ( sekarang terdiri dari lampu-lampu isyarat di persimpangan Jalan Ipoh – Jalan Pahang dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz ).
(ii) Edinburgh Circus ( Bulatan Edinburgh) – adalah satu bulatan besar berhampiran dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang.

Tujuan diadakan RCP adalah:

1. Kawalan orang ramai – menyemak dan mencegah kumpulan orang yang tidak berkenaan dari memasuki mana-mana kawasan yang boleh menimbulkan huru-hara.
2. Menjaga keamanan kawasan.
3. Sebagai amaran awal mengenai kehadiran perusuh.
4. Mengurus, mengawal dan menyelamatkan sesuatu kawasan ( dominate area). Selain dari RCP, kawalan lalu lintas juga diadakan dengan memeriksa orang yang lalu, barang-barang yang dibawa dalam kenderaan dan menyemak siapa yang memasuki dan keluar dari sesuatu kawasan.

Light Strike (LSF). Selepas beberapa hari kemudian, pasukan telah dibekalkan dengan tidak kurang dari 12 buah landrover. Tentera telah menubuhkan kumpulan yang diberi panggilan LSF, yang mana anggot akan meronda dan bergegas serta bertindak pantas ke mana-mana tempat yang diperlukan bantuan.


Tugas – tugas  Sampingan Pasukan Tentera

Selain dari tugas-tugas utama tentera yang telah diberi kausa ‘polis’ yang luas di bawah undang-undang negara bagi menjalankan tugas untuk mengawal dan menyelamatkan keadaan kacau bilau yang berlaku, tugas-tugas sampingan yang dilakukan oleh pasukan tentera adalah seperti berikut;

(a) Pengiring VIP. Sebagai tugas pengiring bagi orang-orang kenamaan ini hanya dilakukan bila diperlukan sahaja.
(b) Pengedaran Bahanan Makanan. Pusat pengedaran makanan berada di sekolah-sekolah seperti di Sekolah Kg. Baru dan juga di masjid-masjid. Sub unit yang berkawal ke rumah dan kepada individu terutama bagi mereka yang tidak mempunyai makanan. Sebanyak tujuh pusat bantuan makan telah dibuka iaitu di bulatan Sulaiman Club, Kampung Baru, Dewan Perhimpunan Cina, Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat; Dewan Orangramai Setapak, Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan; Sekolah Menengah Kampung Kerinchi dan Sekolah Jalan Maxwell. Kesemua pusat bantuan makanan ini telah ditutup pada 26 Mei 1969 dan orang ramai yang masih memerlukan bantuan makanan dikehendaki menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat di Jalan Brickfields.
(c) Pemindahan Pelarian. Beratus – ratus orang mengambil pelindungan di masjid ketika kekacauan berlaku, kebanyakannya orang-orang luar dari Kampung Baru. Masjid dijadikan tempat berlindung dan mendapat bekalan makanan dan minuman. Berpuluh-puluh kenderaan 3 ton telah digunakan untuk memindahkan ke semua pelarian tersebut, di antaranya ke kawasan Kg. Pandan.
(d) Aktiviti Menyelamat dan Perlindungan. Antara contoh aktiviti menyelamat dan bantuan perlindungan yang telah dilakukan oleh anggota Batalion 5 RAMD adalah seperti berikut:
i) Subunit di Kg. Baru diberitahu mengenai terdapat dua orang perempuan Cina tua yang bersembunyi di bawah rumah mereka tanpa makan dan minum selama hampir dua atau tiga hari. Sub unit telah membawa keluar wanita tersebut dan diserahkan kepada polis untuk perlindungan mereka seterusnya dan dibawa keluar dari Kg. Baru.
ii) Balai polis di Salak South diancam oleh perusuh, dan sub unit diarahkan untuk membantu dan meredakan keadaan.
iii) Kompeni D telah memberi perlindungan kepada beberapa orang pekerja Cina sebuah syarikat pembinaan di Kampung Datuk Keramat.
iv) Pemindahan pekerja-pekerja  sebuah kedai makan yang terkepung di Jalan Ipoh. Tentera tidak memihak kepada sesuatu pihak atau bangsa sahaja. Mereka menjalankan tugas tanpa mengira diskriminasi kaum atau agama.

Kuala Lumpur Kembali  Tenang

Pada minggu pertama, keadaan mulai tenang di mana orang ramai agak berani untuk keluar rumah tetapi bersikap berjaga-jaga mulai keluar rumah. Kesemuanya ini dengan adanya rondaan dan kehadiran tentera sentiasa untuk memberi keyakinan. Pasukan 5 RAMD adalah kumpulan terakhir penglibatan tentera yang telah ditugaskan untuk menangani ketenteraman awam iaitu selama hampir tiga bulan dan kemudian menyerahkan tugas dan kawasan gerakan kepada Police Field Force (PFF) pada bulan Ogos 1969. Tindakan yang dilakukan oleh tentera bagi menyatupadukan penduduk berbilang kaum.

Taklimat Pemimpin Kaum. Tentera ketika itu memainkan peranan sebagai orang perantaraan “Duta’ yang cuba menguruskan perjumpaan di antara orang Melayu dan Cina khasnya di kalangan pemimpin-pemimpin kaum penduduk-penduduk ke dua-dua kawasan iaitu Kampung Baru dan Chow Kit. Pemimpin-pemimpin kaum diberi taklimat dan penjelasan untuk memulihkan keadaan kepada sediakala dan mengikis segala perasaaan dendam mendendam.  

Perjumpaan Muhibbah. Perjumpaan muhibbah anara pemimpin masyarakat dan penduduk-penduduk ke dua kaum telah diuruskan oleh pihak tentera. Tujuannya adalah untuk menyatupadukan dan berbaik-baik semula orang ramai yang berbalah dan menghilangkan prasangka buruk semua kaum terhadap kaum lain.

Ketua Kaum Kampung Baru. Ketua-ketua kaum Malaya di Kampung Baru pada masa itu telah memainkan peranan mereka untuk mententeramkan keadaan dengan berhubung rapat dengan pasukan tentera serta memberi maklumat-maklumat tertentu dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan muhibbah.

Sikap anggota tentera yang terpuji

Tiada siapa yang dapat mengagak tragedi rusuhan antara kaum ini akan berlaku. Semua jentera kerajaan telah terperangkap pada awalnya dan tidak dapat membuat apa-apa. Yang jelas, pemimpin – pemimpin dan anggota pasukan yang ditugaskan bagi mengawal keadaan telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Prestasi anggota dari Pegawai Memerintah hingga ke peringkat ketua seksyen begitu tenang dan tidak tergopoh gapah dalam menjalankan tugasnya. Mereka telah mendapat latihan yang baik dan bersikap adil dan bukan bertujuan untuk membalas dendam. Bermula dari anggota di barisan hadapan iaitu ‘rifleman’ hingga ke anggota pasukan belakang di Kem Sungai Besi, mereka telah memainkan peranan serta tanggungjawab mereka masing-masing dengan baik dan berkesan. Antara lain anggota tinggal belakang turut memberi  bantuan seperti menyediaka makanan untuk dihantar kepada anggota barisan hadapan di peringkat awal peristiwa 13 Mei 1969.

Anggota tentera telah menjalankan tugas tanpa berat sebelah. Mereka telah menyelamat, menjaga keselematan orang ramai dan harta benda serta menembak penjenayah dan perusuh tanpa mengira kaum. Seebagai contoh, pada satu etika di dalam satu sekatan jalanraya, pemeriksaan dilakukan ke atas semua kenderaan, orang dan barang yang dibawa. Subunit telah menahan sebuah kereta di tempat pemeriksaan dan seorang dari dalam kereta telah menganalkandiri seabgai Yang Berhormat. Anggota tersebut lalu bercakap “Yang Berhormat ke bukan Yang Berhormat itu saya tidak tahu, saya hanya menjalankan tugas saya untuk memeriksa, selepas periksa boleh jalan.”Peristiwa ini menunjukkan bahawa anggota yang menjalankan tugas tidak berat sebelah dan mengira kaum mahu pun pangkat.

Sepanjang peristiwa 13 Mei 1969, anggota telah melaksanakan tugas tidak mengira keselamatan diri, keadan tempat, cuaca, masa dan tenaga serta keletihan. Pada hari pertama dan kedua ( 13 dan 14 Mei 1969) mereka melupakan makan dan minum, anak dan isteri serta keluarga dan melakukan kerja yang telah diberi demi berkorban untuk negara bertujuan untuk menentukan keselamatan dan mententeramkan keadaan. Mereka mempunyai fikiran yang tenang, misi yang jelas dan pengorbanan mereka telah menyelamatkan situasai dari menjadi lebih parah.

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al Marhum Tunku Abdul Rahman meletakkan tuduhan ke atas Parti Komunis dan elemen-elemen Kongsi Gelap Kaum Cina sebagai penyebab kepada tercerusnya peristiwa 13 Mei 1969. Walau bagaimanapun, yang nyata beberapa faktor yang lain boleh dikaitkan;

(1) Perbezaan menginterprestasikan Perlembagaan oleh kaum bangsa Melayu dan bukan Melayu dan
(2) Keresahan ‘ satu bangsa’ dari kaum pendatang yang menentang peruntukan Perlembagaan yang berhubung kait dengan hak istimewa orang Melayu serta martabat bahasa Melayu ( terutama sekali di bawah Seksyen 152 dan 153 Perlembagaan) jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain. Selain dari itu perspektif politik pula, wujud juga keengganan generasi muda bangsa Cina ketika itu untuk menerima tawaran yang diberikan oleh pihak UMNO kepada ‘pemimpin lama’ MCA dan keresahan ini dilanjutkan lagi dengan apa yang mereka sifatkan sebagai ‘ Malaysia untuk orang Melayu’, sebuah dasar yang dititikberatkan oleh Kerajaan Perikatan ketika itu.

Bagi orang-orang Melayu pula, wujud pula kekecewaan yang telah lama terpendam, mereka merasakan diri mereka sebagai bumiputera yang jauh ketinggalan di dalam proses modenisasi yang sedang berlaku di dalam negeri mereka sendiri. Mereka merasakan diri mereka ‘kelemasan’ ditenggelami oleh mereka yang bukan Melayu, dari segi jumlah penduduk mahu pun di dalam bidang ekonomi. Mereka perlu mempertahankan hak dan warisan sepertimana yang termaktub di bawah Perlembagaan.

Penutup

Tidak dinafikan bahawa yang nyata, rusuhan ini adalah berpunca daripada polarisasi perkauman ( ethnic polarisation) dan kemarahan orang Melayu serta rungutan yang berterusan terhadap ketidakseimbangan sera pencapaian tahap ekonomi yang lemah. Keberkesanan pihak tentera menjalankan tugas bagi mengawal keadaan kacau – bilau serta huru-hara khususnya di kawasan ibu kota mendapat pujian. Sekiranya pihak tentera lambat bertindak, berkemungkinan keadaan menjadi tidak terkawal mengakibatkan ramai menjadi mangsa tercedera dan terbunuh akibat perasaan marah yang membara dan sukar dibendung lagi ketika itu.

Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan datang. Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan , khasnya pihak tentera,  tapi oleh semua.  Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya jangan sesekali mengambil peluang atas kedudukannya dan melaga-lagakan rakyat demi kepentingan peribadi. Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua.

Rakyat jangan ambil mudah di atas keamanan yang sedang dikecapi kerana di sebalik itu terdapat anasir-anasir yang sedang berusaha untuk memporak-perandakan keadaan.    

 

Trackback(0)
Komen (25)Add Comment
...
Dikomen oleh wak panuci, May 13, 2009
saya dengar di batu pahat johor pun berlaku pertumpahan darah, betul ke??
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh mohd fadzil, May 13, 2009
Syabas! fakta yang amat menarik!
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh nasuha, July 24, 2009
assalamualaikum..
sy ingin mngetahui lbih lnjut mgenai peristiwa ini..
plz emel me bout dis k..
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh hakimi, July 28, 2009
assalamualaikum..
boleh cerita lebih lanjut mengenai peristiwa 13 mei ini....
ini merupakan projek kumpulan saya untuk mengupas tajuk mengenai punca,kesan dan kewujudan perpaduan kaum di malaysia selapas peristiwa ini....
kalau boleh tolong email saya yerk....
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh lily, August 17, 2009
semua yg ditulis baik2 belaka,tapi yang sebaliknya di tulis di wikipedia.
mana yg betul?
saya sbg generasi baru ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa hitam ini
report abuse
vote down
vote up
Undian: +2
...
Dikomen oleh Mohammad Ariesan, August 22, 2009
Boleh kupas sejarah awal penubuhan Pasukan Polis Bantuan hingga sekarang tak?
Ramai yang tak tahu jasa pasukan kerdil dalam PDRM ni..
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh anuar, August 27, 2009
Tahniah...boleh teruskan usaha bagi menyedarkan anak melayu dan orang melayu sekarang.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh kadiology, August 30, 2009
assalamualaikum.

saya sedang mencari KEADAAN rakyat malaysia selama mana waktu ketika darurat berkuat kuasa. tetapi terlalu sedikit maklumat. kebanyakan maklumat berkenaan mageran adalah pre dan pasca 13 mei, tetapi bukan 4 atau 12 bulan selepas mageran berkuat kuasa.

umpamanya, adakah 12 bulan selepas 16 mei, perintah berkurung masih berkuat kuasa, RAMD masih menjalankan rondaan, perniagaaan, komunikasi berfungsi, bentuk penerangan melalui TV dan sebagainya. bagaimana kah keadaan waktu itu?

wujudkah buku atau dokumen yang boleh saya rujuk?

jika ada, emailkan kepada saya.

terima kasih atas maklumat ini.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh Mohd Nadzri Kamsah, November 05, 2009
Syabas kerana maklumat yang amat berguna.Dapatkan juga tokoh-tokoh pejuang Malayu 13 mei yang membela kaum melayu.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh saktira, November 11, 2009
memuaskan and interesting but maklumatnya is simple and only a few. kena nyatakan sebab, akibat, kesan, kesimpulan ke?
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh saktira, November 11, 2009
smilies/wink.gifmemuaskan dan menarik tapi it's very simple. actually must have sebab, akibat, kesan, kesimpulan ke?i hope peristiwa ini diperbanyakkan.........
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh semaremas, December 29, 2009
PERISTIWA HITAM 13 MEI 1969. Kini 2009. Sudah 40 tahun berlalu. Dulu GERAKAN pembangkang. selepas itu GERAKAN menyertai BN. Kini, GERAKAN menentang kembali secara diam. MCA membisu. MIC menunggu. PAS semakin rakos. PKR semakin bongkak. UMNO masih bertahan.

Sumber-sumber maklumat di Wikipedia ternyata merupakan sumber-sumber yang berunsur berat sebelah. Ada pihak masih berdendam dan terus berdendam serta akan berdendam. Pelik amat pelik sekali kenapalah kaum-kaum pendatang masih tidak boleh menghormati budaya dan adat resam orang Melayu penduduk peribumi bumi bertuah ini. Kalau mereka tidak boleh hidup bersama orang Melayu kenapalah sibuk-sibuk hendak menumpang tuah di negara tumpangan mereka.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh effah, January 28, 2010
assalamualaikum...syabas dan trimas kerana menulis mengenai peristiwa ini..ia bnyk membantu saya dlm memahami peristiwa ini dngn lebih jelas.Teruskan uasaha...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh samsul, February 27, 2010
tuuuuuu pun nak bergaduhhhhhhh ja hihi smilies/grin.gif smilies/grin.gif.............
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh samsul, February 27, 2010
askum'saya berterima kasih kerana kaum malaysia boleh mempertahankan negara smilies/smiley.gif smilies/cheesy.gif......
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh samsul, February 27, 2010
komen saya salah.....,
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh samsul, February 27, 2010
malaysia bolehhhhhhh !! 1rakyat 1negara !! smilies/grin.gif 1malaysia smilies/smiley.gif
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh Y.M. Raja Hazriq, March 17, 2010
aku nk bg taw kat orang cina yang diluar sana.....jangan terlalu kurang hajar.....nanti buruk padahnye......orang2 melayu di sungai manik sedang bersiap menghadapi kemungkinan 13 mei pada PRU akan datang....jadi, orang cina hati2........allahhuakbar
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh din, March 22, 2010
menarik kisah 13 mei 1969
terdapat pelbagai pendapat, kadang-kadang macam susah nak percaya yang mana satu
nak dapatkan bukti, beli terus buku '13 mei sebelum dan selepas'
lepas baca, baru saya percaya.
kasihan tunku.
mahathir gila.
da tengok video tunku buat kenyataan..

report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh iju, May 19, 2010
peristiwa 13 Mei mmg betul yerjadi
sehingga diisytiharkan darurat..
melayu dihina di tanah air sendiri,
orang luar beraja di tanah air kita,,
maka terjadilah peristiwa 13 mei..
keadaan sekarang boleh menjadi punca untuk berulangnya peristiwa 13 mei kali ke2
maka...
berhati-hatilah kita orang melayu
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh lia, May 22, 2010
skrg ada lg manusia yg menindas bangsa melayu kita...sy xtau apa masalah peribadi dia sampai dalam ofis dia nak menindas...kadang2 dia menengking orang melayu...sy rasa dia xpaham apa itu yg dimaksudkan "1malaysia"...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh aNgaH, June 10, 2010
hmmm...sAya barU bErusia 15 tAhun,,aDAkah pEristiwa iNi menyebAbkan banyAk nYa pErtumPAhan dArah??
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh zaidi, August 19, 2010
harus menjadi iktibar pada generasi masa kini...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +2
...
Dikomen oleh Mamat Rahmat, August 24, 2010
peristiwa 13 mei 1969...merupakan satu titik hitam dalam sejarah bangsa melayu....terlalu ramai melayu yang terkorban dek galah panjang bermata pisau cangkuk....mayat2 bergelimpangan...mayat melayu dikutip...disumbat kedalam trak2 askar....ditanam beramai....inilah cerita yang didengar dari mereka yang menyaksikan kejadian itu di Chow Kit & Kg Baru.....di mana orang2 kuat (pahlawan & pendekar melayu) yang berdekatan....semua lari!..takut!...

Sedarlah...bersatupadulah, sentiasa berwaspadalah, berjaga-jaga dan bersiap sedia....dan apa yang penting kuatkan jati diri bangsa kita......janganlah kita dibuai dengan kebebasan tanpa ada batas....jagalah maruah agama & bangsa kerana Allah....

sesungguhnya amat menakutkan jika peristiwa ini berulang kembali....dan apa yang pasti peristiwa ini akan terjadi pada satu hari nanti......jika kita tidak beringat......adakah kita sudah bersedia dengan kacau bilau ini!...adakah kita selesa dengan keadaan pada masa ini!....adalah kita senang dengan senario sekarang.....berdoalah kepada Allah s.w.t semoga kita dibawah perlindunganNya Amin

report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh Ani, August 27, 2010
Pd pdpt saya,crita ttg prstiwa 13 mei ini amat baik utk rujukan semua..sy nk btnya,selain kwsn yg dsbut tlah berlaku peristiwa itu,kwsn mana lg yg terlibat?betul ke di lembah pantai,KL
jg tlibat?
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack