A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 21 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini200
mod_vvisit_counterBulan Ini9196
mod_vvisit_counterJumlah548861
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Berita arrow KEGELISAHAN PERKAUMAN : RAKYAT LEGA DENGAN TINDAKAN TENTERA DAN POLIS
KEGELISAHAN PERKAUMAN : RAKYAT LEGA DENGAN TINDAKAN TENTERA DAN POLIS PDF Cetak Emel
atm.jpg 
 Panglima ATM
polis.jpg 
 Timb. Ketua PDRM

Baru-baru ini rakyat Malaysia khasnya orang-orang Melayu meresa terumbang ambing serta bercampur baur dengan dukacita dan kekesalan yang amat sangat kerana orang yang bertamu di rumah kita sudah mulai berani mempersoalkan hak Tuan Rumah  tempat yang mereka diberi tumpang , dan tanpa segan silu mengisytiharkan mereka mempunyai hak yang sama ke atas rumah itu.

 

Kita sudah merasakan amat gelisah. Kita tiada tempat mahu pergi jika tetamu yang kita anggap teman rapat dalam rumah kita itu sudah hilang pertimbangan dan menghalau kita keluar dari rumah kita sebagaimana yang telah terkeluar dari mulut  mereka pada pertengahan tahun 1969 dulu . Kalau tetamu kita itu tidak suka tinggal di rumah kita, mereka ada rumah asal mereka, tetapi kita hanya di sini sahaja rumah kita , tidak ada tempat lain lagi.

Suasana suram dan perasaan sebal seperti ini berlaku sejak 8 Mac lalu , setelah lima buah negeri di Malaysia dikuasai parti pembangkang. Kaum keturunan pandatang ini terus membuat kenyataan demi kenyataan serta perlakuan yang menghiris hati orang-orang Melayu sebagai penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu (yang kemudiannya  diubah kepada nama Malaysia) .

Tambah sedih apabila Kerajaan Negeri Kelantan dan Perak secara berleluasa memberikan tanah kepada orang-orang keturunan pendatang ini, sedangkan orang-orang Melayu pun begitu ramai yang masih tidak mempunyai tapak rumah sendiri. Tak cukup setakat itu, media melaporkan ada pula rundingan sulit sedang diadakan antara DAP dan Pimpinan Negeri Selangor untuk tidak membenarkan laungan azan di kawasan-kawasan tertentu, kerana mengganggu penduduk di situ.

Manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula secara drastik menulis nama-nama jalan dengan tulisan Cina tanpa merujuk kepada Ketua Orang-orang Melayu negeri itu Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi iaitu Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang yang juga Perdana Menteri Malaysia . Tindakan ini adalah selari dengan amalan dan sikap para pemimpin pakatan rakyat yang diketuai oleh DAP yang mempersoalkan ‘Hak Orang-orang Melayu’ di negeri ini yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara . Cabaran dan provokasi apakah ini?

Kita sebelum ini mempunyai prasangka baik bahawa Penasihat Parti PKR Dato’ Sri Anwar Ibrahim tentunya akan menghalang sebarang pernyataan dan perbuatan melampau para pemimpin dan pengikut pakatan rakyat , yang boleh menghiris perasaan orang Melayu. Tetapi sangka baik kita kepada Anwar itu hanya sia-sia sahaja kerana beliau sendiri yang menjadi penyokong utama kumpulan Hindraf (kumpulan pelampau Hindu) yang baru-baru ini mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan mendakwa kaum India di negara ini sedang dihapuskan oleh Umno yang menjadi teras Kerajaan BN.

Kenyataan Anwar yang giat membina pengaruhnya dilihat lebih ‘memberi muka’ kepada kaum bukan Melayu daripada mempertahankan maruah orang-orang Melayu ini dilakukan semata-mata kerana ingin meraih sokongan dari kumpulan ini, tanpa memikirkan akibat buruk kepada bangsa dan negara.

Bagaimanapun kita merasa lega dan terhibur, apabila malam kelmarin Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Zainal yang menzahirkan kurang selesa dengan perbuatan mempersoalkan kedudukan ‘Hak Orang-orang Melayu’ yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. 

Teguran pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  ini kepada pihak terbabit, tentunya ibarat air sejuk dari puncak gunung yang turun membasahi bumi yang gersang dan panas . Ia penawar istimewa merawat dan mengubati hati kita yang berdenyut sakit selama ini. Orang melayu bersyukur kepada Allah diatas rahmat ini.

 Panglima Angkatan Tentera itu berkata:

“ Keadaan dalaman negara boleh menjadi huru-hara sekiranya isu perkauman terus dimainkan oleh ahli-ahli politik..tugas utama ATM ialah memastikan keselamatan negara daripada diganggu gugat oleh musuh….sementara itu keharmurnian dan perpaduan kaum pula merupakan tanggungjawab yang harus dipikul bersama oleh semua rakyat di negara ini …

“Organisasi  ATM  adalah merupakan sebuah badan yang professional serta bertindak tanpa dipengaruhi sebarang unsur politik ….Saya cuma menyatakan kebimbangan saya dan ATM berkenaan isu itu (perkauman) iaitu sesuatu yang tegas perlu dilakukan bagi menghentikan masalah ini ”

Kita merasa terlindung dan dilindungi dengan suara Panglima ATM itu. Ia tentunya bukan kenyataan politik, bahkan ia adalah kenyataan berasaskan fakta yang tegas dan amat jelas, agar pihak yang sedang bermain api selama ini agar berhenti serta merta, kerana mereka sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang merbahaya kepada keselamatan di negara ini. Segeralah sedar dari tidur dan bukalah mata jangan bermimpi lagi. Keselamatan negara amat penting dijaga sebelum ia terjejas.

Kita boleh bayangkan sekiranya pihak terlibat enggan menerima kenyataan tegas ini. Pihak yang terlibat hendaklah membetulkan diri serta merta sebelum ianya terlambat, sebelum apa yang mereka tidak ingini berlaku kepada mereka.

Sehubungan dengan itu, sukalah saya perturunkan dibawah ini titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Isttiadat Perbarisan Diraja dan Pentauliahan Kadet PALAPES Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke 22 di UUM Sintok, Kedah pada 10 Mei 2003. Titah Baginda seperti berikut :

“ Saudara-saudari, senario politik dunia yang tidak menentu sekarang memerlukan semua warganegara untuk sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan ancaman keatas kedaulatan Negara yang kita cintai. Keamanan dan kemajuan Negara yang kita kecapi sekarang perlu dikekal dan pertahankan.

" Tanggungjawab untuk menjamin keamanan dan kedaulatan Negara bukan hanya terletak di bahu pasukan-pasukan keselamatan sahaja, semua tanggungjawab ini perlu dipikul bersama oleh setiap rakyat yang cintakan tanah airnya.

" Justeru itu, Beta menyeru kepada saudara-saudari, untuk terus menyumbang bakti demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air yang dicintai. Sumbangan positif saudara-saudari akan terus menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Negara dan seterusnya kelangsungan hidup rakyat yang lebih baik.

" Janganlah saudara dan saudari melakukan sesuatu tindakan yang boleh memporak-perandakan kesejahteraan dan keamanan Negara.

" Para hadirin sekalian, Tema yang dipilih sempena Istiadat Pentauliahan ini ialah ' Patriotisme Asas Ketahanan Nasional '. Ia adalah satu tema yang bertepatan dengan perkembangan semasa dan keadaan di sekeliling kita.” (Ihsan dari BTDM)

Malah pagi ini, 13 September, kita menjadi lebih terhibur dan ketenteraman dalam negara benar-benar dilindungi apabila pihak berkuasa polis Malaysia mengumumkan:

“ Tiga orang ditahan  dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga tengah malam ini dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama. Mereka ialah ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok, pengendali Laman Web Malaysia Today , Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita akhbar berbahasa China,  Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

“ Penahanan dibawah ISA itu dibuat , untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan bagi membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama ” Kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Mereka ditahan dibawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Saya sendiri mempunyai prinsip tidak suka ISA digunakan kepada mana-mana individu  kerana ia merupakan tahanan polis tanpa bicara. Bagaimanapun dengan alasan yang jelas diberikan oleh pihak berkuasa polis , untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan negara yang sedang diperkotak katikkan sekarang , saya fikir tindakan itu wajar . Tambah pula kenyataan pihak berkuasa polis itu ialah untuk menyiasat dan menyelidik apa yang sebenarnya  berlaku dan adakah individu yang ditahan itu benar-benar terbabit dengan isu berbahaya itu atau sebaliknya.

Saya mendesak pihak polis segera mendakwa mereka di Mahkamah sekiranya didapati ada kes. Dan sekiranya individu terbabit itu jelas tidak terbabit dengan sebarang isu yang berbahaya ibarat api dalam sekam itu, saya mendesak agar pihak polis membebaskan mereka segera tetapi hendaklah dicari sampai ke akar umbi dan menahan segera orang-orang  yang benar-benar terlibat dengan isu yang boleh memporak-perandakan  negara kita ini. 

 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack