|
Fakta sejarah mencatatkan dengan amat nyata dan amat terang yang tidak boleh
 |
| TANAH MELAYU YANG KINI DIKENALI MALAYSIA |
dipersoalkan oleh sesiapapun bahawa Bangsa Melayu telah ada d negara ini sejak berjuta tahun lalu. Cuma ahli kaji sejarah purba hanya mampu mencatatkan penemuan secara saintifik bahawa Bangsa Melayu telah membina tamadun di Tanah Melayu (nama lama bagi negara Malaysia) ini sejak 2,000 tahun lalu.
Bangsa Malayu yang mendiami di Tanah Melayu , adalah satu bangsa besar bernama Orang Melayu yang telah wujud dan membina tamadun sendiri sejak jutaan tahun lagi di kawasan yang digelar oleh Bangsa Barat sebagai The Malay Archipelago atau lebih dikenali dengan Gugusan Kepulaun Melayu. Bangsa inilah yang mendiami Tanah Melayu, Kepulauan Jawa, Kepulauan Filipina, Kepulauan Singapura, Kepulauan Riau dan sebagainya.
Bangsa inilah yang memerintah sendiri kawasan-kawasan negara yang dibahagikan kepada negara-negara tertentu di Kepulauan Melayu yang kaya raya dengan hasil bumi yang luar biasa iaitu pelbagai tumbuh-tumbuhan rempah yang menjadi keperluan dunia terutama di sebelah Barat.
Malangnya kekayaan bumi Malayu dirantau ini menarik minat dunia Barat untuk menguasai terus negara berkenaan, dengan pelbagai tipu helah, dengan perjanjian-perjanjian yang penuh muslihat dan tipu daya terhadap pihk-pihak berkuasa tempatan, sehingga sebahagian besar bumi di Kepulauan Melayu ini jatuh ke tangan Penjajah Barat seperti British, Belanda, Pertugis, Amerika dan sebagainya.
Berikutan itu kebanyakan bangsa yang besar saiz penduduknya berkecenderungan meneroka dunia luar dan bila ada keserasian, mereka tinggal terus di sana. Ada yang kawin penduduk tempatan. Ini lah yang terjadi kepada bangsa India, China, Monggolia, Arab, Parsi, Thai dan sebagainya. Tanah Malaya ini tidak sunyi daripada menjadi sasaran bangsa-bangsa tersebut.
Bahkan kerana terlalu subur dan makmur satu-satu negeri seperti Tanah Malaya ini, ia menjadi tumpuan bangsa-bangsa pendatang. Oleh kerana budaya dan cara hidup mereka yang berbeza, apalagi yang mendatang itu adalah penjenayah-penjenayah yang lari dari tindakan dan hukuman di negeri asal mereka, menjadikan penduduk tempatan merasa rimas dengan kedatangan bangsa pendatang ini.
Sebenarnya inilah yang terjadi di negara ini. British yang memerintah negara ini menggunakan bangsa pendatang ini sebagai sumber kekuatan mereka untuk pelbagai tujuan bagi mengekalkan kuasa disini. Disinilah timbul tawar menawar pihak penjajah dengan bangsa pendatang ini ,termasuk menjanjikan mereka untuk menjadi rakyat negara ini kalau ikut kehendak penjajah British yang sedang menjajah ini, seperti sama-sama menentang Jepun dan sebagainya.
Oleh itu di bumi Tanah Malaya ini , yang akhirnya diperbesarkan lagi saiznya menjadi Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Serawak
Rumpun Melayu yang menjadi Tuan kepada Gugusan Kepulauan Melayu ini mempunyai asas bahasa percakapan yang sama dan rupa juga hampir sama. Saya masih ingat Presiden Marcos semasa memerintah Filipina dulu, sewaktu berucap di Forum Ketua-ketuan Negara ASEAN di Kuala Lumpur 70an dulu antara lain berkata:
“Saya adalah seorang Filipina berbangsa Melayu, saya mempunyai keturunan yang sama dengan Orang-orang Melayu di Malaysia ini , sebab itu saya tidak merasa asing bila berada di Malaysia ini..”
Oleh itu Bangsa Pendatang atau Bangsa Keturunan Pendatang ke Tanah Melayu ini tidak boleh membuat sebarang kenyataan politik untuk menafikan Hak Ketuanan Orang Melayu di negara ini. Mereka juga tidak boleh memeras ugut mana-mana pemimpin Melaya agar jangan memperkatakan kebenaran ini sebsgai syarat untuk mendapat sokongan dari bangsa mereka.
Sekiranya ada mana-mana Orang Melayu yang menyatakan perkara ini, yakinlah dan percayalah ia bukan sekali-kali merupakan ‘isu perkauman’ atau ‘isu hasutan’ tetapi sebaliknya ia adalah fakta sejarah yang harus difahami oleh semua pihak yang berada di negara ini.
Oleh kerana berlaku ketegangan politik di persekitaran Pulau Pinang yang ditimbulkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang secara tak sengaja bermain api perkauman dengan menggunakan isu Hak Istimewa Orang Melayu ini untuk memancing undi kaum China, dalam pilihanraya lalu, maka ia menjadi ketegangan politik yang begitu tidak nyaman di negeri tersebut.
Trackback(0)
|