|
| BERSAMA PAKLAH DAN NAJIB |
Semasa berada di kawasan pilihanraya kecil Permatang Pasuh , saya dihubungi oleh teman yang sama-sama mengusahakan ternakan ikan laut di Langkawi bernama Zafuan , katanya Ustaz Dato’ Firdaus (bekas Imam Besar Masjid Negara) menunggu nak makan malam bersama di Restauran Minang Seberang Jaya Pulau Pinang. Setiausaha Agung PWM Sdr Radzi Zain yang bersama-sama dengan saya menghubungi sepupunya, yang juga teman lama saya , Zakaria Saad , seorang peguam terkenal di Pulau Pinang untuk datang makan malam bersama.
Bersama kami malam itu terdapat beberapa orang pemimpin pemuda dari Bahagian Kapar Selangor, iaitu anak buah teman rapat saya Dato’ Abdul Rahman Palil (Wakil Rakyat Selangor yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya ke 12 lalu) . Dalam perbualan awal kami bercakap sekitar isu pengundi hantu di Permatang Pauh.
Dalam isu ini terdapat kalangan kami yang bercakap itu ialah mereka yang bertugas di pos-pos BN dalam kawasan pilihanraya Pmtg Pauh. Kata mereka terdapat bukti dengan jelas , bahawa rumah kepunyaan orang Melayu, dijadikan alamat tempat kediaman kepada pengundi Tionghua, pada hal bila diselidik pengundi Tionghua itu tidak tinggal disitu pun, bahkan rumah itu adalah benar-benar rumah orang Melayu.
Ertinya pengundi Tionghua ini sudah tentulah orang dari luar kawasan ini , tetapi menggunakan alamat rumah penduduk Melayu di kawasan Parlimen Pmtg Pauh sebagai alamat mereka bagi membolehkan mereka menjadi pemilih dalam kawasan berkenaan.
“ Macamana nak sekat Tuk dah terlambat, SPR sendiri patut ambil tindakan segara dalam perkara penting seperti ini” kata YB. Dato’ Roslan Saidin seorang pemimpin UMNO Pulau Pinang yang saya hubungi serta-merta bertanyakan hal yang menjadi perbualan kami ini.
"Dato' Najib Tun Razak yang berada di Pmtg Pauh selaku pemimpin utama negara dalam mengendalikan pilihanraya kecil itu sepatutnya membuat bantahan kepada SPR awal-awal lagi tentang hal ini , mengapa beliau berdiam saja? " kata teman saya dari Sungai Dua Pulau Pinang. Saya menjelaskan masih ada masa selepas perisytiharan keputusanpun pilihanraya itupun , untuk membuat bantahan dan seandainya ada bukti kukuh, pihak SPR mesti bertindak.
Perbualan kami bertukar tajuk kepada kebangkitan pembangkang yang begitu agresif akhir-akhir ini, seolah-olah kerajaan hilang kawalan terhadap mereka, dan seolah-olah pucuk pimpinan Kerajaan BN ini langsung tidak mahu membuat tindakan tegas terhadap pihak pembangkang yang bermaharajalela serta begitu bebas memaki hamun Perdana Menteri Dato’ Sri Abdullah Haji Ahmad Badawi (Paklah) dengan tidak berlapik langsung.
Para pesembang di meja panjang kami malam itu memang bersependapat bahawa, adalah tidak wajar pihak berkuasa tidak membuat apa-apa tindakan terhadap orang yang mencetuskan huru-hara di negara ini , termasuk dalang yang menghasut kumpulan Hindraf dan Bersih yang menimbulkan keadaan tidak tenteram dalam negara baru-baru ini.
“Kalau di negara lain orang yang menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan ,tentulah dihukum tembak dihadapan khalayak ramai. Tetapi di Malaysia pihak berkuasa membiarkannya, yang mengakibatkan Kerajaan BN kehilangan lima negeri dalam pilihanraya ke 12 lalu. Selain itu tingkah laku menantu Perdana Menteri Khairi Jamaludin yang mencampuri soal mengatur projek dan calon pilihanraya juga tidak disenangi umum.
“ Kalau keadaan ini dibiarkan , tak mustahil Kerajaan BN akan jatuh terus dalam pilihanraya umum ke 13 kelak ” kata seorang teman saya dari Shah Alam, Selangor.
Bagaimanapun teman saya, peguam dari Pulau Pinang itu terus meletakkan kesalahan kepada Paklah dengan berkata; “ Masaalahnya Paklah tak terima pendapat orang, dalam menegur kepimpinannya , walaupun orang yang memberikan pendapat itu adalah orang UMNO dari Pulau Pinang sendiri . Saya nyatakan ini adalah untuk kebaikan Paklah sendiri, tapi apa nak buat kalu dia tak bulih terima..”
Sdr SP , seorang teman ‘Bikers’ atau Geng Motor Besar bersama pasukan saya (Pasukan YPB- PWM Jelajah Merdeka) dari Pulau Mutiara mencelah, “ Kerana sikap Paklah yang berlembut inilah menjadi punca kebangkitan pembangkang di sana sini dengan terang-terang mengutuk Kerajaan BN, UMNO dan lebih-lebih lagi Paklah sendiri. Kalau Paklah tunjuk baik tak mahu bertindak, pembangkang anggap Paklah lemah dan mereka buli cukup-cukup.Alamak saya rimaihla..”
Sampai di sini saya mencelah dengan berkata, “ Setakat ini Paklah adalah yang terbaik yang kita ada. Marilah kita bersabar, lagipun dia dah nak serahkan kepimpinannya kepada Dato' Najib tahun 2010, mudah-mudahan Najib dapat memenuhi citarasa kita semua . Bagaimanapun lani bagi peluang kat Paklah dulu. Yang pasti dia seorang yang warak , tak makan rasuah , tak kaki perempuan, tak minum arak..marilah kita sangka baik pada Paklah, beri peluang dia memimpin..” Sampai di sini, teman saya Radzi Zain yang duduk sebelah saya berbisik kepada saya ,katanya;
“ i hairan, dan banyak lagi kawan-kawan u yang lain hairan, dulu u seorang pemimpin pelajar yang amat redikal masa memimpin UMSO dulu, dan begitu juga masa memimpin NUJ u hentam Dr.Mahathir cukup-cukup dalam isu OSA , tetapi sekarang mengapa u semacam tak mahu mengkritik pemimpin, padahal u patut berbuat demikian , orang menunggu u berbuat demikian tahu..”
Saya segera menjawab dengan cara berbisik balik kepada Radzi dengan berkata , “ kini terlalu banyak orang mengkritik Paklah, biarlah saya jadi pendengar, kalau tak ada pendengar, para pengkritik itu lagi berang ! jadi biarlah saya jadi pendengar yang baik” nampaknya dia berpuashati dengan jawapan saya .
Bagaimanapun saya ingin berpesan kepada Paklah dengan memetik kata-kata Robert Greens dalam bukunya The 48 Laws Of Power yang memetik kata-kata Kautilya seorang Ahli Palsafah India pada abad ketiga Sebelum Masihi , berbunyi seperti berikut;
“ One should not be too straightforward . Go and see the forest. The straight trees are cut down , the crooked ones are left standing ”
Yang bermaksud, seseorang itu jangan jadi terlalu lurus, pergilah perhatikan hutan rimba di mana pokok yang lurus akan patah dan yang tinggal kekal ialah pokok yang liar . (orang baik dan jujur jika tidak dibela dan dilindungi akhirnya akan ditumpaskan dan lenyap sementara orang yang ganas, putar belit dan gila kuasa akan berterusan kekal) .
Trackback(0)
|
? i hairan, dan banyak lagi kawan-kawan u yang lain hairan, dulu u seorang pemimpin pelajar yang amat redikal masa memimpin UMSO dulu, dan begitu juga masa memimpin NUJ u hentam Dr.Mahathir cukup-cukup dalam isu OSA , tetapi sekarang mengapa u semacam tak mahu mengkritik pemimpin, padahal u patut berbuat demikian , orang menunggu u berbuat demikian tahu..?
Saya segera menjawab dengan cara berbisik balik kepada Radzi dengan berkata , ? kini terlalu banyak orang mengkritik Paklah, biarlah saya jadi pendengar, kalau tak ada pendengar, para pengkritik itu lagi berang ! jadi biarlah saya jadi pendengar yang baik? nampaknya dia berpuashati dengan jawapan saya .
Macamana nak hentam pak lah radzi oii.... tgklah Yayasan Patriotik Bangsa (kononnya) tu nama pak lah terpampang sebagai penaung. Kalau u sendiri, ada brani ker nak kutuk atau hentam paklah sedangkan pak lah dan bagi satu peluang untuk cari duit.