 |
| MOHD SAIFUL BUKHARI |
Dengan terpampangnya berita beserta gambar dalam media cetak dan elektronik di negara ini mengenai Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang Al Quran melafazkan lafaz Sumpah dengan ‘lafzul qasam’ menurut syariat Islam disaksikan oleh Imam Masjid Wilayah Persekutuan ,Ramlang Porigi, dengan diapit oleh bapa Saiful sendiri , Azlan Mohd Lazim, maka terjawab sudah teka teki atau waswas segala tuduhan Saiful terhadap Dato’ Sri Anwar Ibrahim beberapa minggu lalu .
Peristiwa ini berlaku pada jam 6.25 petang semalam 15 Ogos di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Lumpur, di mana Saiful sambil memegang Al Quran melafazkan seperti berikut:
 |
| ANWAR IBRAHIM |
“Bismillahirrahma nirrahim , pada hari ini 15 Ogos , saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut, Auzubillahi minashaitanirrajim bismillahirrahma nirrahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya . Jika saya berdusta atas pengakuan ini , maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab , dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat wallahu a’lam ” .
Majlis itu berlangsung selama 15 minit . Menurut rakaman pihak media, Turut menyaksikan upacara sumpah mengikut syariat Islam itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Dato’ Che Mat Che Ali, beberapa orang pegawai Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta serta ahli keluarga Mohd Saiful.
Dari sudut pandangan syariat Islam, Mohd Saiful adalah pihak yang benar , kecuali Anwar Ibrahim sendiri tampil menafikannya secara menggunakan kaedah sumpah yang sama. Penafian Anwar melalui media atau apa juga cara selepas daripada ini sudah tidak boleh diterima lagi. Kes tutup.
|