|
Pilihanraya umum ke 12 lalu menyaksikan ramai pengundi muda di Malaysia
mengundi pembangkang. Tak salah itu terjadi, kerana mereka mempunyai
banyak maklumat yang meyakinkan mereka bahawa kerajaan barisan nasional
yang memerintah sudah tidak elok, salahguna kuasa , rasuah, tak cekap,
tidak professional, yang elok hanyalah pembangkang. Seribu satu
kejadian dan seribu satu alasan mengenai kebaikan pembangkang dan para
pemimpinnya serta keburukan kerajaan dan para pemimpinnya, dipaparkan
kepada mereka setiap saat samada melalui ceramah umum, ceramah dalam
kumpulan kecil, kempen rumah ke rumah, sebarang risalah, penulisan
diakhbar tertentu, khidmat pesanan ringkas, dan yang paling utama ialah
melalui laman blog yang dilayari oleh ribuan jumlahnya itu.
Tetapi apakah yang dipaparkan oleh pihak UMNO yang menerajui kerajaan
Barisan Nasional (BN), apakah yang dibuat oleh parti-parti komponen BN
yang lain untuk menerangkan jasa mereka selama ini, kejayaan mereka
selama ini, kebaikan mereka selama ini, usaha mereka selama ini,
kehebatan mereka selama ini , perancangan mereka yang sedang dibuat,
sedang dilaksana, sedang diubahsuai dan wawasan serta visi mereka untuk
dilaksanakan akan datang untuk faedah rakyat negara ini ?
Siapakah yang hendak disalahkan bila ini terjadi, kepada siapakah jari hendak dituding oleh pihak BN tentang keruntuhan ini..Bukan salah ibu mengandung kalau nasib buruk menimpa, sebab setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya...
Siapakah yang hendak disalahkan bila ini terjadi, kepada siapakah jari hendak dituding oleh pihak BN tentang keruntuhan ini. Bukan salah ibu mengandung kalau nasib buruk menimpa, sebab setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya .Periksalah sistem dalam kerajaan yang ada di mana salah dan silapnya. Periksalah jentera kerajaan di manakah kepincangan bermula dari Menteri sampailah kepada kakitangan kerajaan , periksalah jentera parti dari serendah-rendahnya di peringkat cawangan hingga ke peringakat Majlis Tertinggi dan seterusnya ke Majlis Presiden ( Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden) .
Yang pasti rakyat tidak dapat penerangan yang jelas mengenai apa yang perlu diketahui dari masa ke semasa. Media milik kerajaan secara langsung atau tak langsung terutamanya RTM lebih menumpukan usaha menghiburkan penonton secara `sembrono’ dari memberikan semua bentuk informasi yang perlu diketahui oleh orang ramai yang boleh menimbulkan kebanggaan, aprisiasi dan kasih sayang setiap penonton atau pendengarnya.
Banyak komen dari laman blog, banyak forum di kedai kopi dan warung yang membuat ulasan dalam perkara ini. Ada yang meletakkan kesalahan kepada pemimpin media itu sendiri yang tidak berwibawa melaksanakan tugas terpenting ini, kerana tidak peka dan sensitif dengan perkembangan dan keperluan semasa. Ada yang mengatakan media arus perdana terkongkong dari melaksanakan kebebasan berakhbar dan ada pula kongkongan itu hanyalah datang dari dalaman organisasi akhbar itu sendiri bukan dari kerajaan, untuk membuktikan kepada pihak tertentu , ‘tengok saya pandai jaga Dato’ !
Jemaah Menteri pula dikatakan ‘Kabinet Kitar Semula’, yang sudah kehabisan idea dan masih ada menteri yang berlatarbelakangkan sekolah atap (bahkan ini yang menjadi ejekan para penyokong pembangkang) . Manakala segala perlaksanaan projek pembangunan kerajaan di bandar dan desa pula dikatakan tidak sampai kesasaran, berlaku ketirisan di sana sini, tindakan pemantauan untuk mempastikan pelaksanaannya dikatakan tidak serius dan bila ada unsur penyelewengan, ia tidak dicegah secara yang betul.
Bila maklumat seperti ini tidak dijawab, diulas, dicerakin, ditokok, ditambah, dibetulkan, diakui atau dinafikan dan kemudiannya disalurkan pula melalui saluran yang sama; maka janganlah disalahkan orang ramai teristimewa golongan generasi muda apabila mereka membuat keputusan mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum kali ke 12 yang lalu!
TUN MAHATHIR KURANG ADIL KEPADA PAKLAH
Ekoran dari perbincangan mengenai perkara diatas, pemimpin besar macam Tun Mahathir pula cenderung meletakkan kesalahan atas kekalahan BN ini kepada Paklah, Perdana Menteri Malaysia sendiri. Memang wajar Paklah dipersalahkan kerana sebagai orang nombor satu harus mengambil tanggungjawab keatas urusan dibawah kekuasaannya. Tetapi kewajaran ini hanya setakat bertanggungjawab,dan bukan wajar kalau dia harus meletakkan jawatan. Tun Mahathir berhak menegur, malah marahkan Paklah, atas dasar dia seorang bapa atau seorang abang tua, iaitu dalam konteks keluarga. Tetapi kemarahan Tun itu menjadi tidak wajar dan kurang adil sekiranya dia menyeru ‘orang luar’ untuk membenci Paklah, apalagi menjatuhkannya.
Ketaatsetiaan Paklah kepada Tun semasa dia menjadi timbalannya dulu harus diambil kira.Selepas perlantikannya Paklah merupakan pelaksana kepada semua perancangan yang dibuat oleh Tun Mahathir.
|