A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 22 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini189
mod_vvisit_counterBulan Ini9185
mod_vvisit_counterJumlah548851
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Berita arrow PAS HILANG PEDOMAN PILIH PM
PAS HILANG PEDOMAN PILIH PM PDF Cetak Emel

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin hari ini dilaporkan oleh Mingguan

 salahudin_ayub.jpg
    SALAHUDDIN AYUB

Malaysia keluaran  Ahad 20 Jualai 2008,  membuat kenyataan di Tumpat Kelantan dengan kata: “Pakatan pembangkang bersetuju untuk melantik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri , sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada 16 September ini ”.

Kenyataan ini tidak dinafikan oleh pihak PAS dan ia bererti parti itu bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Jika ini benar, maka terbukti sudah bahawa PAS adalah sebuah parti yang hanya semata-mata memperalatkan Islam atas namanya sahaja, TANPA MENGIKUT PRINSIP AGAMA ISLAM yang maha suci itu.

Dalam Islam ada kaedah jelas memilih pemimpin, ada panduan dari Rasulullah (SAW) bukan ikut sesuka hati orang yang berada di peringkat atasan di sesebuah kumpulan atau parti atau seumpamanya. Yang jelas orang fasik, orang yang melakukan dosa besar atau maksiat , tidak boleh sama sekali diletakkan sebagai ‘Imam’ atau pemimpin utama .

Saya yakin dan percaya kepimpinan barisan Pemuda PAS Pusat sependapat dengan saya dalam perkara ini, kerana saya memahami benar pendirian Pemuda PAS Pusat semasa mereka membuat kunjungan hormat ke atas  kami di Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM) di Ibu Negara baru-baru ini.

“ Pendirian kami jelas, apa pun isu, apa pun perkara, iman dan taqwa menjadi panduan dan kami tidak bermain politik  mengenainya”  demikian kesimpulan yang dibuat oleh barisan  Jawatankuasa PAS Pusat yang diketuai oleh  Timbalan Ketuanya, Ustaz  Nasarudin Hasan, yang diiringi oleh Setiausaha Agungnya Ahmad Sabki Yusof, kepada kami.

Persoalannya, mengapakah pihak PKR begitu berani membuat kenyataan bagi pihak Pakatan Pembangkang sekiranya tidak ada persetujuan lebih awal dari pihak kepimpinan PAS ?  Dan pihak kepimpinan PAS pula mengapakah begitu berani memberikan ‘Mandat Buta’  kepada pihak PKR , tanpa merujukkannya terlebih dahulu dengan semua anggota parti khususnya sayap pemuda PAS sendiri?

Tak tahulah pula , kalau Pemuda PAS pun sama juga pendiriannya dengan pemimpin PAS lain; yang sekiranya betul, sudah pastilah parti itu hanya memperalatkan Islam semata-mata untuk memancing undi, tanpa mempunyai panduan Iman dan Taqwa ! dalam memilih pemimpin, apalagi pemimpin yang hendak dipilih itu adalah seorang Perdana Menteri yang amat penting dan tinggi kedudukannya.

Sepatutnya Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Amnya, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, membuat pendirian yang tegas, “ oleh kerana menunggu perbicaraan kes Anwar akan memakan masa yang agak lama, dan oleh kerana PAS mesti buat pendirian serta merta  sekarang, maka tidak pilihan lain bagi PAS, kecuali meminta Anwar Ibrahim , samada secara nyata atau tersembunyi (biljahri au bissirri) bersumpah menggunakan ‘Lafzul Qasam” yang beliau TIDAK SEKALI –KALI  melakukan perbuatan liwat seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya itu ”. Dan bila itu dilakukan oleh Anwar Ibrahim, PAS sudah boleh membuat persetujuan Anwar layak menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya dalam keadaan seperti sekarang, kes Anwar belum selesai lagi,  PAS sudah pun bersetuju untuk Anwar jadi Perdana Menteri, apa akan jadi bila Anwar dibuktikan bersalah kelak, apakah PAS baru nak tarik persetujuannya terhadap perlantikan Anwar menjadi Perdana Menteri? Tentulah sudah terlambat, dan sudah tentulah,  mengenali Anwar, beliau akan berbuat apa saja bagi menghalang PAS daripada menarik diri dari menyokongnya .

Saya pasti dan yakin Ketua Pemuda PAS Pusat tidak bersetuju dengan cara pucuk pimpinan PAS itu mengendalikan isu Anwar Ibrahim. Kepada Pemuda PAS Pusat, saya mohon mengingatkan sepotong Hadis Nabi (SAW) yang bermaksud, “ Siapa dikalangan kamu melihat yang tak betul , maka tegahlah…” (hingga akhir matan). Atau mungkinkah pimpinan PAS Pusat yang ada sekarang masih releven lagi !

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack