A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 21 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini185
mod_vvisit_counterBulan Ini9181
mod_vvisit_counterJumlah548846
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Berita arrow TINDAKAN DATO’ SHABERY CHEEK DIPUJI
TINDAKAN DATO’ SHABERY CHEEK DIPUJI PDF Cetak Emel
shabery_cheek2.jpg
     SHABERY CHEEK

Tindakan Menteri Penerangan Malaysia, YB Dato’ Shabery Cheek mencabar Penasihat Parti PKR Dato’ Sri Anwar Ibrahim berdebat mengenai kenaikan harga minyak pada malam ini di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah satu tindakan yang berani dan dipuji.

Saya mengenali Shabery Cheek, semasa beliau di kampus Universiti Malaya lagi. Ketika itu dia junior saya . Semasa saya menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), saya menyediakan pelapis kepimpinan untuk kesinambungan perjuangan kami. Kader yang saya asuh secara langsung ialah Mohd Fuad Haji Zarkasi ( kini Dato’ Dr Mohd Fuad Zarkasi adalah Ahli Parlimen Batu Pahat ), dan saya berpesan kepada Fuad selepas beliau mengambil alih kepimpinan kelak, jangan lupa menyerahkan kepimpinan kepada Shabery Cheek, bila beliau bersedia meninggalkan kampus UM itu.

anwar_ibrahim3.jpg 
      ANWAR IBRAHIM

 

 Bakat kepimpinannya sudah menyerlah ketika di Tahun Satu lagi. Saya tidak ralat apabila menjadikan beliau kader pewaris kami kelak. Bakat kepimpinannya itu terbukti berkesan selepas keluar dari kampus,  apabila beliau berjaya menjadi antara tokoh utama memperjuangkan semangat UMNO lama apabila ia diharamkan di tangan Tun Dr.Mahathir Mohamad , dan segera menyertai UMNO Baru apabila Dr.Mahathir memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki oleh para pejuang UMNO Lama.

Malam ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton kehebatan produk universiti tempatan terulung negara ini berdebat dengan tokoh yang dikenali bijak mengeluarkan kata-kata serta pakar dalam memainkan perasaan penonton apabila berucap.  Tapi beliau belum lagi melihat bagaimana kehebatan Shabery Cheek berpidato dan berhujah. Jangan lihat beliau yang `low profile’ itu sekadar  Menteri Penerangan biasa sebagaimana Menteri-menteri Penerangan yang telah lepas, yang takut berdepan dengan cabaran pihak pembangkang.

Saya bangga dengan tindakan berani Shabery Cheek yang benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai Menteri Penerangan. Beliau tahu tugasnya sebagai Menteri Penerangan yang mesti menerangkan apa juga isu yang melanda negara kepada rakyat. Barulah kita merasakan negara mempunyai seorang Menteri Penerangan sekarang ini.

Manakala Menteri Penerangan sebelum ini hanya tahu menjaga kepentingan RTM sahaja dan tidak hairan dikatakan Menteri RTM, dan  memusuhi pula stesyen Tv dan radio swasta yang lain. Sementara isu-isu negara yang terlalu banyak untuk diberi penerangan kepada rakyat,  hanya disapu ke bawah tikar dan akhirnya isu-isu itu tidak pernah terjawab sehingga memebebankan UMNO dan Kerajaan, dan akibatnya Pilihanraya Umum ke 12, calon BN tersungkur di sana sini termasuk menteri berkenaan .
   
Saya yakin, Menteri Penerangan yang baru ini mempunyai kemampuan  untuk mengeluarkan mengenai senario dunia yang berhadapan dengan krisis tenaga ( minyak ). Orang seperti Shabery Cheek bukan bercakap dan berceramah membohongi fakta untuk sedap didengar oleh Big Boss (agar dikekalkan menjadi Menteri Penerangan terus). Memang untuk menyatakan  sesuatu yang benar itu, pahit untuk diterima, apa lagi untuk didengar dalam keadaan semua barang dan upah perkhidmaan naik sekarang.

Tetapi itulah hakikat pemimpin yang berani berdepan dengan rakyat untuk menyatakan yang benar. Maka rakyat dan penonton seluruh negara yang berpeluang untuk menyaksikan debat dua orang pemimpin secara lansung di TV9,  Astro Awana dan Astro Bernama . Mereka juga berpeluang untuk mendengar sejauh mana hujah  yang akan dikeluarkan  oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang kononnya boleh menurunkan harga minyak serta merta apabila Parti Pakatan Rakyat memerintah negara. Sekiranya dia gagal memberikan hujah yang menasabah , kita lihatlah sejauh mana sandiwaranya akan dipertontonkan.

Kepada Anwar Ibrahim, yang juga sahabat lama yang berpuluh-puluh tahun tidak saya ketemu itu, ingin juga saya berpesan agar jangan menggunakan platform malam ini untuk kepentingan peribadi dengan menghentam dan memaki hamun musuh peribadi Saudara mengenai isu Liwat, serta PKR. Saudara mestilah yakinkan penonton dan rakyat negara ini melalui tajuk asal debat ini, yang khusus mengenai harga minyak yang sedang menjadi isu dunia ini, dapat saudara turunkan serta merta dengan hujah yang benar-benar masuk akal dan bukannya bermain teka teki dengan berkata, “Berilah saya memerintah dulu, barulah saya akan buktikan..” 

Jika ini caranya, ertinya Saudara hanya membuang  masa anda dan masa para penonton semuanya. Dan bila  ini berlaku, orang tidak akan mempercayai Saudara lagi pada masa-masa akan datang.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack