A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 19 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini183
mod_vvisit_counterBulan Ini9179
mod_vvisit_counterJumlah548845
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow Prakata dari www.yazidothman.com
Prakata dari www.yazidothman.com PDF Cetak Emel

dyo.jpg
23 April 2008 saya mula sahut cabaran untuk menulis semula (secara serius selepas  berhenti dari Utusan Melayu dihujung tahun 2004 lalu) ,dari teman2 termasuk Hanafiah Man, Rosli Ismail, Sayuti Omar dan pagi tadi oleh teman lama pendatang baru di Angkasapuri .

Seorang kawan dari UM sdr Sallehuddin membantu saya untuk daftarkan www.yazidothman.com ini malam tadi ,diluluskan pagi tadi dan tengahari tadi dapat dipublish.Saya akan coba memberikan pandangan saya sendiri yang terbaik dalam semua isu dan perkara yang saya fikir sesuai untuk saya berbuat demikian, tanpa takut dan berat sebelah dan kemudiannya terserah dan terbuka untuk dinilai dan dikritik oleh sesiapa saja.


MALAYSIA DALAM MAKLUMAT ORDER BARU DUNIA

Gagasan the new world information order, sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan barat pimpinan USA bermula tahun 80an sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada setiap negara didunia ini termasuklah negara kita.Kedatangan gagasan diatas adalah secara bersepadu dengan arus banjir  teknologi maklumat bernama ‘revolusi ciber’ yang kemudiannya melahirkan jutan pengamal media baru  bernama ‘Bloggers’ dalam masa yang amat singkat. Mengikut system ini, setiap maklumat yang dimasukkan,  dan kurang dari lima saat  kemudiannya , maklumat tersebut dapat diterima dan dibaca oleh ratusan juta manusia seluruh dunia.   

Matlamat blok barat untuk memenangi perang dingin dengan kesatuan soviet  menggunakn gagasan ini ternyata merupakn ‘sebutir batu dapat membunuh banyak ekor burung’ , kerana maklumat negatif sesebuah negara yang tak disukai oleh barat, akan dipergunakan serta dijadikan modal utama bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin  yang tidak bersekutu dan sehaluan dengan mereka. Hal ini dibantu pula oleh kadar celek membaca yang tingi diseluruh dunia. Generasi muda setiap negara merupakan pengundi baru yang akan menentukan jatuh atau naiknya seseorang pemimpin negara mereka.Dan mereka inilah yang banyak melayari internet dan bertemu dengan jutaan maklumat yang disebarkan didalamnya oleh Bloggers.

pad.jpg Dari segi amalan biasa etika kewartawanan , system maklumat order baru dunia ini tidak mempunyai nilai, kerana semua maklumat baru yang belum pasti sumbernya disebarkan dengan serta-merta tanpa mendapat bukti kesahihannya, kerana mengikut Teori Konunikasi Baru yang dilanda pengaruh Blog  ini, maklumat yang tidak sahihpun sekiranya tidak dinafikan serta merta, atau selewat-lewatnya tujuh hari dibiarkan tidak berjawab, maka maklumat tadi dikira betul dan benar belaka. Lalu para pembaca yang melayari berita itu, terus yakin dan percaya lalu menyebarkannya kepada khalayak umum dengan segera pula. Banyak negara bertukar pemimpin terutamanya pengamal demokrasi pro barat akhir-akhir ini, hasil dari pengaruh dan arus revolusi blog ini terutama saat-saat menjelang pilihanraya.

Bagaimanapun para pengamal media kewartawanan harus menerima dengan hati terbuka kedatangan media blog ini, kerana ia adalah merupakan ‘part and partial’  ataupun sebahagaian daripada warga media yang lahir dari sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan yang disebarkan oleh blok Barat melalui the new world information order yang telah diterima umum itu. manakala menialai segi etika kewartawanan keatas mereka juga hendaklah memasukkan sama semangat dan teori komunikasi baru yang disebutkan diatas. Nah, para pemimpin hari ini tidak boleh leka dan membiarkan masa berlalu dengan duduk diatas kerusi empok tanpa melayari internet dan membaca kandungan blog yang ditulis mengenai mereka, parti  mereka dan  pemimpin mereka. Mereka perlu menjawab segera setiap persoalan yang ditimbulkan, benar atau salah biar khalayak pembaca yang menilainya.  

KEJATUHAN BEBERAPA KERAJAAN BN NEGERI
Di negara kita ini dalam pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini , gelombang ‘BLOG’ ini begitu kuat melanda dan mempengaruhi begitu banyak keputusan pilihanraya umum itu. Mengikut kajian pakar future studies yang diketuai oleh Dr.AH Hasbullah, memberitahu saya bahawa kajian yang dibuat oleh kumpulannya menjelang pilihaanraya umum ke 12 baru-baru ini  mendapati 500,000 pembaca halaman blog dinegara ini setiap hari dan setiap maklumat yang disalurkan melalui laman blog ini yang kebanyakannya dibaca oleh golongan generasi muda, telah disebarkan  kepada para pengundi menjelang  hari mengundi dan hasilnya begitu besar dan mengejutkan sekali. Segala maklumat tentang perkara negatif dalam UMNO , kerajaan BN, para pemimpin parti komponen BN dan yang berkaitan dengannya, telah disebarluaskan  dan ia telah berjaya mempengaruhi para pengundi muda negara ini. Dan sebagai hasilnya empat buah kerajaan negeri yang sebelum ini diperintah oleh  BN telah ditawan oleh parti pembangkang termasuk mengekalkan negeri Kelantan oleh PAS. Untungnya pihak pembangkang disini kerana segala kelemahan mereka serta kepincangan yang berlaku dalam parti mereka termasuk segala kelemahan dalam pemerintahan PAS di Kelantan telah tidak disentuh langsung oleh para pengamal bloggers di Negara ini.

SUMBANGAN www.yazidothman.com DALAM LAMAN BLOG

Sebagai pengamal media lebih dari 30 tahun berkecimpung didalam dunia kewartawanan  saya ingin memberikan sumbangan idea dan berbentuk  penulisan yang telah menjadi darah daging saya  selama ini  melalui laman blog ini,  menyusuri teman-teman wartawan berpengalaman yang telah lama berada dalam dunia baru ini.Dikali akan datang saya akan coba mengulas,mencerakin ,menokoktambah serta menilai dan memberikan pandangan kedua atau ketiga dalam setiap isu yang menarik,  agar khalayak pembaca terutama teman-teman saya yang sekian lama menggesa untuk saya berbuat demikian, dapat melihatnya dan memberikan kesan mereka masing-masing tanpa segan silu, demi menyuburkan bidak intelektualisma dinegara kita yang tercinta ini.SALAM –yo.  
 
< Prev
 
Joomla Templates by Joomlashack