A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 7 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini208
mod_vvisit_counterBulan Ini7093
mod_vvisit_counterJumlah202573
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Berita arrow WAN AZIZAH – SETIA SEORANG ISTERI
WAN AZIZAH – SETIA SEORANG ISTERI PDF Cetak Emel

Kini rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang untuk menonton episod politik yang mengemparkan

 wan_azizah.jpg
 Wan Azizah disamping suami beliau

seperti tahun 1998 lalu. Kisah liwat yang melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Seri Anwar Ibrahim  dan pembantunya kini mewarnai kisah dan cerita suka duka politik negara selepas Piliharanya Umum ke 12 lalu.

Sejak hari Ahad lalu sehinggalah ke hari ini ( Rabu ) semua media cetak dan elektronik mempaparkan kisah gempar itu. Sememangnya kisah-kisah sebegini menarik minat orang dan lebih menarik apabila orang yang terlibat dalam kisah ini pandai berlakon dan menyampaikan kata-kata menarik simpati ramai. Itulah dia Anwar Ibrahim yang pernah mengemparkan negara ini dengan isu liwat tahun 1998. 

Episod bermula apabila beliau tiba-tiba `melarikan diri’ dan mohon `perlindungan’ daripada Duta Turki di Kuala Lumpur. Maka keluarlah dakwaan bahawa nyawanya terancam. Peliknya beliau tidak membuat laporan polis kalau sudah nyawanya terancam, tetapi melaporkan hal itu kepada `uncle Sam’…Amerika Syarikat. Maka tampillah jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey mencampuri urusan negara ini. Pelik juga AS ni, bila tentang Anwar Ibrahim cepat sungguh mereka bersuara…istimewa betul Anwar pada mata AS!!!

Hairan juga Anwar mendapat perlindungan di kedutaan asing, sebaik sahaja Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23 tahun membuat laporan polis pada hari Sabtu lalu dengan menuduh Anwar, 60 tahun meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara. Macamlah dia tinggal di luar Malaysia. Kalau Anwar tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak perlulah dia melarikan diri sehingga mendakwa nyawanya terancam. Relaks lah Sdr. Anwar…kebenaran akan terbukti kalau kita tidak bersalah. Tak payahlah tuduh macam-macam, kata ada konspirasi nak menjatuh dan menghancurkan karier politik Sdr. Anwar. Janganlah politikkan hal peribadi. Sdr. Anwar mesti buktikan bahawa anda tidak bersalah kerana ini soal maruah dan harga diri. Kesihan dengan isteri dan anak-anak anda yang terpaksa berhadapan dengan rakyat Malaysia akibat tuduhan liwat ini.

Dalam hal ini, paling kesihan ialah YB Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ahli Parlimen Pematang Pauh, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), isteri Anwar Ibrahim dan ibu kepada YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Tahun 1998, Wan Azizah sekadar isteri bekas mantan Timbalan Perdana Menteri dan Nurul Izzah sekadar anak gadis kepada Anwar Ibrahim. Tetapi kini kedua –dua anak beranak ini sudah menjadi YB. Mereka mempunyai pengundi dan rakyat di kawasan masing-masing. Ke mana maruah kedua-dua YB ini hendak disorokkan kalau Sdr. Anwar sekali lagi berhadapan dengan tuduhan liwat ini? Nurul Izzah pula sudah bersuami dan mempunyai keluarganya sendiri. Bagaimana dia hendak berdepan dengan keluarga suami dan ipar duainya?

Wan Azizah ternyata seorang isteri yang baik dan setia. Dalam kes Anwar, dia ke depan membela dan membuat apa cara sekali pun untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa suaminya tidak bersalah. Terpaksalah tunjukkan gambar Mohd Saiful bergambar dengan pegawai khas Timbalan Perdana Menteri yang ada dalam telefonnya. Ini untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa tuduhan ke atas suaminya itu adalah konspirasi yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Selain daripada TPM, beberapa orang Menteri Kabinet juga bergambar dengan Saiful, antaranya Dato Mustapha Mohamad, Dato’ Sharir Samad dan Dato’ Seri Azalina Othman. Adakah mereka ini juga berkonspirasi untuk menghancurkan karier politik Anwar?

Sebagai seorang isteri, Wan Azizah dipuji kerana setia dengan Anwar dalam apa juga keadaan. Dia sanggup tebalkan muka untuk membuat sidang akhbar dengan berselindung di asebalik kapasitinya sebagai Presiden PKR. Dia berusaha bertemu Perdana Menteri bagi mendapatkan jaminan keselamatan Anwar. Wan Azizah terpaksa ketepikan sama sekali andaian sekiranya kejadian liwat itu benar demi maruah keluarga, demi keyakinan pengundi yang memangkah PKR dalam PRU lalu  dan demi imej parti PKR sendiri.

Ke mana pergi Nurul Izzah? Tidakkah dia kesihan dan simpati dengan nasib ibunya yang terpaksa berdepan dengan rakyat Malaysia sekali lagi seperti tahun 1998 lalu? Sehingga kini belum lagi dijumpai kenyataan daripada mulutnya apa lagi bersama ibunya dalam sidang akhbar atau perjumpaan dengan PM.

Bagaimana dengan peranan rakan – rakan dalam pakatan pembangkang. Yang nyata YB Sallehuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS tidak senang dengan campurtangan AS terhadap isu Anwar Ibrahim. 

Kalau Anwar merasakan wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya, apakah pembantunya itu mahu menghancurkan maruah dan masa depannya dengan laporan kes liwat ini. Bagaimana pula dengan keluarganya dan saudara - maranya yang lain? Mereka juga terpalit dengan malu kisah liwat ini, apa lagi apabila dibawa ke mahkmah nanti.

Wan Azizah jangan terlalu terikat dengan status isteri Anwar Ibrahim sahaja, Anda jangan lupa bahawa anda kini Ahli Parlimen Pematang Pauh dan Presiden PKR? Wan Azizah dilihat ada ketika tidak dapat memisahkan dirinya…isteri Anwar Ibrahim,  wakil rakyat atau Presiden PKR.
 

Trackback(0)
Komen (2)Add Comment
...
Dikomen oleh ahamad, July 09, 2008
benar..kak wan perlu tabah..
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh fifi, April 25, 2009
politik sekarang makin meruncing..pikirlah kesan pada masyarakat
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack