A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 7 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini16
mod_vvisit_counterBulan Ini4628
mod_vvisit_counterJumlah200108
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Minda arrow KAWASAN PANTAI BUKAN MILIK PENGUSAHA HOTEL DAN MOTEL
KAWASAN PANTAI BUKAN MILIK PENGUSAHA HOTEL DAN MOTEL PDF Cetak Emel
pantai_pd.jpg 
 Pantai bukan milik hotel

Hujung minggu lalu saya dan keluarga meluangkan cuti hujung minggu untuk berkumpul  adik beradik dan keluarga mereka di Port Dickson , Negeri Sembilan. Rancangan untuk berkumpul dengan adik beradik ini sudah sebulan dibuat, itu pun tidak semua dapat berkumpul. Ada yang bertugas sebagai anggota polis tidak dapat bercuti lantaran cuti rehat dibekukan akibat pelbagai perisitwa di luar jangkaan berlaku dalam negara ini.

Namun dalam tidak semua dapat berkumpul itu, jumlah yang dikira semuanya adalah sekitar 25 orang termasuk bayi seusia 3 bulan. Seronok juga bila sesekali berkumpul begini, taklah tunggu hariraya sahaja baru nak bertemu dan berjabat tangan. Dalam kehidupan di bandar yang sentiasa menghambat masa, sesekali ‘melarikan’ diri daripada hiruk pikuk bandaraya Kuala Lumpur adalah ‘ubat tekanan’ yang paling mujarab. Namun bagi menjayakan sesuatu majlis perhimpunan keluarga ini, seorang daripada keluarga mesti mengambil dayausaha menganjurkannya.

Port Dickson dipilih kerana kedudukannya yang tidak jauh daripada Kuala Lumpur. Perjalanan tidak sampai 2 jam itu membolehkan banyak masa dijimatkan dalam perjalanan, maklum harga minyak yang sudah meningkatkan ini kena juga memikirkan perbelanjaan keluarga lain yang mempunyai ramai anggota keluarga. Lagi pun, Port Dickson dikenali sebagai destinasi pelancongan yang mempunyai pantai yang bersih. Anak-anak yang telah jemu dengan kolam renang, ingin menikmati persekitaran pantai dan laut untuk bermain dan berenang.

Walaupun dalam rancangan awal pantai dan laut bukan pilihan utama untuk berkelah, tetapi akibat kolam renang berpasir di Palm Spring ( tempat penginapan ) memaklumkan mengalami kerosakan pump, maka pantai dan laut adalah pilihan yang ada. Walaupun muka anak-anak mencuka, tapi mereka berendam dalam laut hingga 3 jam lebih bila keputusan untuk ke pantai dan laut menggantikan kolam renang yang rosak. 

Bagi saya pula, ada hikmah di sebalik kegagalan pihak Palm Spring membaiki kerosakan kolam renang mereka ketika percutian keluarga saya baru-baru ini. Sebabnya, saya berpeluang ke pantai dan ke laut untuk menikmati hembusan bayu. Namun hikmah yang ingin saya kongsi ialah apabila mendapati pantai-pantai cantik Port Dickson itu sudah menjadi hak eksklusif hotel dan motel yang bagaikan cendawan tumbuh membarisi sepanjang pantai. Lebih teruk lagi, setiap pantai yang berada di hadapan hotel dan motel itu dipagari dan tidak memungkinkan orang ramai yang tidak menginap di hotel dan motel itu untuk memasuki kawasan pantai.

Maka persoalannya, adakah kerajaan Negeri Sembilan menjadikan hak eksklusif kepada pengusaha hotel dan motel untuk memilik pantai-pantai di Port Dickson? Kalaulah benar, ke mana rakyat biasa yang datang berkelah bersama keluarga balik hari ( tidak bermalam di hotel dan motel ) hendak berehat dan mandi manda?

Majoriti yang datang berhibur ke pantai bersama keluarga adalah golongan yang kurang berkemampuan. Mereka akan membawa makanan yang dimasak di rumah dan duduk di pantai untuk makan-makan dan mandi-manda. Kedudukan ekonomi mereka tidak memungkinkan mereka untuk menginap di hotel. Adakah mereka ini tidak berhak untuk berehat di pantai dan mandi di luat Port Dickson?

Saya dapat merasakan kekecewaan golongan ini. Ini kerana pengalaman saya sendiri yang begitu sukar sekali mencari pantai dan laut yang tidak berpagar. Dari Palm Spring, pantai yang paling hampir ialah Tanjung Tuan. Itu pun tersorok dan terlindung di celah-celah hotel, motel, apartment dan rumah persinggahan milik kerajaan dan swasta. Kawasannya yang disediakan tidak memungkinkan seratus buah kereta untuk di parking. Kemudahan asas tidak disediakan, kalau ada pun berada di kedudukan yang jauh sekali.

Selain daripada Tanjung Tuan, satu lagi pantai dan laut terbuka untuk orang awam ialah di Telok Kemang. Kalau pada hari minggu, ke dua-dua tempat ini begitu sesak sekali dengan orang awam. Ada yang datang dengan keluarga, ada yang datang dengan kawan-kawan dan ada yang membuat perkhemahan untuk aktiviti-aktiviti lasak seperti berkayak. Semua mereka ini tidak tinggal di hotel dan motel. Mereka mempunyai alasan sendiri, mungkin bukan tidak mampu tetapi mahu lebih santai di pantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Ada juga yang memang tinggal di hotel, motel dan rumah penginapan tetapi tidak mempunyai pantai dan laut di hadapan bilik mereka. Maka terpaksa jugalah mencari pantai dan laut.

Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Pelancongan mesti memikirkan cara terbaik agar rakyat biasa tidak merasa diri mereka didiskriminasi di negara sendiri. Janganlah ada kasta dalam menikmati hembusan bayu laut ,desiran ombak laut dan berlarian di persisiran pantai di negara ini. Janganlah orang kaya dan berkemampuan sera pelancongan asing dihidangkan pantai cantik bersih, sedangkan rakyat marhain duduk terperosok di sudut pantai dan laut kotor dan terurus. Keadilan mesti menjadi tonggak dalam pemerintahan agar rakyat tidak merasa mereka dianiaya dan dizalimi.

Soal pantai yang dimiliki secara eksklusif oleh pengusaha hotel dan motel bukan sahaja di Port Dickson, tetapi hampir ke semua destinasi pelancongan yang penginapannya mengadap pantai dan laut termasuk Langkawi, Lumut, Kuantan, Kuala Terengganu, Pulau Pinang dan sebagainya.

Trackback(0)
Komen (1)Add Comment
...
Dikomen oleh SAMITA, April 25, 2009
BETUL APA YANG SAUDARA KATAKAN PANTAI KITA TELAH DI PAGARI,SAYA HARAP KERAJAAN PIKIRKAN APA YANG RAKYAT MALAYSIA DAPAT NIKMATI KALAU PANTAI KITA JADI HAK HOTEL SEPENUHNYA HARAP KERAJAAN KAJI APA YANG TERJADI HARI INI DAN GENERASI AKAN DATANG
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack