A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 10 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini451
mod_vvisit_counterBulan Ini2791
mod_vvisit_counterJumlah198271
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PUNCA BARANG NAIK ADALAH PENGANGKUTAN
PUNCA BARANG NAIK ADALAH PENGANGKUTAN PDF Cetak Emel

“ Saya tak setuju To’ kerajaan memberikan wang subsidi minyak kepada pemilik kenderaan di

   shahrir_samad_2.jpg
   Kena buat sesuatu

negara ini , kerana pertamanya membebankan kerajaan ;  kerana fikirkanlah,  pembayaran subsidi minyak di pejabat-pejabat pos seluruh negara, kerajaan mengeluarkan  RM117 juta  pada hari pertama saja, dan hitunglah berapa billion wang nak dibelanjakan wang negara  lagi, sedangkan kerajaan memberi alasan, kenaikan minyak tak dapat dielakkan , agar pembangunan dapat diteruskan , lalu subsidi minyak sebahagian besarnya ditarik balik .

“ Tetapi kerajaan kononnya bermurah hati pula, memberikan subsidi minyak mengikut saiz pemilikan kenderaan melalui pejabat-pejabat pos seluruh negara. Kalau alasan pemberian subsidi melalui pejabat pos itu untuk meringankan rakyat, buat apa kerajaan tarik balik subsidi harga minyak itu sebelum ini dan bagi pula semula wang tunai kepada para pemilik kenderaan ?

“ Ingat , bila kerajaan sudah mula beri wang kepada orang ramai, ia tak boleh dihentikan lagi , kalau dihentikan, mulalah sepanduk direntang di sana sini ” , demikian luahan ekspresi seorang kawan  lama saya Saudara Haji Johari , seorang kontraktor pembinaan rumah yang berwibawa di Daerah Gombak, semasa singgah sebentar di rumah saya malam tadi.

“ Kerajaan harus simpan wang itu untuk tujuan yang lebih mustahak lagi dalam keadaan gawat ini, tetapi apa yang kerajaan perlu buat ialah memberikan kemudahan khusus untuk kenderaan pengangkutan perdagangan yang perlbagai jenis itu , agar para peniaga dari pelbagai jenis pula , tidak mengambil kesempatan atas kenaikan pengangkutan sebagai punca mereka menaikkan harga barang ” , tambahnya dengan penuh yakin.

Ada benarnya kata-kata  Johari itu, ramai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang secara sewenang-wenangnya dengan alasan tambang pengangkutan naik. Sekiranya dibahagikan kenaikan harga minyak pengangkutan kepada satu-satu barang yang diniagakan itu berjumlah hanya tiga sen sahaja , tetapi para peniaga mengambil peluang menaikkannya ke tigapuluh sen hingga ke satu  ringgit  atau lebih.

Ada jenis perniagaan yang langsung tidak menggunakan pengangkutan , tetapi turut menaikkan harga barang.

Lebih dahsyat lagi bila satu-satu barangan  yang disimpan dalam stor bertimbun-timbun dengan menggunakan pengangkutan semasa belum harga minyak naik, peniaga berkenaan tetap mengambil kesempatan menaikkan harga  barangannya dengan memberikan alasan kepada orang ramai, dia terpaksa menaikkan harga barang berkenaan dengan memberikan alasan kononnya kos pengangkutan sudah naik ! Peniaga seperti inilah yang diberikan gelaran sebagai ‘Lintah Darat’ .

Padahal peniaga berkenaan akan disanjung oleh para pengguna sebagai ‘mesra pengguna’ sekiranya dia menyatakan dengan tulus ikhlas, bahawa harga barangan itu tidak dinaikkan harga,  kerana simpanan  lama  masih ada. Peniaga berkenaan akan mendapat keuntungan jangka panjang, di mana para pelanggannya tidak akan lari lagi, bahkan akan menjadi pelanggan setianya sampai kebila-bila, kerana kejujurannya itu.

Sebenarnya , pemberian wang subsidi minyak itu memang  membebankan kerajaan , tetapi tidak ‘mesra rakyat’  Bahkan lebih jauh dari itu , pemberian wang seperti itu boleh mengecilkan hati para peniaga kecil, yang menggunakan motorsikal sahaja, seperti penjual pelbagai kuih muih, nasi lemak, nasi belauk, nasi dagang, sayur sayuran, ikan, daging dan sebagainya .

 Oleh kerana  mereka ini hanya menggunakan kenderaan motorsikal sahaja , maka mereka tidak layak diberikan bantuan minyak subsidi. Sedangkan , para peniaga setaraf ini dan yang seperti inilah yang begitu ramai diseluruh pelusuk luar bandar di tanah air kita ini!.

Kita yakin dan percaya  Menteri Perdaganan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kita Dato’ Shahril Samad mampu memikirkan perkara seperti yang dinyatakan diatas, bahkan adalah mudah bagi kementeriannya melaksanakan dasar tiada kenaikan harga minyak kepada kenderaan pengangkutan atau kenderaan perdagangan .

 Kerana , dengan naiknya kos pengangkutan , seluruh peniaga dipelbagai sektor perniagaan samada kecil atau besar; akan terus menaikan harga produk jualan mereka secara sewenang-wenangnya , tanpa ada perasaan bertimbangrasa atau kasihanbelas terhadap golongan yang tidak berada.

 

Trackback(0)
Komen (2)Add Comment
...
Dikomen oleh emah saad, July 13, 2008
Kesihanlah kami orang tak senang ni, nak ramai dan duduk di bandar. kalau semua barang naik, alamat kena bungkus balik kampong kerja toreh getah atau pergi tanam padilah. kalau semua orang melayu bandar buat begitu alamat bandar-bandar besar ni tak ada penghuni bangsa melayu. siapa yang rugi, kerajaan juga. smilies/sad.gif
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh nizam, January 01, 2009
jangan senang hendak salahkan pengusaha pengangkutan ! semasa kerajaan naikkan minyak, ada ke kerajaan fikir akibatnya. jangan tahu ambil gaji bulanan tapi tak reti buat kerja. berapa sangat subsidi minyak untuk sebiji lori ? dua trip dah habis....fikirkan lah? nak dapat subsidi minyak pun payah. kalau nak mudah kena bayar ejen baru dapat. itupun duit dah habis beribu rgt. kerajaan apa sekarang ni ? KERAJAAN DUIT KE ?
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack