A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 21 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini180
mod_vvisit_counterBulan Ini9176
mod_vvisit_counterJumlah548841
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow MUDAHKAN CARA BAYAR REBAT TUNAI KEPADA RAKYAT
MUDAHKAN CARA BAYAR REBAT TUNAI KEPADA RAKYAT PDF Cetak Emel
pejabat_pos.jpg 
        Pejabat Pos Mini

Dalam senario kenaikan harga pertrol dan diesel masa kini, insentif yang diberikan oleh kerajaan dalam bentuk rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian adalah satu nikmat yang besar. Rata-rata orang ramai melahirkan kesyukuran di atas keperihatian kerajaan pusat itu. Kerajaan telah memperuntukan RM700 juta hingga RM800 juta kepada 1.7 juta pemilik kenderaan yang memperbaharui lesen pada tempoh 1 April hingga 31 Mei tahun ini.

Bayangkan RM625 untuk sebuah kenderaan dan RM150 untuk motorsikal, sekiranya pandai berjimat maka peningkatan harga minyak tidak akan dirasai. Sebabnya, rebat tunai itu adalah sama dengan nilai subsidi minyak untuk setahun yang diberikan oleh kerajaan sebelum kenaikan harga minyak 4 Jun lalu. Tidak hairan pada hari pertama sahaja, seramai 239,414 pemilik kenderaan buat tuntutan pada hari pertama dan rebat tunai yang dibayar pada hari itu ialah sebanyak RM116,734 juta.

 

 

 

Kerajaan sudah berbelanja untuk meringankan penderitaan rakyat dalam satu jumlah yang begitu besar dalam satu hari. Tentulah ketika membuat keputusan untuk memberi rebat tunai kepada rakyat dalam Mesyuarat Kabinet dahulu, kerajaan telah memikirkan itu adalah kaedah terbaik dan berkesan. Malah cara itu juga memperlihatkan kerajaan begitu perihatin dan benar-benar merasai keperitan rakyat.

Maka kita mengharapkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan itu dirasai benar-benar oleh rakyat. Kini rakyat dalam kesusahan, segala-galanya mahal . Maka rebat tunai itu adalah satu bonus yang begitu tinggi nikmatnya. Kita tidak mahu pemberian rebat tunai oleh kerajaan itu mendapat celaan pula di kalangan rakyat.

Tetapi itulah yang berlaku di sesetengah tempat, terutama di kawasan sesak dan mempunyai kepadatan penduduk dan hanya memiliki sebuah pejabat pos yang kecil. Ada di kalangan rakyat sanggup mengenepikan urusan keluarga dan lain-lain hal, semata-mata untuk memastikan mereka mendapat rebat pada hari pertama, ke dua , ke tiga atau yang masih sabar dalam masa seminggu mesti mahu memperolehi rebat tunai itu. Maklum sahaja, jumlah yang agak lumayan itu boleh digunakan untuk banyak perkara.

Malangnya ramai yang hampa apabila terpaksa menunggu begitu lama. Ada yang bekejar ke beberapa lokasi pejabat pos hanya untuk memastikan mendapat keselesaan dan tidak menunggu terlalu lama. Tidak hairan, ketika berkunjung di pejabat pos besar Shah Alam, selasa lalu, saya dapati banyak nombor giliran tidak bertuan. Maknanya, ramai yang datang dan mengambil nombor giliran tetapi akhirnya meninggalkan pejabat pos itu setelah bosan menunggu. Atau kemungkinan mereka mengambil sedikit masa rehat waktu kerja atau mengambil `time off’ dari pejabat untuk mendapatkan rebat tunai tetapi terpaksa meninggalkannya apabila masa bekerja sudah tiba dan angka giliran masih jauh.

Hairan juga, sedangkan pejabat pos di Shah Alam itu kategori pejabat pos besar. Itu pun orang tidak mahu menghabiskan banyak masa menunggu, lambat sangatkah prosesnya!

Maka terdengarlah cakap-cakap yang tidak sedap didengar di kalangan rakyat ialah cara kerajaan mengagihkan rebat tunai itu. Rata-rata bersunggut dan mengeluh apabila cara pembayaran hanya melalui Pejabat Pos sahaja. Memanglah banyak pejabat pos di seluruh negara, ada 683 buah, tetapi kata mereka, sistem pengendaliannya begitu lembab.

‘Selama ini pun kita tahu yang pejabat pos lambat sungguh. Nak tunggu giliran kita sampai…punyalah lama. Malah di kebanyakan tempat, pejabat pos tu macam rumah kedai aje. Kecil dan tak pakai nombor. Beratur sehingga ke luar pintu.”, keluh seorang seorang lelaki pertengahan umur pada hari ke dua menunggu gilirannya mengambil rebat tunai di pejabat pos Taman Seri Gombak.

 Sebenarnya banyak kaedah yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk membayar rebat tunai tersebut. Kemungkinan kerajaan beranggapan dalam masa terdekat dan singkat, maka kaedah pemabayaran di pejabat pos adalah yang terbaik.Maklum sahaja, kalau cakap pasal pejabat pos ini paling dekat pada hari orang kampong. Segala urusan dibuat di pejabat pos, termasuk menerima kiriman wang dari anak-anak yang bekerja di bandar.

Tetapi masa yang sama, ada juga ketidak selesaan pejabat pos kepada orang ramai terutama di bandar.Maka adalah dicadangkan kerajaan memilih banyak kaedah pembayaran tersebut dan bukan memberi satu jalan sahaja iaitu di pejabat pos . Mungkin kaedah pembayaran di bank-bank komersial rumit kerana mempunyai sistem berlainan, maka dicadangkan gunakan Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat atau saluran di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam bentuk simpanan amanah saham. Atau bagi yang ingin menggunakan terus pembelian pertrol atau diesel, kerajaan boleh mengeluarkan `smartpay’ melalui Petronas. Kesemua agensi ini adalah Syarikat milik kerajaan (GLC) dan tidak ada masalah kerajaan menyalurkan pembayaran melalui agensi-agensi ini. Apa yang penting, rakyat mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan rebat tunai itu.  

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack