A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 23 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini174
mod_vvisit_counterBulan Ini9170
mod_vvisit_counterJumlah548835
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Profil
Profil Blogger PDF Cetak Emel

BIODATA DATUK YAZID OTHMAN @ CHE YAZID BIN CHE SEMAN


A. PENGENALAN DIRI

Nama Penuh : Datuk Hj. Che Yazid bin Hj. Che Seman @ Datuk Yazid Othman
Tarikh Lahir : 12hb Januari 1950
Tempat Lahir :Kampung Badak, Bachok, Kelantan Darul Naim                    

Tempat Tinggal:Kampung Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan 
Status Perkahwinan: Berkahwin
Nama Isteri : Datin Norbaya Musa
Tarikh Lahir : 5hb Mei 1961
Tempat Lahir : Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor
Jumlah Anak : 4 Orang

ALAMAT & PERHUBUNGAN

i) Selecta Station Group Sdn Bhd
Wisma Datuk Yazid
No 18C – 20C, Jalan Pinang G 18/G
Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor.

ii) Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM)
551 A & B, Jalan Istana Negara
Off Jalan Bukit Petaling
50460 Kuala Lumpur.

Tel. Pejabat : (Selecta) 03-55428388 / (D/L) 03-55481950
   (PWM) 03-21449126

Fax  : 03-55481961 / 03-21449187

Email  : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya


B. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Sekolah Rendah : Sek. Keb. Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan.
Sekolah Menengah : Islah English School, Kota Bharu, Kelantan.
Maktab Islam, Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan.
Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.   (PPTIK).
Sarjana Muda (B.A Hons) Kreatif & Diskriptif,    Universiti Malaya.
Ijazah Sarjana (M.A) Kewartawanan – Universiti Malaya

 

C. KERJAYA

1) Wartawan Kumpulan The New Straits Times (1973/74)
2) Wartawan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu (1975-2004)
3) Mengetuai Kumpulan Perniagaan Selecta 2004 hingga sekarang.


D. BIDANG PERNIAGAAN

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Selecta Station Sdn Bhd, satu kumpulan syarikat memajukan hartanah, mengendalikan stesyen minyak dan import eksport.


E. JAWATAN DALAM BIDANG SUKARELA

 1) Pengasas  : Persatuan Penulis dan Seniman Kelantan (PUSPA) 1973.
 2) Presiden  : Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia (PMUM/UMSU) 1979/1980.
 3) Presiden : Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) 1984-1988.
 4) Vise President  : Confederation of ASEAN Journalist (CAJ) 1984-1985.
5) President : Confederation of ASEAN Journalist (CAJ) 1985-1988.
 6) Penasihat Tetap  : Confederation of ASEAN Journalist (CAJ) mulai 16 September 1988.
 7) Presiden : Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM) 1989-sekarang.
 8) Ahli Majlis : Persatuan Kriket Melayu Malaysia pimpinan DYMM Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul    Rahman 1994-2000.
 9) Setiausaha Dua  : Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) bermula 1994-1977
 10) Executive Council Member : Non Aligned Students and Youth Organization NASYO
              and Head of East Asia Regional Centre 1996 hingga sekarang.
 11) Ahli Majlis : Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
                                            Bermula 2004 hingga sekarang.
 12) Ahli Exco : Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) bermula 2005 hingga
    sekarang.
 13) Timbalan Presiden : Malaysia Handball Federation (MAHF) bermula 2005 hingga sekarang.
14) Presiden : Persatuan Alumni Pengajian MEDIA, Universiti Malaya 2005 hingga     sekarang.


F. KEGIATAN INTELEKTUAL DI DALAM DAN LUAR NEGARA

a) Membentang Kertas Kerja.

1)  Membentangkan dua buah kertas di International Journalist Seminar, anjuran International Federation of Journalists (IFJ) di Hong Kong pada 2-4 Mac 1986 bertajuk ‘Press Freedom in ASEAN Countries’ dan ‘Future Cooperation’.
2)  Membentangkan kertas kerja ‘Jaringan Wartawan Dalam Dunia Melayu’ dalam
   Persidangan Antarabangsa Dunia Melayu di Shah Alam pada 1992 anjuran GAPENA dan Kerajaan Negeri Selangor.
 3) Membentangkan kertas kerja mengenai ‘Peranan Utusan Melayu Dalam  Mempertahankan Tulisan Jawi’ di Universiti Utara Malaysia.

4) Membentangkan kertas kerja mengenai ‘Kerjasama Bidang Kewartawanan Dalam Dunia
Melayu Cape Town, Afrika Selatan pada 1993 anjuran GAPENA dan Malay Cape Community.
5) Membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Peranan Wartawan Ke Arah Meningkatkan Kerjasama Serantau’ di Pertemuan Wartawan Nusantara (ASEAN) ketiga di Pontianak, Indonesia pada tahun 1994 anjuran Persatuan Wartawan Indonesia (PWI).
6) Membentangkan kertas kerja di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim pada 12 Januari 1997 anjuran UPSI bertajuk ‘Peranan Za’ba Sebagai Wartawan Dalam Perjuangan Kemerdekaan Negara’.
7) Membentangkan kertas kerja dalam ‘Seminar Pemikiran Dr. Mahathir Dari Kaca Mata Wartawan’ di Kuala Lumpur pada 14 Ogos 1999 anjuran Kelab Penulis Politik Kuala Lumpur.
8) Membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Peranan Wartawan Dalam Kemerdekaan Negara’ di ‘Seminar Penghayatan dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia’, anjuran Arkib Negara dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan di Kuala Lumpur pada 1-13 September 2000.
 
b) Menjadi Ahli Panel / Penceramah.

1) Menjadi ahli panel seminar ‘Hak Asasi Manusia’ di Bahdad, Iraq pada tahun 1996,
 anjuran Kementerian Penerangan Iraq, dengan kerjasama NASYO Iraq.
2) Menjadi ahli panel dalam seminar ‘Rancangan Malaysia Ketujuh’ di atas Kapal Star
Aquarius pada 15 Julai hingga 18 Julai 1997 anjuran Kementerian Kewangan Malaysia.
 3) Menjadi ahli panel ‘Hak Asasi Manusia’ di perhimpunan ‘Pelajar & Belia Sedunia’ di Havana Cuba pada tahun 1997 anjuran Kementerian Belia Cuba.
 4) Menjadi ahli panel di Forum Perpaduan Belia & Pelajar Dunia Berkecuali di New Delhi, India pada tahun 1998 anjuran NASYO India.
 5) Menjadi Penceramah Undangan bagi isu-isu semasa di beberapa forum dikalangan para pelajar Universiti antaranya :
  
  i) Ceramah kepada pelajar-pelajar Malaysia di Iraq pada 3 Disember 1999, anjuran Kedutaan Malaysia di Iraq.
  ii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 14 Jun 1999.
iii) Universiti Teknologi Mara (UITM) pada 16 Julai 2000.
iv) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 28 Mac 2000.
 
6) Menjadi Pengerusi Perbentangan Kertas Kerja di Seminar Dunia Melayu Islam di Melaka pada tahun 2001 anjura Kerajaan Negeri Melaka Bersejarah.
7) Menjadi Pengerusi Panel di Seminar Pemikiran Dr. Mahathir Untuk Generasi Muda di DBP pada 13 Oktober 2001, anjuran DBP.
8) Menjadi ahli panel Penubuhan Muzium Sastera Melaka (Ketua Sudut Wartawan 1999)
9) Menjadi Pensyarah Sambilan dalam bidang kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UITM) pada tahun 1996-1997.

c) Penganjuran Seminar / Persidangan Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

1) Menjadi Penganjur World Press Convention 16-21 September 1985 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad di Hotel Merlin,  Kuala Lumpur. 25 buah badan wartawan seluruh dunia mengambil bahagian.
2) Menganjurkan Pertemuan Wartawan Nusantara Kedua di Kuala Lumpur anjuran PWM PWM dan dihadiri oleh wartawan tempatan dan wakil-wakil wartawan di Negara ASEAN pada 11 hingga 3 September 1992. Dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Encik Abdul Ghafar Baba dan ditutup oleh Menteri Luar, YB Dato’ Abdullah Haji Ahmad Badawi.
3) Menganjurkan Seminar Peranan Wartawan Dalam Pengisian Kemerdekaan di Melaka anjuran PWM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka pada 23-24 Oktober 1993. Ia dihadiri oleh para wartawan dan pelajar bidang kewartawanan, ahli akademik serta ahli politik yang meminati bidang kewartawanan di seluruh Malaysia.
4) Menganjurkan Seminar Kewartawanan Islam Nusantara (ASEAN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu pada 9-11 Jun 1995. Ia di hadiri oleh para wartawan, ahli akademik serta penganalisa media massa yang beragama Islam di negara-negara ASEAN yang beragama Islam. Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokthar Ahmad.
5) Menganjurkan Seminar Kewartawanan dan Pelancongan Nusantara anjuran PWM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 14 September 1995. Ia dihadiri oleh para wartawan pelancongan diseluruh ASEAN dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
6) Menganjurkan Anugerah Wartawan Cemerlang Negara Pertama di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 3 April 1996. Anugerah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad kepada para penerima yang terdiri daripada Tan Sri A. Samad Ismail, Dato’ Mazlan Nordin, Dato’ Osman Awang, Puan Adibah Amin dan Pak Harun Hassan.
7) Memungut dan menyerahkan 700 tandatangan dikalangan para wartawan Malaysia yang membantah ‘bias’ pihak media asing mengenai Malaysia kepada YAB Perdana Menteri di Majlis Malam Perdana PWM pada 3 April 1996 di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
8) Menganjurkan Program ‘Wartawan Masuk Desa” selama tiga (3) tahun dengan melatih para pelajar daripada tingkatan dua – tingkatan lima bagi mengendalikan Buletin di kawasan Parlimen dari tahun 1996 hingga ke tahun 2000. Pilot project ialah dikawasan Parlimen Kuala Langat kemudian diperluaskan dibeberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu.
9) Menganjurkan International Convention ‘The Role of Media in Non Aligned Countries’ di Shah Alam, Selangor anjuran PWM dan NASYO dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa pada 21-23 September 2000. Dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Seramai 350 peserta mengambil bahagian yang terdiri daripada para wartawan, belia, pelajar, ahli akademik dan pemimpin belia dan pelajar dari negara-negara berkecuali. Dua resolusi dikeluarkan iaitu :

i) Penubuhan South-South News Agency
ii) Menganjurkan South-South NGO Forum
Pada majlis itu juga YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan dengan ‘Excellent Leadership In Non Aligned Countries’.

10) Menganjurkan Anugerah Abdullah Ahmad Badawi untuk para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang komputer dan matematik di peringkat Antarabangsa pada 20 November 2000 di Ibu Negara, Kuala Lumpur. Tetamu Kehormat ialah YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
11) Menganjurkan Tabung Kebajikan Wartawan dan Kemanusiaan Iraq di PWTC, Kuala Lumpur pada 12 Mei 2000. Pelancaran majlis dilakukan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
12) Menganjurkan Program Telekanser bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk mengisi tabung membantu para pesakit kanser di negara ini dan rakyat Iraq yang mengidap penyakit kanser akibat Perang Telok. Program ini dilancarkan oleh DYMM SPB Yang Dipertuan Agung di Menara Kuala Lumpur pada 14 Mac 2001.
13) Menganjurkan seminar ‘Wartawan dan Undang-Undang’ yang dihadiri oleh 300 wartawan daripada pelbagai media cetak dan elektronik sempena dengan Hari Wartawan Malaysia pada 12 Mei 2001. di Hotel Dynasty dan dirasmikan oleh YB Dato’ Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
14) Menubuhkan Pasukan PWM-Jelajah Merdeka dengan penyertaan 500 buah motorsikal berkuasa tinggi. Pada 15 Julai 2001 pasukan ini diterima oleh jawatankuasa bulan kemerdekaan sebagai acara tahunan pasukan ini mengarak jalurgemilang ke seluruh negara mulai 17 Ogos hingga 31 Ogos tiap-tiap tahun bermula tahun 2001. Kontijen ini menerima sambutan daripada Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Kerajaan Negeri melakukan upacara penyampaian bendera negeri kepada kontijen dan membaca serta menandatangani ‘Deklarasi Merdeka’ yang dibawa oleh Ketua Kontijen. Deklarasi Merdeka dan Jalur Gemilang yang diarak ke seluruh negara itu akhirnya diserahkan kepada YAB Perdana Menteri dimana Jalur Gemilang itu dinaikkan pada detik 12 malam pada 31 Ogos 2001 di Dataran Merdeka. Program PWM-Jelajah Merdeka telah dimasukkan ke dalam calendar sambutan bulan kemerdekaan setiap tahun, mulai 2001.
15) Menjadi Ahli Jawatankuasa Penganjuran Kongres Biro Tata Negara dan membentang kertas kerja bertajuk ‘Peranan Wartawan Dalam Menyemarakkan Semangat Patriotik’. Kongres Patriotisme Negara, anjuran Biro Tata Negara di Bangi pada 25 Oktober 2002.
16) Mengadakan kursus bimbingan penulisan kepada ‘Kelab Media’ Puteri UMNO Malaysia di Kuala Lumpur (Januari – Disember 2004).
17) Menjadi Penganjur bersama Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII 2006.


G. PENERIMAAN ANUGERAH/BINTANG/PINGAT/DARJAH KEBESARAN

1) 1987 – Pingat Bakti (PB) dari DYMM Sultan Kelantan.
2) 1996 – Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dari DYMM Sultan Terengganu.
3) 2003 – Kesatria Mangku Negara (KMN) dari DYMM SPB Yang Dipertuan Agung.
4) 2004 – Panglima Jasa Negara (PJN) dari DYMM SPB Yang Dipertuan Agung yang
    membawa gelaran DATUK.
5) 30 April 2009 – Dianugerahkan Tauliah Jaksa Pendamai (JP) oleh DYMM Sultan Kelantan.

 


 
 
 

 
 
Joomla Templates by Joomlashack