|
Pengumuman yang dibuat YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai umur persaraan kakitangan kerajaan yang dinaikkan daripada 56 tahun ke 58 tahun sudah tentu disambut kesyukuran orang golongan yang memang bergantung penuh dengan gaji bulanan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Faedah yang sama sudah tentu dinikmati bersama oleh pesara yang kini menikmati bayaran pencen bukan setakat 25 tahun tetapi sudah ditambah 5 tahun lagi menjadikannya 30 tahun.
|
| YAB Dato' Seri Abdullah
|
Saya tidak pernah bekerja dengan kerajaan, jadi saya tidak tahu setakat mana kebergantungan kakitangan kerajaan terhadap gaji bulanan mereka sekiranya mereka bersara. Pesara swasta seperti saya ini tidak ada pencen, saguhati yang diberikan oleh majikan mengikut satu jumlah yang diperjuangkan oleh kesatuan. Walaupun sudah berkhidmat hampir 30 tahun, tapi saguhati yang diberikan hanya cukup untuk hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini untuk tempoh tidak sampai 5 tahun. Selepas itu kena cari peluang lain untuk meneruskan kehidupan di bandaraya yang serba serbi menagih wang.
Alangkah bagusnya pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri ini dibuat awal tahun di waktu ilham untuk mengadakan PRU 12. Setidak-tidaknya parti Pakatan Rakyat melihat betapa pemurahnya kerajaan Malaysia melayani kehendak kakitangan kerajaan. Kita mengharapkan tidak lagi rungutan di kalangan kakitangan kerajaan dan jadilah pekerja awam yang mesra dengan kehendak orang ramai terutama yang berurusan di kaunter. Janganlah tunjukan muka masam dan meninggikan suara kepada pertanyaan yang dihulurkan oleh orang ramai. Mestilah diingat bahawa gaji yang mereka terima setiap bulan itu sebahagian daripadanya datang dari orang awam melalui potongan cukai sana dan sini.
Pengumuman kerajaan mengenai kenaikkan umur persaraan selepas PRU 12 menunjukkan betapa ikhlasnya Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi membantu kakitangan kerajaan tanpa mengharapkan publisiti murah untuk memancing undi dalam PRU lalu. Sekiranya PM tidak ikhlas untuk membantu kakitangan kerajaan dan mementingkan publisiti murah sudah pastilah diumumkan perkara ini sebelum PRU 8 Mac lalu kerana sudah pasti menarik hati kakitangan kerajaan yang cenderung kepada pembangkang untuk mengundi BN dalam PRU. Tetapi aspek ini tidak pernah dilihat oleh PM dan kerajaan
PM dan kerajaan begitu ikhlas dalam menilai prestasi, keperluan dan kebajikan kakitangan kerajaan. Hanya bila sesuai baru dilaksanakan tanpa melihatnya dari perspektif kepentingan politik dan publisiti.Padahal sekiranya perkara ini berada pada pembangkang sudah tentu ia menjadi publisiti besar dan sudah tentu menjadi isu utama memancing undi pilihanraya. Sesuailah dengan publisiti murah yang sedang dihangatkan sekarang oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh Kapal Singh.
Trackback(0)
|