A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 11 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini484
mod_vvisit_counterBulan Ini2824
mod_vvisit_counterJumlah198304
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow MALAYSIA PATUT LAYAN PENDATANG CINA, INDIA SEPERTI DI INDONESIA DAN THAILAND
MALAYSIA PATUT LAYAN PENDATANG CINA, INDIA SEPERTI DI INDONESIA DAN THAILAND PDF Cetak Emel

Saya terpanggil untuk memberi reaksi kepada kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr. Teo Kok Seong, seorang pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dari Universiti Kebangsaan yang dimuatkan dalam Berita Minggu dua hari lalu.

Orang seperti Prof. Dr. Teo Kok Seong yang dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan di Tanah Melayu ( kini Malaysia ) memahami dan menyedari bahawa beliau seorang tetamu di bumi yang ketuanannya adalah Melayu. Orang yang berpelajaran tinggi dan tinggi budibahasanya seperti Dr. Teo bolehlah dianggap sebagai saudara oleh orang Melayu kerana dari segi pemikiran dan tuturkata serta budibahasanya adalah orang Timur. Alangnya makmur dan amannya negara ini sekiranya rakyat bangsa Cina, India dan lain-lain bangsa pendatang memiliki pemikiran dan sikap seperti Dr. Teo ini. Orang seperti Dr. Teo ramai sekali di Kelantan. Mereka duduk di kampong Melayu, belajar mengaji bersama-sama anak-anak orang Melayu, berkain pelekat dan batek seperti orang Melayu…memang sukarnya nak bezakan yang mana satu Melayu dan yang mana satu Cina.

 

Sebagai orang yang berpelajaran dan tinggi budibahasanya, Dr. Teo berani menentang arus dengan pemikiran kebanyakan fikiran bangsanya sendiri – Cina. Ingin saya petik kata-katanya, “ orang tak suka saya bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya masih nak cakap…sebenarnya kita ( masyarakat Cina) pendatang dan minoriti di sini, tetapi orang Cina kata tidak kerana kita sama-sama membina negara ini. Saya masih kata kita minoriti dan pendatang.”

Bukan senang untuk seorang bangsa Cina seperti Dr. Teo bercakap seperti di atas. Apa lagi dengan generasi bangsa Cina sekarang yang tidak tahu asal usul nenek moyang mereka yang datang ke Tanah Melayu ini. Generasi muda Cina dan kaum minoriti dan pendatang yang lain seperti India dan kaum seperti Kapal Singh inilah yang sering mempersoalkan ketuanan Melayu. Bukan sahaja bangsa Cina dari parti pembangkang seperti DAP dan PKR tetapi juga bangsa Cina dari MCA ( parti komponan BN ) sendiri.


Cepat sangat melenting bila orang Melayu memperkatakan dan mempertahankan hak ketuanan Melayu. Salah faham dan salah taksiran tentang ketuanan oleh kumpulan generasi muda pendatang ini tidak hairan kerana kebanyakkan mereka mendapat pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Maka pergaulan dan memahami bangsa Melayu adalah terhad.

Berlainan dengan Dr. Teo. Saya yakin beliau mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan dan mempunyai ramai kawan bangsa Melayu. Beliau boleh berfikir dalam kerangka orang Melayu. Sebab itu dia ‘reti’ bahasa.

Saya juga bersetuju dengan nasihat beliau agar bangsa minoriti dan pendatang ini menjadi kaum yang baik dan menghormati negara ini yang bernama Persekutuan Tanah Melayu. Malaya pun Malay ( Melayu ).

Kaum pendatang dan minoriti Cina dan India (termasuk Singh) di negara ini patut bersyukur kalau di bandingkan kaum Cina di Indonesia dan Thailand. Orang Cina di Indonesia tidak dibenarkan sama sekali memakai nama Cina, jauh sekali mempunyai sekolah Cina. Keadaan yang sama juga di Thailand. Tetapi mereka jauh baik di negara ini, desak sedikit sahaja kerajaan sudah tunaikan. Sana sini ada sahaja sekolah Cina dan sekolah  Tamil. Apa yang sekolah kebangsaan dapat, semua sekolah Cina dan Tamil dapat. Sedangkan kalau mengikut Perlembagaan rasmi negara ini adalah bahasa Melayu dan kini dikenali sebagai bahasa Malaysia. Maka sekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Melayu/Malaysia sahaja yang sepatutnya mendapat bantuan penuh kerajaan. Tetapi apa terjadi sekarang, tuntutan demi tuntutan dibuat oleh kaum minoriti dan pendatang ini. Sehinggakan semua hak keistimewaan Melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan juga mahu dikongsi sama. Adil ke?

Kerajaan tidak sepatutnya melayani semua kehendak bangsa minoriti dan pendatang ini. Tuntutan demi tuntutan tidak pernah ada penghujung. Sekiranya semua kehendak bangsa minoriti dan pendatang ini dilayan akhirnya mereka akhirnya menuntut hak sama rata dengan bangsa Melayu yang menjadi tuan (tuan rumah) kepada Tanah Melayu ini. Perasaan ingin memiliki dan menguasai dan tidak memperdulikan apa itu ketuanan Melayu, maka beranilah Lim Kit Siang dan Kapal Singh mencabar institusi Sultan.

Selepas PRU 12, DAP merasa mereka sudah mempunyai pengaruh di kalangan rakyat negara ini. Mereka sudah berani mencabar Ketuanan Melayu yang meliputi empat perkara, kuasa Sultan, hak keistimewaan orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi da bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dimulakan dengan Lim Kit Siang yang meminta pulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak dan menyebabkan orang Melayu marah. Lim Kit Siang cepat sedar dan mohon maaf. Sepatutnya DAP belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini.

Selang beberapa puluh hari sahaja, Kapal Singh  Pengerusi DAP pula tampil lebih keras dan biadab mencabar kuasa Sultan Perak di atas pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) , Datuk Jamry Sury, mempersoalkan juga teks titah yang dibaca oleh Yang Dipertuan Agung ketika merasmikan sidang parlimen baru-baru ini. Sebelum itu, beliau juga mempertikaikan ucapan Tengku Mahkota Kelantan ketika merasmikan Perhimpunan Melayu di PWTC. Hari ini pula beliau turut mempertikaikan campurtangan Sultan Selangor dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ternyata perkara `memperlecehkan’ institusi Sultan negara dianggap sudah melampau. Kapal menunjukkan kedegilannya dengan mempertahankan kenyataan ini. Sikap biadap begitu ditonjolkan sehingga menyebabkan Melayu tercabar dan terbakar. Orang Melayu tidak melihat perkara ini sekadar mempertikaikan kuasa Sultan, tetapi lebih besar ia mempertikaikan ketuanan Melayu itu sendiri. Sabar orang Melayu ada hadnya.  DAP melalui Pengerusinya Kapal Singh bermain api. Setiap hari dia mencurahkan minyak dan menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin menyala dan marak. Tanda bahaya semakin hari semakin membesar dan sekiranya sesuatu tidak dilakukan oleh pihak berkuasa maka api ini akan membakar hangus dalam hati orang Melayu.

Kebiadapan dan keangguhan pembangkang melalui DAP ini semuanya berpunca daripada manusia bernama Anwar Ibrahim. Orang bukan Melayu mendapat pengakuan daripada seorang Melayu yang menjanjikan senario lebih mesra kepada bukan Melayu. Melaui PRU 12 lalu, PKR menjanjikan kepada kaum minoriti dan pendatang untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Tun Razak selepas Peristiwa 13 Mei. Sudah tentulah kaum minoriti dan pendatang (tetamu) akan teruja kalau tuan rumah ( pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat ) menawarkan untuk berkongsi sama rata sama rasa apa yang ada dalam rumahnya. Kalau selama ini hanya duduk di anjung rumah, tetapi kini tetamu tadi bebas untuk duduk dan tidur di mana sahaja ceruk pelusuk rumah tersebut. Malah segala harta benda dalam rumah itu boleh dimilik bersama.

Jadi apabila Pakatan Rakyat tidak menjangka sama sekali boleh menawan 5 negeri, maka timbul perasaan ghairah mereka dan cuba menguji keadaan. Lim Kit Siang dan Kapal Singh yang sudah masak dalam politik tidak sepatutnya mengheret para penyokong mereka dalam konflik perkauman ini. Apakah peranan mereka sebagai pemimpin? Apakah pemimpin-pemimpin DAP seperti Kapal Singh ini mahu sikap kurang ajar dan biadap itu  ditiru oleh pengikut – pengikut DAP?

Jika sekiranya orang seperti Kapal Singh tak ‘reti’ bahasa untuk mohon maaf akan kebiadapannya, maka pihak berkuasa mestilah tidak bersikap pilih kasih untuk mendakwa beliau seperti rakyat lain yang didakwa kerana mengeluarkan kata-kata hasutan yang berbau perkauman. Kita mahu Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 digunakan ke atasnya sebagai pengajaran bukan sahaja kepada Kapal Singh tetapi kepada sesiapa juga yang cuba-cuba mempersoalkan Ketuanan Melayu di Tanah Melayu ini.

Trackback(0)
Komen (25)Add Comment
...
Dikomen oleh abc, July 31, 2008
if no chinese here for malaysia, do u think ur country will develop rapidly? think about it... bahasa kita, if chinese are so called pendatang, malays shouldn't allow chinese enter tanah melayu in the 1st place, but y tunku abdul rahman did that? because he wants chinese to help develop his country, after using the chinese, chinese will automatically eliminate by the bloody akta in this country. after using the chinese, how dare u say chinese are pendatang... shame on u
report abuse
vote down
vote up
Undian: +6
...
Dikomen oleh pb, September 14, 2008
tanah melayu actually is a place whr all races also considered as pendatang...
malay ppl cm frm another country,chinese ppl cm frm anther country,indian also...
so,it canot say tat chinese is pendatang...
if chinese is pendatang,thn v shd say all ppl in tanah melayu was pendatang
report abuse
vote down
vote up
Undian: +2
...
Dikomen oleh Dr.Abdul Kassim, September 14, 2008
Saya amat kesal apabila medengar penyataan bahawa kaum cina itu pendatang dan tidak berhak menikmati perlayanan serata dengan kaum melayu. Makluk yan membuat penyataan begini adalah makluk yang berfikiran kolok dan tidak bersyukur.Makluk yang menyokonng kenyataan ini jua berfikiran ketinggalan zaman.Negara kita Malaysia masih ketinggalan kerana terdapat makluk begini, duduk di tanah malaysia ini. Pernahkah kita renung, jikalau tiada sumbangan kaum cina dari segi ekonomi, bolehkah negara kita mencapai status ekonomi sekarang. Pernahkah kita fikir jalan raya, jambatan , atau bangunan menjujung langgit yang kita banggakan ,majority sumbangannya adalah dari kaum cina. Kerana majority sumbangan hasil dalam megeri adalah dari kaum cina. Kemungkinan surau yang saudara kunjung setiap jumaad juga adalah dari sumbangan kaum cina secara tidak langsungnya, kerana wang yang digunakan untuk memdiri surau adalah dari sumbangan kerajaan , di mana sumbangan wang tersebut jua sebahagiannya adalah dari kutipan hasil dalalm negeri, iaitu income tax. Kini adalah tahun dua ribu lapan, dan kita masih bersisih sebab hal-hal tahun 1960an, bolehkah kita maju kehadapan?Kalao fikiran masih kolok dan tidak berfikiran "kemalaysian", bersedialah anak-anak kita berhidup berjujuk tanah seperti tahun 1960an , kerana perlaburan sifar dan wang nilai kita akan seperti rupiah .
report abuse
vote down
vote up
Undian: +5
...
Dikomen oleh Marcus, September 15, 2008
Saya berasa kecewa terhadap kenyataan yang disokong. Jika kaum Cina dan India adalah merupakan pendatang di mana seharusnya "diberikan" layanan yang saksama, bagaimana pula dengan orang ASLI?
Orang Melayu adalah pemilik negara ini ataupun orang asli merupakan pemilik negara ini?

Pada pendapat saya, negara Malaysia merupakan tanah air RAKYAT MALAYSIA dan bukan sesetengah kaum. Jika penulis berpendapat bahawa kaum Cina dan India merupakan pendatang, jadi saya berharap penulis juga mengetahui bahawa kaum Melayu juga merupakan pendatang!

Kaum Melayu pendatang dari Indonesia/Sulawesi
Kaum Cina pendatang dari China
Kaum India pendatang dari India

Jadi, patutkah penulis menarik balik perkataan "pendatang' sedangkan ini juga merupakan perkataan yang berbau kaum diskriminasi yang berat.

Sekali lagi saya ingin menjelaskan bahawa tiada sesiapapun merupakan pendatang jikalau mempunyai MyKad. Jika kaum Cina dan India merupakan pendatang,maka Kaum Melayu juga.

KITA ANAK MALAYSIA.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +2
...
Dikomen oleh ..., September 15, 2008
Saya tidak mahu memberi apa-apa pandangan terhadap pendapat saudara, cuma saya mahu ingatkan saudara di bulan Rahmadan ini, bukankah tanggungjawab untuk seorang Muslim supaya bercakapan, berbuatan dan berfikiran secara baik?
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh otakygsempit, September 15, 2008
orang cine ngan india nih pendatang? padahal melayu gak yg pendatang dari indon.. orang indon pon nak ckp besar kat malaysia?

malaysia nih milik malaysian(cine melayu india... lain2 kaum)...ko jangan suke2 pecah belah kaum lain..

kebodohan telah ditunjuk padamu bile ko bercakap tentang melayu,cine,india ,tentang siape pendatang, siape tuan...tuan yang betul2 , yang paling asal tuh.. orang hutan... ko pham tak? moyang kite datang sini dan develop tempat nih... bangga kite sekarang sbb kite anak Malaysia...bukan anak melayu/cine/india...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh ........................., September 16, 2008
chinese is "pendatang"! thats the fact. Don't say without chinese this Tanah Melayu cannot develop? I think the statement is totally wrong. The chinese should be thankful because this Tanah Melayu people or to be direct, the Malays allow them to live happily.

Bloody chinese! Most of them is swindle, bank robbers, along, and before they were KOMUNIS!
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh Steven, September 28, 2008
Kebenaran itu pahit.

Mmmg benar, kaum cina dan india adalah pendatang. Mereka amat beruntung duduk di Malaysia dan menikmati kemakmuran hasil bumi ini. Orang-orang Melayu telah memberikan ruang untuk mereka hidup dengan selesa dan aman jika dibandingkan layanan dengan bangsa cina di Indonesia.

Sedarlah, jangan meminta peha setelah diberi betis. Fahami sejarah, dan anda akan kenal diri anda.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +4
...
Dikomen oleh amine, March 18, 2009
saya sangat tertarik membaca artikel ini. malah saya juga bersetuju dengan pandangan saudara terhadap Prof. Teo. pada saya, dia sangat memahami Melayu dan boleh disifatkan lebih Melayu dari Melayu. saya sendiri sebagai pelajar PPBKKM yang mengenali beliau sangat mengagumi dan menghormati beliau. saya juga berpendapat bahawa sekiranya semua bangsa cina dan india seperti beliau, masalah seperti Hindraf tidak akan berlaku. walau bagaimanapun, saya tidak menyifatkan bangsa cina dan india adalah pendatang. kita tidak boleh menyifatkan mereka sebagai pendatang 100% kerana generasi kini bukan lagi merantau, mereka merupakan rakyat malaysia dan lahir di malaysia...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh diah, April 27, 2009
KEBENARAN ITU MEMANG PAHIT....

KEPADA SEMUA PENDATANG...SEDARLAH ANDA TAK MUNGKIN HIDUP DENGAN AMAN SENTOSA DI TEMPAT ASING LAIN SELAIN DI TANAH MELAYU INI (SKRG MALAYSIA. JADI PANDAI2 LER BAWAK DIRI AGAR SEMUA ORANG KAT M'SIA NI HIDUP AMAN DAMAI.... ORANG MELAYU DI MALAYSIA NI JAUH LEBIH BAIK DARI ORANG LAIN DI NEGARA LUAR SANA...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh cocotin, May 15, 2009
Ada cina ngan india atau takde sama saja bagi aku . Diorang bawa masalah ke negara mana saja yang diorang tumpang kat seluruh dunia ni. Kalau nak bahagia lebih baik kaum cina n india ni balik duduk dengan bangsa sendiri tapi tk mungkin diorg akan balik sebab negara sendiri pun rakyatnya merempat dan terlampau padat sampai sanggup berhijrah ke negara lain dengan gempa bumi, kemiskinan, kebuluran dan macam2 lagi itu sebab diorg sanggup bertahan nak duduk negara kita. Negara Malaysia ni banyak sumber kekayaannya oleh itu jgn sekali2 kita bagi kat bangsa pendatang ni.
report abuse
vote down
vote up
Undian: -2
...
Dikomen oleh cocotin, May 15, 2009
kalau nak sama rata hapuskan sekolah cina dan india di Malaysia ni dan hanya sekolah kebangsaan saja yang dibenarkan takdak lagi sekolah yang berunsurkan kaum2 tertentu. Penggunaan bhs cina dan tamil dlm drama2 tempatan cina n india jugak harus dihapuskan hanya menggunakan bahasa melayu atau bhs inggeris sahaja. Kalau bangsa cina n india sanggup korbankan bahasa ibunda mereka dan sekolah kaum mereka aku sanggup bg hak yg sama rata dlm semua bidang.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh Phoenixchoco, May 26, 2009
truth hurts...

kepada semua warganegara Malaysia etnik China dan India...anda harus faham sejarah...tak semua orang Melayu di semenanjung Tanah Melayu or Malaya berasal daripada Indonesia..hanya segelintir sahaja......Anda mesti faham hakikat ini...
Kalau anda tidak tahu, Tanah Melayu merangkumi, Patani, Narathiwat, Songkla dan Yala di Thailand...anda yang tidak tahu dan tidak pandai sejarah, tolong betulkan fakta, fikir dahulu baru bercakap. Jangan jadi macam tin kosong. Berbunyi tetapi hampas.

Kaum China yang datang dengan sendiri hanyalah (mungkin zaman lain pun ada, tapi jumlahnya sangat sedikit) pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kaum ini yang membentuk kaum cina Baba dan Nyonya di Melaka.
Kaum China yang selebihnya di'angkut' oleh British ke Malaya bermula pada tahun 1890. Perlu diingat, kalau mereka ini tidak susah berada di negara sendiri, sudah tentu mereka tidak akan meninggalkan negara mereka. Oleh sebab susah dan kemiskinan yang melampaulah, mereka tinggalkan negara China dan menerima tawaran British untuk mencari rezeki di Malaya.

Hal yang sama juga terjadi kepada kaum India.

Malaysia maju atau tidak bukan bergantung kepada kepada kaum Cina, itu tidak menjadi masalah kepada kaum Melayu. Walaupun negara ini mungkin mundur, tetapi kaum asal sekurang-kurangnya tidak perlu berhadapan dengan kaum pendatang yang menuntut yang bukan-bukan sehingga tidak masuk akal. Kaum Melayu menerima kewarganegaraan kaum cina dan india tanpa ragu-ragu cuma bersyarat. Syarat ini disebabkan kaum Melayu iaitu kaum asal telah lama ditindas dan dijajah oleh penjajah dan apabila hendak merdeka, mereka terpaksa pula berhadapan dengan kaum pendatang China dan India. Inilah sebab mengapa mereka meletak kan kontrak sosial, untuk membangunkan semula kaum Melayu yang telah lama ditindas sehingga beratus-ratus tahun lamanya. Seperti juga negara nenek moyang anda yang dijajah dan ditidas, anda mungkin tidak mengalaminya kerana datuk nenek anda telah lari meninggalkan negara asal anda. Orang Melayu? Tidak. Mereka mempertahankan negara mereka ketitisan darah yang terakhir. Tidak seperti datuk nenek kaum cina dan india yang lari atau setuju diangkut oleh British.
Orang Melayu pada masa itu, masih mampu makan dan minum di negara mereka sendiri iaitu Malaya. Tidak kebuluran seperti di China dan India.

Perlu di ingat, walaupun ketiga-tiga kaum utama ini yang bersama-sama menuntut kemerdekaan, kaum yang manakah rasa-rasanya yang semangatnya lebih berkobar-kobar untuk merdeka? Sudah tentulah kaum yang beratus tahun ditindas. Nenek moyang mereka dijajah dan ditindas, oleh sebab itu, WITH or WITHOUT the Chinese and Indians during that time, the Malays would still proceed with the independence as they were the ones who had felt it truly and Malaya was their country.

Jadi jangan lah terlalu mengangap sumbangan anda terlalu besar sehingga anda boleh meminta apa2 dariada kerajaan. Untuk menjadi warganegara, anda harus memikul tanggungjawab anda sebagai warganegara. Apa tanggungjawab anda? Selidik and fahami sendiri.
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh Zainol Mohd Ali, June 24, 2009
Tentang hak saya malas nak komen, tapi..........TAK PAYAH NAK CERITA PASAL BANGSA MALAYSIA KALAU TAK TAHU & FASIH BERBAHASA MALAYSIA/MELAYU. Mertabatkan bahasa Melayu dengan meWAJIBkan penggunaan bahasa Melayu diseluruh Jabatan-Jabatan Kerajaan diseluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Semua surat menyurat, dokumen, seminar, mesyuarat dan lain-lain yang berkaitan dengan kerajaan, badan berkanun, 'Government Link Company' MESTI menggunakan bahasa Melayu. Iklan2 di TV terutama TV1, TV2, TV3, NTV7 dan lain2, temuramah2 dll & papan tanda iklan di seluruh Malaysia MESTI lah menggunakan bahasa Melayu juga.

Tak payah nak pertikaikan di mana asalnya orang Melayu. Kepulauan Melayu merangkumi Selatan Thailand, Selatan Filipina, seluruh Borneo & Semenanjung Tanah Melayu & sebahgaian besar Indonesia. Orang Melayu adalah penghuni asal (termasuk orang Asli) di KEPULAUAN MELAYU....so, orang Melayu ada hak untuk menetap dan menjadi peribumi di mana2 kepulauan MELAYU seperti di atas. Inggeris lah yang memecahbelahkan persaudaraan yang sekian lama terjalin di negara2 orang Melayu di kepulauan Melayu.

Bagi memertabatkan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu perlulah dihapuskan terus (kecuali pembelajaran matapelajaran bahasa melayu) dari sistem pendidikan rendah, menengah & universiti demi kebaikan orang Melayu sendiri. Dengan penghapusan penggunaan bahasa Melayu dan penggunaan bahasa Inggeris secara menyeluruh, orang Melayu akan lebih mahir berbahasa Inggeris dan dapat bersaing tanpa takut2 dengan bangsa lain (tahukah kita kenapa orang Melayu dipandang rendah oleh bangsa2 lain di Malaysia? Salah satu dan sebab utamanya adalah orang2 Melayu tidak fasih berbahasa Inggeris!). Walaupun demikian, bahasa Melayu MESTI digunapakai seperti yang saya sebutkan sebelum ini di jabatan2 kerajaan. orang Melayu tidak akan ada masalah untuk berkomunikasi atau menulis di dalam bahasa Melayu sekiranya berurusan dengan jabatan kerajaan kerana telah biasa berkomunikasi di rumah tetapi ia akan menjadi masalah kepada bangsa lain. Maka, apabila bangsa2 lain mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan menulis di dalam bahasa Melayu sekiranya berurusan dengan kerajaan, akan tumbuhlah macam cendawan selepas hujan kelas2 & sekolah2 bahasa Melayu menggantikan 'British Council' dan lain2 sekolah bahasa Inggeris, dan akan bertambah lah pendapatan cikgu bahasa Melayu.

Jurang pergaulan antara bangsa Melayu, Cina & India yang amat ketara sekarang ini disebabkan bangsa Cina & India lebih suka berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris, manakala orang2 Melayu pula tidak mahir berbahasa Inggeris akan lebih rapat. Ini disebabkan bangsa2 lain akan cuba bergaul dengan lebih rapat dengan orang Melayu untuk mereka lebih fasih berkomunikasi di dalam bahasa Melayu.

Pada masa itu, orang2 Melayu yang sudah fasih berbahasa Inggeris disebabkan penggunaan bahasa inggeris secara menyeluruh di sekolah & universiti, dan fasih berbahasa Melayu disebabkan oleh penggunaan secara menyeluruh di rumah akan lebih berpeluang untuk mempelajari lain-lain bahasa pula.

Akhir sekali........siapa yang untung? Orang2 Melayu juga............
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh wmmy, August 15, 2009
apa yg kau merepek ni labu...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh tengku_a, September 21, 2009
Rakyat Malaysia? Apa itu rakyat Malaysia?

Kenapa orang Cina masih tidak fasih berbahasa kebangsaan? Apa bezanya mereka dari Cina dari China?

Jikalau seseorang memberitahu anda bahawa dia telah menetap di Perancis selama 10 tahun, tetapi masih tidak pandai bertutur bahasa Perancis, kemungkinan orang itu adalah orang yang gila, bodoh atau menipu.

Sudah berapa lama orang Cina tinggal ditanah ini?

Orang Cina yang baik dan mengasimilasikan diri perlu dilindungi.

Cina yang kurang ajar dan menentang konsep bahawa negara ini berteraskan Melayu perlu dihantar semula ke negara China.

Alhamdulillah. Kita telah melihat ramai rumpun Melayu dari Kepulauan Melayu datang berhijrah ke tanah ini. Melayu akan membentuk lebih 80% dari bilangan penduduk, insyaallah.

Ini tidak salah bukan? Bukankah Singapura mengajar lebih ramai penduduk Cina luar supaya datang ke Singapura?

Kuat Melayu, kuatlah Islam di tanah air kita yang tercinta ini. Lemah Melayu, lemahlah Islam seperti mana yang terjadi di Patani dan Singapura.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh Yayan, September 23, 2009
Melayu itu pendatang?

Kalau melayu itu pendatang kenapa negara ini dinamakan malaysia, atau sebelum ini tanah melayu?

Apek kulup & macha todi yang mengangggap melayu itu pendatang sebenarnya buta sejarah, cuba menafikan sejarah..atau memang secara semulajadinya bodoh lagi bebal...

Bangsa bebal sebegini menganggap sejarah malaysia bermula hanya setelah mencapai kemerdekaan

Rasanya kaum cina & india (kecuali baba nyonya & chetti) takkan wujud di negara ini jika penjajah barat tidak datang menjajah tanah melayu dan merampas hak pentadbiran dari raja2 melayu...

Jadi pada panndanga saya, selain bangunan bersejarah seperti Kota A Famosa, Sandhurst, Bangunan Sultan Abdul Samad dan lain2 produk tingggalan penjajah, apakata kerajaan Malaysia menyenaraikan satu lagi produk tinggalan penjajah; bangsa cina dan india

report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh myanmahani, October 17, 2009
saya amat bersetuju dgn apa yg artikel diatas ketengah kan dan saya harap ramai org (terutama org cina dan india) dapat memahami dan cuba fikirkan sedalam mungkin apa hak sebenar mereka dan apa tujuan mereka ditanah melayu ini..

kita sudah lama merdeka.. selama 52 tahun sudah kita merdeka tapi apa yg kita dapat lihat dan rasa sebagai tanah yg merdeka ? ape perubahan yang kita nampak dianatara semua rakyat berbilang kaum di malaysia ini ? 100% tepat apa yg telah dibentangkan oleh yazid othman diamana jikalau kita lihat apa yg berlaku di indonesia dan di thailand dan mengaplikasikannya sama seperti ditanah melayu ini, sudah lama bangsa2 generasi sekarang lebih mengenal erti bahawa apa erti sebenar menjadi rakyat malaysia dan semangat nasionalistik itu sememangnya ada dalam setiap rakyat di malaysia ini..

kalau di realitinya, ramai orang cina, india di malaysia ini kufur nikmat yg telah diberikan kepada mereka ini semnjak merdeka lg.. mempersoalkan tentang agama, bahasa dan institusi raja di malaysia ini.. sebenrnya tidak salah malah tepat apa yg telah dilakukan oleh tunku abdul rahman semasa merdeka dahulu diamana setiap mereka (pendatang) diberi taraf kewarganegaraan tetapi dimana silapnya kita ialah proses mengasimilisasikan pendatang2 ini sepanjang proses mereka berada di malaysia ini.. selama 52 tahun merdeka dan apa yg kita nmpk di sekeliling kita ? sekitar kita ? org cina megah mengunakkan bahasa nya, menampal poster2, banner dan papan tanda dlm bahasanya.. org india terpekik terlolong berrckp walaupun kawan nya berada disebelahnya... semua senario ini masih lagi ada malah kita dapat lihat senario sebegini tiap2 hari..

secara jujur sya cakap sebenarnya saya tidak ada secebis pun sifat perkauman tetapi keadaan sekarang yg telah membuatkan saya menjadi prejudis dan membenci bangsa lain.. kegiatan harian saya membolehkan sya selalu berinteraksi dengan kaum2 lain dan dari situ saya dapat lihat dan sekaligus membuat konklusi iaitu kaum2 lain ini sepatutnya disekolahkan lg dalam erti kata lain mereka ini patut diberi tunjuk ajar dengan cara lembut ataupun selayaknya keras..

memang benar ade segelintir kaum cina dan india di malaysia ini pandai berbudi bahasa dan pandai memainkan peranan mereka sebijaknya di tanah org tapi kebanyakan mereka juga tidak pandai malah lagi berlagak di tanah org.. org2 sebegitu lah yng sepatutnya disekolahkan lagi..

konsep 1malaysia yg telah di implementasikan oleh perdana menteri kita sekarang ini ada betulnya tapi jikalau kita lihat isi kandungan nya, byk yg boleh kita setuju beramai2 tapi ada juga kelemahannya..

bagi saya, cadangan saya (mgkn sama dengan cadagan org2 lain), ialah menggugurkan sekolah2 vernakular (jenis2) dan jadikan semua sekolah di malaysia ini sebagai sekolah kebangsaan dimana bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.. pihak2 kerajaan dan swasta juga seharusnya mengamalkan konsep yang sama dimana bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar sma ada formal atau informal.. bak kata pepatah melayu "melentur buluh biar dari rebungnya", dari kecil kita sepatutnya mengimplementasikan konsep ini insyallah anak2 kita yg akan datang akan lebih teguh, utuh dan semangat bila ditanya soalan.. apakah bangsamu ? saya ialah anak malaysia...

itulah sedikit luahan hati saya dan jikalau ada yg terasa dengan apa yg saya tulis, maafkan tapi cuba fikir dari perspektif seorang nasionalis dan pencinta tanah air..

ayam serama dipamer tuannya
di sangkar atau di rebannya
hilang lah hak hilang lah kuasa
jikalau diri lupa perananya..
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh nsgaga, November 10, 2009
kepulauan dan semenanjung ini adalah kepulauan dan semenanjung di mana orang-orang melayu tinggal dan ziarah menziarahi antara satu dengan lain dan bila pekenan pada satu-satu tempat di dalam ruanglikup kepulauan dan semenanjung ini maka mereka akan tinggal di persekitaran itu dan di situlah mereka terus berkembang dan melahirkan samada satu bandar, tamaddun dan sebagainya. sebab itu tanah semenanjung ini dipanggil "Tanah Melayu" berdasarkan terma umum bangsa yang wujud di Nusantara ini. Tetapi malangnya orang-orang Melayu ini tidak tahu menjaga tanah tumpah darah mereka (iaitu yang berada dalam ruanglikup Semenanjung ini dan seluruh kepulauannya). Mereka berpecah belah dan tidak mampu menghalang kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris dan sehingga hari ini masih tidak mampu untuk menghalau kaum-kaum pendatang yang kian hari kian menguasai dan memecahbelahkan mereka.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh sang nila, December 17, 2009
tak guna korang jelaskan pd kaum minoriti ni diorg takkan phm dan takkan berusaha untuk memahami sbb diorg mmg tak ada adab. korang tengok karpal dan lim tu, pd Sultan dan pd SPBYDP AGUNG pun diorg tak ada hormat pdhal negara kita adalah negara beraja yg berdaulat, alah samalah dgn Israel yg mendakwa Baitulmakdis hak mereka
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh Hang Jebat Moden, January 03, 2010
Aku sokong 95% artikel ni.. Cuma aku nak tambah sikit untuk para pengomen artikel ini.. Pada pendapat aku lah kan, korang sume orang melayu tak payah lah susah-susah lagi menyusahkan untuk meng'explain'kan apa2 kat non-malay mahupun mengutuk mereka kerana tu sume kerja sia-sia... Mereka takkan faham dan kalau faham pun mereka takkan mahu terima, samalah macam mana korang tak boleh terima apa yang dorang cakap... Lagi-lagilah bangsa mereka lebih kaya dan berjaya di malaysia ni berbanding dengan korang bangsa melayu yang selalu layu, so jangan haraplah dorang nak rendahkan diri kat bangsa korang untuk terima cakap korang.. Kalau korang ditempat dorang pun korang akan buat benda yang sama, pertahankan hak walaupun korang takda hak.. Bagi akulahkan, pokok pangkalnya pada diri korang jugak.. Masalah ni berpunca dari orang melayu sendiri dan orang melayu jugaklah patut selesaikan kalau korang taknak ia berterusan sampailah dorang pulak yang menjadi tuan di malaysia suatu masa nanti macam di singapura.. Kesilapan pertama yang dilakukan oleh pemimpin melayu selepas merdeka yang diketuai oleh tunku abd rahman ialah apabila mereka tidak mahu atau terlupa untuk me'melayu'kan non-malay ni seperti yang dilakukan di Thailand dan Indonesia.. Sekiranya ini dilakuakan aku percaya masalah ni takkan berlaku secara ketara malah masalah perkauman juga dapat kurangkan atau diatasi.. Ini ditambah lagi dengan bangsa melayu yang serba lemah dan keterbelakang jika dibandingkan dgn kaum lain di malaysia terutama bangsa cina.. Selain itu bangsa melayu sendiri berpecah dengan umno-pas nya, kaum tua-kaum muda nya lah dan pelbagai lagi perpecahan.. Lebih parah apabila bangsa melayu juga lah yang mendahului senarai tertinggi kes dadah,rogol, mat rempit, perceraian, anak luar nikah dan pelbagai lagi masalah masyarakat. Inilah yang menyebabkan bangsa bukan melayu pandang rendah kat orang melayu dan berani mencabar dan bersikap biadap terhadap orang melayu.. Dalam bidang perniagaan, melayu sama melayu berdengki, pantang tengok orang lain maju, nak tikam belakang..Ini berbeza dengan orang cina yang saling membantu dalam perniagaan.. Selain itu orang melayu kurang berdaya saing dan selalu mengharap kerajaan je. Lebih sedih ada pulak idea bodoh yang dilakukan oleh pemimpin melayu sendiri apabila menggunakan bahasa inggeris dalam pengajaran matematik dan sains.. Memang jika dilihat, idea ninampak baik tetapi jika dikaji dari aspek implikasi jangka panjang, ia tidak lebih dari menguntungkan bangsa lain malah menyebabkan masalah perkauman lebih besar kerana bahasa melayu dipandang rendah... Sebenarnya banyak lagi masalah orang melayu ni yang aku nak utarakan disini yang menjadi punca orang bukan melayu berani mencabar orang melayu... Sekiranya orang melayu menjadi bangsa yang dikagumi dalam pelbagai bidang, tentu bangsa bukan melayu tidak berani untuk mencabar orang melayu.. jadi bagi menyelesaikan masalah ini, orang melayu perlu berbalik semula kepada Al-Quran dan Sunnah kerana jawapan bagi segala masalah ini ada dalam Al-Quran dan Sunnah.. Salah satu jawapannya yang ada dalam Al-Quran ialah dalam surah At-Talaq ayat 2 dan 3, ertinya "Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya. Dan DIA mendatangkan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan siapa yang berserah diri sepenuhnya (bertawakal)kepada Allah, maka ia berada dalam jaminanNYA (dicukupkan keperluannya oleh ALLAH). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNYA, dan sesungguhnya Allah menjadikan setiap sesuatu ada ukurannya..". Sebenarnya banyak lagi jawapan bagi penyelesaian ini dalam Al-Quran dan Sunnah, carilah sendiri.. pokok pangkalnya orang Melayu wajib kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.. Jangan sesekali menombor duakan Islam dan terlalu taksub dengan bangsa.. smilies/tongue.gif
report abuse
vote down
vote up
Undian: +2
...
Dikomen oleh wawi, February 07, 2010
Ala sudah-sudahla tu, kita kan bangsa Malaysia, taka payah nak perkauman sangat, sejarah dah tak boleh diundur lagi.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh wawi, February 07, 2010
Yang lepas jangan diungkit lagila, satukan rakyat negara kita di bawah slogan keramat PM kita 1 Malaysia, fikir ke depan agar negara kita terus aman dan makmur.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh biskut, March 28, 2010
Bumi ini milik Allah,setiap manusia,setiap benda yang hidup semuanya milik Allah semata2,korang cina ke india ke melayu ke sama sahaja,rezeki cina,rezeki india rezeki kristian,masing2 semuanya dari pada Allah tak kiralah dimana sahaja hambanya ada,semua keturunan adam a.s,tapi itulah manusia yang menggilakkan hak dunia sampai lupa pada maha pencipta,tak payah nak bersuara sapa datang dulu,yang penting ingat asal usul kita,1 hari nanti ketika kita berkumpul(cina,india,melayu) dipadang mahsyar nanti boleh ke korang bersuara tentang asal usul ini?mesti tak bolehkan?dan siapa yang berani nak bersuara?mulut dikunci ketika itu,ingatlah semuanya milik Allah,jihadlah kerana agama,bukan kerana isu bangsa. . .lebih baik kita berdiam daripada bersengketa,kerana mulut badan binasa,nabi muhammad s.a.w pun berpesan pada umatnya kita sebagai orang islam wajib menghormati dengan agama/bangsa lain,saya harap isu ini tidak dibangkitkan lagi,always thinking positif
report abuse
vote down
vote up
Undian: +5
...
Dikomen oleh Malaysian People, May 12, 2010
Malaysia ni hak org asli, so diam-diam je lah... jgn nak mengada dan perasan bagus...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack