|
GANTIKAN ‘AMANAT HADI’ DENGAN 'MERAPU HADI' |
|
|
|
|
Saya mencadangkan kepada teman-teman fFB, masyarakat umum
negara ini khasnya para penyokong kepada ajaran sebenar Agama Islam kita, agar
lupakan saja perkataan 'amanah' yang disalahertikan itu…sepatutnya amanah
adalah perkara yang harmoni tidak mendatangkan kekeliruan sesuai dengan istilah
'amanah' itu adalah istilah syara' yang diperkatakan dengan jelas oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW akan maksudnya; dan
tidak sekali-kali untuk diselewengkan..!
Berpesan-pesan dan memberikan peringatan kepada umat
Islam seharusnya untuk bertaqwa dan beriman bukan mengeluarkan fatwa-fatwa yang
menyesatkan.
Jika demikian sikap angkuhnya Abdul Hadi, yang
tidak mahu memeperbetulkan kesilapannya (padahal Allah maha menerima Taubat)
maka marilah kita gantikan perkataan 'Amanat Hadi' dengan perkataan 'Merapu
Hadi' .
Merapu Hadi ini, maksudnya, segala pengucapannya
yang dirakamkan sewaktu mengeluarkan fatwa itu adalah perkataan-perkataan merapu dari
seorang yang beragama Islam yang bercita-cita tinggi untuk mendapat kemenangan,
dengan menggunakan slogan-slogan bombastik yg digelarkan fawua untuk mengangkat parti
dan dirinya, tanpa mempedulikan kesan dan akibat yg menimpa umat Islam di
kemudian hari....
Kini beliau sendiri telah menelan semua fatwa
larangan yang diganyangnya dulu dalam ceramah-ceramah dan pidato-pidatonya…yang beliau adun
dan salahertikan kini ianya telah cair ibarat ketulan2 air batu cair didalam
gelas air panas....
Ya, kini perbuatannya bersekongkol dengan Kafir
Harbi DAP semuanya halal semua para pengundi yang memangkah DAP, PKR dan PAS
boleh masuk syurga, kecuali orang yang mengundi BN..!
Allahuakbar walillahilhamd.
|