|
Hari ini seluruh dunia yang cintakan keamanan
menerima berita baik dari persidangan PBB yang sedang berlangsung sekarang di mana
berlaku pengundian di kalangan anggota PBB pagi semalam (waktu Malaysia)
mengenai pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara yang berdaulat, yang
selama ini digelar oleh Israel dan kuncu2 nya sebagai 'Kawasan Pengganas Palestin'.
Pengundian pagi semalam menyaksikan 138 menyokong Palestin
diiktiraf sebagai sebuah negara, 9 menentang dan 41 berkecuali...ini bermakna
Palestin telah wujud secara rasmi di PBB dan diberikan taraf 'Negara Pemerhati
Bukan Ahli', iaitu satu proses biasa di mana dari negara bukan ahli kepada
negara ahli adalah amat mudah.
Untuk medapat taraf 'Negara' dan menjadi pemerhati
di PBB ini telah memakan masa selama 60 tahun dan inilah yang mula
diperjuangkan oleh Alrahil Yassir Arafat semasa hayatnya, tetapi tidak
kesampaian kerana dinafikan oleh Amerika dan Israel .
Malaysia adalah antara negara yang berpendirian
tegas bagi melahirkan sebuah negara Palestin secara rasmi mendapat
pengiktirafan anggota PBB, di mana Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun
Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudoyono adalah antara pemimpin
dunia yang dilihat berdiri gagah di belakang penubuhan negara Palestin yang
berdaulat ini.
Semua agensi Berita Barat dan Timur khususnya CNN,
CNBC, BBC, CCTV, ART (Arab News) dan lain2 menyiarkan suasana pengundian yang
menuimbulkan pelbagai suasana ini...dipihak yang menyokong Palestin bersorak
dengan tepukan meja berpanjangan..manakala pihak yang menentang ,terutama wakil
Israel kelihatan tidak keruan...bangun berucap menyatakan marahnya kepada
anggota PBB yang menyokong Palestin dan pihak Palestin pula bangun meraikan
kemenangan sambil mengibarkan bendera Palestin..
Di Gaza dan Tebing Barat serta seluruh wilayah
Palestin dibuat lintas langsung oleh organisasi2 berita Barat khususny CNN dan CCTV
( China) di mana umat Palestin sedang meraikan kemenangan pengundian isu
pengiktirafan negara mereka di PBB dengan laungan Allahu Akbar Walillahilhamd
tak henti-henti...
Lepas ini mudahlah kita dan orang2 yang hendak ke
Palestin secara rasmi dengan menggunakan paspot Malaysia dan paspot negara
masing2 di pintu rasmi Imigresen Palestin, samada melalui Mesir, Jordan, Lubnan
dan lain-lain pintu sempadan, yang selama ini keadaan ini tidak wujud.
Dirgahayu Palestin, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, walillahilhamd.
|