|
NASIB NUJUM PAK BELALANG DALAM PAS |
|
|
|
Pagi yang bercahaya..! Semoga cuaca yg terang benderang serta suhu yg baik pagi ini menyegarkan minda kita semua.
Bagaimanapun saya tersentak dan terkejut dalam sesaat dua satni, bila seorang rakan saya yang saya kenal dengan nama Yee Spicy, seorang taukeh restoran mamak terkenal di Kota Bharu itu menghantar khidmat pesanan ringkas ( sms) kepada saya menyatakan:
"Terdahsyat…Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah melantik ADUN daripada DAP Rawang, Gan Pei Nie sebagai Exco Hal Ehwal Islam, nyata PAS telah diludah dan dibaruakan.."
Samada diludah atau meludah, bersetuju atau tak bersetuju, bagi saya sama saja...sebab Pas yang hanya bergantung 100% kepada Dato' Nik Aziz sekarang tak buat apa-apa bila tiba kepada urusan yang dibuat oleh DAP...kerana cinta dan kasih sayangnya kepada para pemimpin DAP adalah tanpa batas…apa saja yang DAP buat, beliau tetap pertahankan. Mengapa jadi begitu?... tanyalah dia !
Ada pun Presiden PAS pula, Dato' Abdul Hadi Awang kelihatan seperti `tunggul mati’ yang tidak berfungsi...contohnya dua tiga hari lalu beiau ada buat kejutan untuk test marketnya, atau nak uji pasarannya, adakah beliau ini masih laku atau tidak, dengan berkata, "tak mahu bertanding dalam PRU ke 13 nanti"...alih-alih bila tak ada orang yang merayu supaya beliau tarik balik hasratnya itu, beliau sendiri membuat kenyataan kemarin, akan terus bertanding pula dalam pru 13 ini...!
Oleh itu apa saja yang seorang lagi itu buat kenyataan pertahankan DAP, Hadi Awang tetap membisu...sebab beliau tahu akibatnya...seperti pernah Hadi Awang dan Timbalannya Nasarudin Mat Isa menyatakan hasratnya dulu untuk membuat Kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, tetapi Nik Aziz dapat tahu terus buat kenyataan "Haji Hadi dan Nasarudin Mat Isa kena letak jawatan..." sejak itu mana berani lagi Hadi nak bercakap...kot-kot tersinggung Nik Aziz jadi bala pulak…!
(padahal jawatan Murshidul Am Pas yang tak ada kuasa eksekutif itu berada dibawah kekuasaan Presiden parti) !!!
"Hai lah belalang...aku kata jangan masuk kau suruh aku masuk, kan susah..." demikian rungut Nujum Pak Belalang kepada anaknya belalang yang banyak tipu muslihat.....!
|