|
ANWAR IBRAHIM PENGANUT YAHUDI ??? |
|
|
|
Ramai juga yg menghubungi saya minta komen sikit mengenai berkembangan terbaru mengenai Anwar Ibrahim...Tak banyak yang boleh saya ulas pun...selain daripada beliau ini dikatakan telah bersumpah menyokong perjuangan Zionis...iaitu suatu fahaman 'amat pelampau' yang dicipta oleh para pejuang kaum Yahudi yang dianggap terjahat didunia, hatta oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri.
Fahaman Zionis atau Zionism ini menggariskan bahawa sesiapa saja yang menghalang kaum Yahudi dari mencapai cita-cita mereka, maka orang itu halal dibunuh. Ini dengan alasan kononnya Bangsa Yahudi ini adalah pilihan utama Allah untuk memerintah dunia ini.
Melihat kepada begitu bahaya fahaman Zionis ini maka PBB pada tahun 1977 telah pertama kali membuat persidangan antarabangsa mengenai 'Zionism And Racism' atau dalam Bahasa Arabnya disebut Almu'tamaru 'an Sahyuniyah Wal 'unsuriyah' di mana pembentangan kertas kerjanya ialah para cendikiawan terkemuka dunia termasuk yang berbangsa Yahudi sendiri (tetapi tidak menganut fahaman Zionis).
Manakala pemimpin dunia yang berani menyahut cabaran penting ini ialah
Presiden Muammar Gaddafi dari Libya yang menawarkan bandaraya Tripoli
menjadi tempat rasmi persidangan sedunia selama seminggu ini, di mana
beliau sendiri berucap dan merasmikannya .
Seramai 300 wartawan dari seluruh dunia dijemput membuat liputan
persidangan yang dibuat atas bantahan kerajaan Israel ini. Kumpulan
akhbar Utusan Melayu (Malaysia) telah dijemput oleh kerajaan Libya untuk
menghantar seorang wartawan (dengan syarat) yang boleh berrkomunikasi
dalam Bahasa Arab untuk membuat liputan bersejarah ini, dan Ketua
Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Encik Mazlan Nordin (kini Tan Sri)
telah memilih saya untuk mewakili kumpulan akhbar ini ke Tripoli Libya.
(Sebenarnya saya jauh dari layak mewakili Media Gergasi Arus Perdana
ini, kerana ketika itu, saya amat muda dan mentah, yang baru saja
diterima menjadi Wartawan Kedet (kena berlatih selama setahun), dan
dihantar oleh Kumpulan Utusan untuk mengikuti latihan di South East Asia
Press Centre di Jalan Melayu Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh
A.Samad Ismail (Tan Sri) dan beberapa tokoh wartawan Barat yang
berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan) .
Berkat tunjuk ajar guru dari Universiti Al Azhar Mesir Sheikh Abdul
Fatah Badran, Sheikh Maqawi dari Universiti Darul Ulum Arab Saudi dan
Hashim Yahya dari Kedah (Lulusan Al Azhar Mesir), semasa di Nilam Puri
dulu, (sebelum memasuki dunia kewartawanan) membuatkan saya "berjaya
menjalankan tugas di Libya itu dengan sempurna" kata Boss saya. Presiden
Libya Muammar Gaddafi (Yarhamhullah), merendahkan dirinya untuk menjadi
pemudahcara atau fasilitator kepada para wartawan mengenai isi seminar
PBB itu setiap sessi selama kira-kira seminggu (ada juga acara lawatan
di tengah-tengah persidangan itu) .
Didedahkan dalam seminar mengenai Zionism ini segala kezaliman kaum
Yahudi yang menganuti fahaman ini...mereka halalkan darah,hartabenda dan
nyawa bangsa lain...mereka diharuskan merampas hak serta menghalau dan
membunuh orang lain, demi menegakkan kuasa dan Negara Haram Israel itu.
Itulah puncanya kita lihat ratusan ribu umat Palestin dihalau keluar
dari rumahtangga dan kampung halaman mereka untuk tinggal di bawah
khemah di padang-padang Pasir kontang, manakala tempat mereka diganti
oleh kaum Yahudi yang dikerah datang dari seluruh dunia untuk tinggal di
Palestin, di bawah perlindungan Amerika dan Kerajaan British.
Tetapi perlu diingat bahawa tidak semua orang-orang yang berbangsa
Yahudi menganuti fahaman bahaya 'Zionis' ini. Contohnya Proffessor
Alfred Lilantel dari Amerika adalah antara ilmuan terhebat dunia, tetapi
menentang habis-habisan fahaman sempit Zionis ini. Beliau juga adalah
salah seorang pembentang kertas kerja dalam seminar ini (sila ikuti
lapuran liputan saya mengenai persidangan ini dalam akhbar Utusan
Malaysia dan Utusan Melayu bertulisan Jawi, dan baca juga Majalah Al
Islam keluaran Kumpulan Utusan, pada tahun 1977 di Arkib Negara).
Nah...fahaman Zionis yang ditakuti inilah yang kelihatan di dokong oleh
Anwar Ibrahim . Saya ada terdengar orang-orang dok kata bahawa bukan
sahaja Anwar menyokong perjuangan kauam Yahudi menentang Umat Islam
Palestin...bahkan wang simpanan beliau anak beranak pun katanya telah di
pindahkan ke Negara Israel yang didokongnya itu...nampaknya Anwar
kenalah nafikan berita yang bertiup kencang ini.
Tetapi apakah untungnya seseorang mendukung fahaman Yahudi Zionis ini
?Sebenarnya telah menjadi amalan kaum Yahudia Zionis seluruh dunia akan
memberikan sokongan yang tidak berbelahbahagi kepada mana-mana pemimpin
mana-mana negara yang berikrar menyokong dasar-dasar Zionis seperti
merampas tanah-tanah para penduduk Arab Palestin secara zalim iaitu
membunuh mereka yang engkar..
Selain dari tanah-tanah di Palestin Israel yang didokong oleh pelampau
Zionis ini juga merampas tanah-tanah kepunyaan umat Arab di sekeliling
mereka seperti Mesir, Saudi dan lain-lain...mereka ini hanya berdiam
kerana ditutup mulut oleh amalan Rasuah kepada para pemimpin mereka.
Amerika memainkan peranan utama dalam hal ini. Pimpinan di Amerika yang
tidak mendokong Israel akan di senjah turun samada dengan cara
pilihanraya atau di bunuh seperti John F. Kennedy.
Anwar Ibrahim telah terdorong oleh kegilaannya untuk berkuasa di negara
ini, hingga tergamak menganut Fahaman Yahudi yang menghalalkan kezaliman
terhadap umat Islam di Palestin khasnya dan di tempa-tempat lain
amnya...sebagai balasannya ribuan juta ringgit mungkin akan disalurkan
untuk Anwar Ibrahim membeli undi-undi rakyat Malaysia agar mengundi
pembangkang yang dilihat satu cara untuk beliau naik memegang kuasa di
negara ini.
Inilah yang dikatakan 'Politik Menghalalkan Cara" yang kalau tidak
dibendung akan mengakibatkan bala bencana akan menimpa rakyat negara ini
khasnya umat Islam atau Bangsa Melayu seluruhnya..!
Bagaimanapun tentulah beliau tak akan menggunakan penafian dengan cara
'Sumpah Laknat' atau 'Lafzulqosam' kerana beliau telah berjaya
mengelakkan sumpah itu sepanjang masa dengan mengalihkan topik kepada
perkara lain bagi ia dilupakan begitu saja setiap kali beliau membuat
onar..!
Kesimpulannya saya serahkan kepada rakyat negara ini, khasnya para teman
dan pelawat di lamanFB dan Blogger atau Twitter yang banyak
membincangkan hal ini untuk membuat kesimpulan bahawa benarkan Anwar ini
pendokong Yahudi atau lebih berat lagi jika 'Pendokong Fahaman Zionis
Yahudi' yang amat berbahaya itu...wallahu a'lam.
|