|
KUOTA SUBSIDI MINYAK MASAK PATUT BERADA DI BAWAH KPDNKK |
|
|
|
Kira-kira jam 3.00 petang tarikh 17hb Jan 2012 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa semua koperasi yang ditubuhkan terutama di kampong-kampong di seluruh negara akan dibimbing melalui agensi kerajaan yang terkaya di negara ini iaitu Felda melalui anak syarikatnya Felda Trading.
Ini adalah berita baik bagi masyarakat anak bangsa saya untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang terancang dan dibimbing, cuma berbekalkan azam serta kerja keras anda tidak akan jatuh lagi kerana tongkatnya berada di sekeliling anda..!
Tubuhlah KOPERASI ditempat anda masing-masing dengan kelompok yang anda senangi dan mempunyai kepercayaan untuk sama-sama berniaga…tak payah langsung…anda akan dilatih dari awal sampai berjaya..!
Menteri berkenaan telah menyampaikan surat perlantikan kepada 15 koperasi yang telah buktikan kejayaan mereka untuk menjadi Sub-DC iaitu membekalkan dan mengedarkan barang-barang keperluan kepada kedai-kedai runcit di sekitar lokasi mereka masing-masing atas jenama COOP 1 Malaysia. Harga barangan Coop jauh murah daripada jemana yang sedia ada dan berkualiti.
Contoh paling jelas, harga Bihun Coop 1 Malaysia berat 350gm hanya RM 1.60 dan jemana yang sedia ada RM2.30.
Satu masaalah telah ditimbulkan oleh para peserta kursus atau seminar koperasi itu, iaitu kesulitan untuk mendapatkan kuota subsidi minyak masak yang kini berada dibawah kementerian Komoditi, sedangkan koperasi yang diberikan keutamaan oleh... kerajaan itu berada dibawah KDNKK...Hanya KDNKK yang memahami masaalah yang dihadapi oleh koperasi2.
Satu cadangan drastik telah dicadangkan dan mendapat persetujuan umum dikalangan peserta seminar tersebut malam tadi iaitu mereka memungut tandatangan untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri hari ini supaya urusan Kuota Minyak masak ini dipindahkan ke KPDNKK.
Kira2 10 orang peserta kursus koperasi itu akan mewakili mereka semua untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri (atau wakilnya) di JPM Puterajaya hari ini.
Sementara itu pada berikutnya 18hb Januari 2012, sembilan orang wakil termasuk seorang wanita yang disebut di atas telah diberikan kebenaran untuk naik ke pejabat Perdana Mentei. Oleh kerana rombongan ini tidak membuat temujanji, maka Perdana Menteri yang mempunyai program di luar tidak dapat menemui wakil-wakil korperasi ini namun memorandum itu telah diterima oleh Ketua Setiausaha Perdana Menteri, Datuk Abdul Aziz, dan beliau berjanji akan menyerahkan memorandum itu kepada Perdana Menteri dengan seberapa segera.
|