|
RAKYAT BOSAN SANDIWARA ANWAR - AZMIN |
|
|
|
|
Azmin Ali – 'kekasih awal dan akhir' Anwar, menyeru rakyat membela Anwar dengan cara melakukan keganasan… mahkamah bebas buat keputusan yang seadil-adil nya...tak cukup bukti tetap tidak menjatuhkan hukuman. Sekiranya pendakwa tidak berpuas hati maka mereka akan mencari bukti yang benar-benar kukuh, sehingga tidak ada sebarang keraguan lagi..
Tapi lain pula pasangan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, salah atau tidak salah jangan sama sekali Mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada 'buah hati'nya itu.Kalau terbukti salah dan dihukum penjara, Azmin menyeru rakyat berpakat robohkan penjara, seolah-olah dunia ini miliknya dan Anwar sahaja. Beliau memerintahkan rakyat untuk bangun membuat demonstrasi dengan melakukan keganasan, membuat huru-hara, bagi memastikan Anwar Ibrahim sentiasa bebas daripada sebarang bentuk hukuman.
Azmin berbuat demikian besar kemungkinan didorong oleh perasaan dan keakraban beliau terhadap Anwar dan tidak sanggup melihat ‘pujaan hatinya’ berada dalam penjara,…adakah beliau tidak sanggup berada di luar keseorangan dan kesunyian ? Persoalannya kenapa hal peribadi sebegini mahu melibatkan rakyat ?.
Apa-apa pun keputusan, marilah kita berikan kepercayaan dengan kewibawaan Mahkamah kita yang memang berwibawa mengendalikan apa juga kes dalam negara ini…rakyat dah semakin jelas pihak mana yang hendak menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan pihak mana pula yang tak henti-henti hendak mempergunakan rakyat untuk kepentingan individu tertentu..
Ingatlah…mungkin sebelum ini ada antara rakyat negara ini yang terpengaruh dengan sandiwara mereka termasuk Ambiga dan Haji Hadi…tetapi biasanya seseorang itu tidak terpengaruh bagi kali ke dua sekiranya yang pertama itu ternyata menyimpang jauh dari kebenaran..
|