A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 22 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini164
mod_vvisit_counterBulan Ini9160
mod_vvisit_counterJumlah548826
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow AWAS BOM JANGKA DALAM PERKHIDMATAN PTD.
AWAS BOM JANGKA DALAM PERKHIDMATAN PTD. PDF Cetak Emel

Tiga hari lepas saya dan isteri hadiri rumah terbuka seorang rakan sepengajian di Universiti Malaya dulu di Sungai Tua, Selayang..ramai teman-teman se UM yg berada dalam perkhidmatan PTD hadir...kami berbual mesra bercakap kesah dulu dan yang terkini masing-masing...kata mengata, perli memerli sambil makan-makan riuh rendah dengan ketawa..

 Saya amat terkejut bila dibisikkan ke telinga bahawa ada 40 orang di kalangan pegawai PTD yang kebanyakannya penyandang Jusa C, B, A dan Pegawai Turus, kini telah berpaling kepada Pembangkang dan besar kemungkinan akan bertanding dalam pilihanraya ke 13 ini atas tiket Pembangkang dipelbagai tempat.

 

 Saya bertanya kepada teman yang berbisik ke telinga saya itu mengapa sampai tersesat begitu...?dengan sepontan beliau berkata;
 

"Memang gaji kami cukup besar dan memang kami diberikan kemudahan kereta dan minyak percuma, tetapi dalam hidup ini, disamping kemewahan wang dan hartabenda, kita perlu kepada penghormatan ...ertinya kami harus dihormati.."
Mendengar itu saya bertanya lagi, "Anda pegawai tinggi ..sudah tentu dihormati, tak cukup lagi ke...?"
 

Dengan cepat beliau menjawab," dihormati apa To'..!!! kami 40 orang ini YANG TERDIRI DARIPADA PARA PEGAWAI PTD DARI PELBAGAI JABATAN yang kini tidak mempunyai sebarang tugas tetap...seolah-olah kami ini melukut di tepi gantang.. .padahal satu ketika dulu kami berada ditempat yang sangat dihormati…mana hati tak sakit…mana kami tak ikut pembangkang..?"

"Kalau kami salah, hadapkan kami ke Jawatankuasa Disiplin atau serahkan saja kepada SPRM kalau memang kami bersalah…tetapi membiarkan kami begini adalah satu kezaliman…" Luahnya lagi.

Pelbagai hujah negatif saya jawab kepada teman lama saya ini…ada kalanya  beliau diam dan tunduk, namun hakikatnya beliau sedang merajuk habis…seolah-olah  sedang bercinta dengan pembangkang.. .bahkan sebaliknya, katanya ada beberapa peguam pembangkang yang kerap mengunjungi mereka untuk mendakwa dan membawa Kerajaan ke Mahkamah !
 "Hanya pembangkang yang bersimpati kepada kami ..orang kerajaan tidak ada yang bertanyakan khabar kami.." tambahnya.
 

Menjawab soalan saya, beliau menjawab, selain dari terima gaji setiap bulan, mereka juga tak lama lagi akan disambung perkhidmatan mereka dari umur persaraan biasa kepada umur 60 tahun-..dan mereka tak akan meletakkan jawatan, walaupun tak diberikan kerja tetap.
 
Para pegawai PTD yang 'ada gaji  tak ada kerja' ini, bagi saya adalah ibarat 'Bom Jangka' yang boleh meletup dari dalam Kerajaan sendiri bila-bila masa saja.. dan sekiranya ia tidak ditangani segera, akan mengakibatnya haba dan debunya akan terpalit kepada ramai anggota masyarkat khususnya kaum pekerja sendiri.Apa tidaknya, walaupun mereka tidak diberikan tugas tetap, tetapi mereka bebas membuka mana-mana fail kerajaan yang mereka mahu, atas kedudukan mereka yang tinggi dari para pekerja biasa di jabatan-jabatan Kerajaan atau Kementerian..macam-macam perkara negatif boleh ditemui..(kalau dilepaskan maklumat itu kepada pembangkang bagaimana?)

Pilihanraya telah berada di selekoh hadapan kita saja, maka sewajarnyalah KSU-KSU Kementerian berkenaan, telahpun mengambil tindakan serta-merta menyelesaikan kekusutan 40 orang pegawai PTD ini, tetapi belum lagi dilakukan. Oleh itu amat  wajarlah  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk tidak membiarkan api yang kecil dari dalam pejabat-pejabat KSU di bawahnya itu merebak ke Pejabatnya dan berjangkit pula ke Pejabat  Perdana Menteri yang ada di sebelah hadapan bangunan pejabatnya .

Saya yakin dan percaya masaalah ini mampu di atasi oleh Ketua Setiausaha Negara dengan kebijaksanaannya. Cuma pendekatan beliau menyelesaikan masaalah ini dilihat agak lambat dan bertangguh, sedangkan pihak pembangkang menggunakan 'Kuasa Turbo' menerpa datang secepat kilat untuk 'Menangguk Di Air Keroh' seperti ini .

Keadaan menjadi lebih buruk lagi bila Menteri di Kementerian yang terlibat, telah membuat janji-janji (kepada pegawai PTD terlibat) yang tidak ditunaikan, padahal janji Menteri berkenaan sudah memakan masa setahun untuk meletakkan pegawai PTD berkenaan di tempat yang memang disukai oleh pegawai tersebut.
 

Kawan Lama saya itu telah menunjukkan kepada saya SMS asal yang dihantar oleh Menteri berkenaan kepada Talifon Bimbitnya yang berjanji akan meletakkan di tempat yang merupakan promosi kepada pegawai PTD berkenaan...tetapi tarikh SMS itu sudah setahun lamanya, namun janji tetap tidak ditunaikan.. !!
 

Buat penutupnya,  pihak atasan  bolehlah memanggil mereka itu semua dan selesaikanlah satu demi satu masaalah kecil itu…kerana kita tidak mahu masaalah yang kecil itu bertukar menjadi kudis, yang akan bertukar menjadi busung dan akhirnya akan pecah berselerak yang merugikan ramai pihak...yang akhirnya terpalit dan terperencik kemuka pemimpin kita, yang kini sedang mengutip kepercayaan dari pelbagai lapisan rakyat..

 Selamat berpuasa Syawal bagi yang belum cukup...!

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack