A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 22 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini163
mod_vvisit_counterBulan Ini9159
mod_vvisit_counterJumlah548824
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow KECELAKAAN PETUGAS MEDIA DILUAR NEGARA BOLEH DIELAKKAN
KECELAKAAN PETUGAS MEDIA DILUAR NEGARA BOLEH DIELAKKAN PDF Cetak Emel

Bukan senang mengusung para petugas media untuk membuat liputan di luar negara khasnya bila mengunjungi negara yang dalam keadaan bergolak dan bermasaalah.
Bagaimanapun kecelakaan sebagaimana yang berlaku kepada Jurukamera Bernama Tv kita itu boleh dielakkan kalau kita ikut peraturan yang telah ditetapkan secara amalan biasa, iaitu mana-mana pihak yang mahu para petugas media berada di negara-negara yang bermasaalah, seperti peperangan, rusuhan kaum, atau berdepan dengan sesuatu tragedi yang dikira merbahaya, hendaklah terlebih dahulu melapurkan diri dengan pihak Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa atau International Commitee Of Red Cross (ICRC) sebaik saja memasuki negara tersebut.

Pihak ICRC nanti akan memberikan taklimat keselamatan kepada pihak Media atrau Press mengenai kawasan berisiko tinggi, kawasan yang selamat dan sesuai dimasuki untuk menbuat liputan, dan ICRC juga ada menyediakan Jeket kalis peluru bila difikirkan perlu untuk media memakainya. Jeket ini mempunyai pengenalan khusus dimana pihak yang bertelagah tidak boleh menembak atau menghalang mereka dari melakukan tugas.

Semasa Kami menganjurkan World Press Convention pada 16-20 September 1986 di Kuala Lumpur dulu (anjuran NUJ atau Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia yang kebetulannya saya menjadi Presidennya), kami telah mengundang seorang pemimpin ICRC untuk membentangkan satu kertaskerja tugas-tugas dan tanggungjawab ICRAC terhadap wartawan semasa bertugas dikawasan kecemasan, peperangan dan sebagainya.

Selain itu apa yang patut para petugas media (Press) lakukan bila mereka berada dalam sesebuah negara yang bergolak, agar tugas dilakukan dan keselamatan diri terjaga.

Dalam kes petugas media kita dari Bernama itu, apa yang perlu pihak yang membawanya ke Mogadishu Somalia itu buat ialah melapurkan diri dengan cara menghubungi pihak ICRC yang ada di negara tersebut dan menemui mereka untuk mendapaat gambaran jelas mengenai keselamatan pertuga media dikawasan yang ingin dimasuki.

Sekiranya dijangka sukar untuk menemui pihak ICRC di Somalia, pihak berkenaan di Malaysia boleh menghubungi wakil ICRC yang ada dinegara ini untuk dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan di Somalia.

Dunia media di negara ini juga mempunyai organisasinya yang tersendiri, dan elok juga organisasi media itu dihubungi bagi mendapat pandangan atau nasihat pakar mengenainya.Saya tidak lagi berada di NUJ sekarang, tetapi berada di Persatuan Wartawan Melayu Malaysia, dan kami bersedia untuk berkerjasama dalam memnbantu para petugas media negara ini di luar negara melalui jaringan kami sendiri.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack