|
MAT SABU KUDA TUNGGANGAN BARU DAP |
|
|
|
|
Dua hari lalu Mat Sabu, seperti yang telah saya jangkakan, akan membuat kenyataan seperti itu, sebab itulah syarat yang DAP bagi kepadanya untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. DAP tidak mahu orang yang ada pendidikan agama, Mat Sabu adalah orang yg paling sesuai memenuhi hasrat dan kehendak DAP. Itulah janji Mat Sabu pada DAP untuk menurut semua kehendak DAP sekiranya nama beliau dicadangkan kepada PAS untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Segala kehendak DAP akan disalurkan melalui mulut Mat Sabu dan ini terbukti apabila DAP berjaya mempengaruhi Mat Sabu untuk menyatakan bahawa hero sebenar Bukit Kepong adalah komunis. Dan sebenarnya semangat dan perjuangan komunis memang sudah lama bertapak dalam DAP. Mat Sabu kini menjadi kuda tunggangan baru DAP apabila Anwar sudah semakin berhadapan dengan masalah moral.
|