|
"Mengapa MAS tidak jualkan sahamnya kepada GLC yang kayaraya iaitu
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji (LTH)?"
demikian persoalan yang diajukan oleh seorang teman rapat saya sebagai
reaksi beliau terhadap penjualan saham MAS kepada Air Asia kelmarin.
"MAS adalah sebuah Government Link Company (GLC) yang mewakili
kepentingan rakyat yang dikuasai Kerajaan, tetapi kenapa MAS jualkannya
kepada sebuah syarikat Individu yang pada hal MAS banyak pilihan lain
untuk tidak jatuh ke tangan individu yang langsung tak ada kaitan dengan
kepentingan rakyat negara ini? " kata seorang lagi teman saya , seorang
ahli perniagaan di ibunegara ini.
"Datuk cuba siasat apa kah ada unsur yang 'tidak sihat' disebalik penjualan saham MAS ini kerana ia amat ganjil sekali caranya, iaitu tiba-tiba, tiada rundingan terbuka, tawaran terbuka, malah yang paling jelas MAS dan AirAsia sebelum ini bukan mempunyai hubungan yang baik, tetapi tiba-tiba saja berpelukan, tidakkah ini ada sesuatu yang tak kena?" teman yang sering melayari laman blog saya menghubungi saya pagi ini.
"Ingat-ingat Datuk, MAS adalah milik Kerajaan dan rakyat negara ini, tetapi jika dibuat dengan sesuka hati oleh pihak pengurusan MAS, ia menimbulkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu yang begitu sentimental dengan syarikat-syarikat GLC...tak takutkah Datuk orang Melayu marah?...mengundi dah dekat. ..takut nanti kemarahan itu dilepaskan atas kertas undi ! " tambah teman itu lagi.
Kita boleh mengimbau sejarah silam di mana AirAsia tidak berjaya mendapatkan Terminal 3 Subang untuk menjadi pusat penerbangan AirAsia, sebaliknya ia diberikan kepada Syarikat Penerbangan Firefly iaitu syarikat milik bersama MAS, dan AirAsia juga gagal berkongsi tempat dengan MAS di lapanganterbang KLIA. Akhirnya AirAsia diberikan tempat terpencil jauh dari kemudahan di KLIA yang hanya untuk MAS sahaja beroperasi.
Hal ini dapat dilihat oleh rakyat biasa dengan jelas...dan pakatan terbaru MAS/AirAsia ini seolah-olah pakatan yang dibuat antara Pas dan DAP yang masing-masing mempunyai hala tuju yang bertentangan, namun demi kepentingan sesuatu yang dikejar oleh pihak pentadbir Pas, ia sanggup pejam mata untuk berpelukan dengan DAP (yang sejak lama dulu berusaha memerangkap Pas)...yang mengakibatkan Pas kehilangan sokongan orang Melayu kini...!
Apalah sangat alasan pihak tertentu dalam MAS yang menampakkan kegilaan yang amat sangat untuk menguasai secebis saham dalam AirAsia, padahal organisasi MAS jauh berada di puncak ketinggian dalam dunia penerbangan peringkat global dalam semua segi…yang ada pun kegemilangan-kegemilangan kecil ciptaan penganjur tertentu untuk memberikan AirAsia propaganda-propaganda yang membayangkan seolah-olah ia begitu hebat...! dan inilah yang ditelan oleh individu tertentu dalam MAS.
Seperti yang diperkatakan oleh seorang teman di atas itu, wajar juga Suruhanyajaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjenguk kepala dalam urusan penjualan saham MAS ini...maklumlah siapa tahu kot-kot ada ular tedung di balik pasu bunga yang menghias jambangan bunga kita itu...dan jika ada, saya tentunya tidak terkejut..!
|