A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 21 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini157
mod_vvisit_counterBulan Ini9153
mod_vvisit_counterJumlah548819
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
SELAMAT TINGGAL RAJAGOBAL.. PDF Cetak Emel

Kekalahan Malaysia di tangan Singapura untuk melangkah kepusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Bukit Jalil kelmarin merupakan peristiwa "Selamat Tinggal Rajagobal" dari menjadi Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan Harimau Malaya.

Rajagobal sudah beroleh 'kemenangan besar' dari segi 'ego' nya yang tetap mempertahankan keputusan ceteknya, tidak mahu mendengar sebarang nasihat daripada orang lain, agar Pemain Pertahanan pasukan itu digantikan dengan para pemain yang lebih mantap, lebih muda dan lebih bertenaga dari pasukan 'Harimau Muda' negara.

Berdasarkan rekod beberapa perlawanan yang dilalui, Rajagobal telah diberikan nasihat dan pandangan, dimana para jurulatih dan para pengurus negeri 99.9 % telah menyuarakan pandangan mereka melalui pelbagai saluran media, percakapan atau perbualan, bahawa Pemain Pertahanan 'Harimau Malaya' perlu ditukarkan dengan para pemain yang lebih agresif, terutamanya dari barisan pemain muda negara kita, yang telahpun bersedia bila-bila masa untuk diturunkan .
Malah Rajagobal dengan angkuhnya berkata "Saya tetap mempertahankan para pemain saya, saya tidak akan tukarkan mereka". Sebenarnya apakah faedahnya Rajagobal bersikap 'keras kepala' begini? apa yang dia untung dengan mempertahanakan egonya itu, sedangkan pemain yang diturunkan tidak mampu memikul tanggungjawab seperti yang diharapkan ?.
Rajagobal lupa, dalam pada beliau mencuba sedaya upaya mempertahaankan 'EGO' nya (dengan menurunkan pemain yang tak ada kelas), negara yang rugi...dan mendapat malu !
Bayangkanlah, Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan bangganya menalifon Rajagobal sendiri untuk menyaksikan perlawanan yang sangat penting itu, sedangkan Rajagobal tidak mahu pasukan negara menang dan tidak berusaha berkorban mengatasi egonya demi untuk menghiburkan Perdana Menteri serta rakyat Malaysia semuanya...yang mengharapkan pasukan kita itu menang..apa nak buat..!
Malah, beliau tetap menurunkan pemain-pemain yang tidak mampu memikul tanggungjawab membawa kemenangan kepada pasukan negara. Beliau tenggelam dalam pujian palsu para pemainnya sendiri kononnya cara beliau itu tidak perlu diubah lagi..
Barangkali Rajagobal berkhayal bahawa beliau telah diberikan Pingat Kebesaran negara PJN baru-baru ini, kerana atas jasanya melatih Pasukan Harimau Malaya itu .
Padahal pingat kebesaran setinggi itu, biasanya adalah atas jasa keterlibatan seseorang dalam bidangnya yang sangat luas mencakupi kepentingan negara. Dalam hal pemberian pingat kebesaran ini, pada hemat saya, beliau dipandang dari segi sumbangannya dalam 'Arina sukan bolasepak negara' yang luas dan lama, serta memberikan aspirasi kepada masyarakat umum khususnya kepada jenerasi muda.
Beberapa pemain yang menjadi beban kepada kesebelasan pasukan kebangsaan perlu ditukarkan. Rajagobal mestilah menerima hakikat bahawa perasaan untuk 'mengambil hati' para pemain yang 'mengampu' nya, adalah berbeza sekali dengan cabaran negara untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan.
Jurulatih 'Harimau Muda' negara, Ong Kim Swee sendiri, dengan rendah hati menawarkan (beberapa kali) tentang kesediaannya untuk membenarkan Rajagobal mengambil pemain-pemain muda bimbingannya yang berbakat besar untuk bermain dalam pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi pra kelayakan Olimpik bimbingan Rajagobal itu .
Oleh itu apakata kita ucapkan 'Sayunara' kepada Rajagobal..sumbangan anda kepada dunia bolasepak negara khasnya kepada Harimau Malaya begitu banyak, tetapi berilah laluan untuk Jurulatih lain mencuba untuk menjadikan Pasukan Harimau Malaya benar-benar bertenaga sesuai dengan namanya "Harimau".
Banyak lagi bidang sukan bolasepak negara ini yang memerlukan sumbangan Rajagobal untuk mencurahakan segala pengetahuan dan pengelamannya, sesuai dengan minat dan kebolehannya..FAM boleh aturkan semuanya itu.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack