|
RAKYAT MELAYSIA MULAI KENAL SIAPA PEMIMPIN PAS
Tidak hairanlah Haji Hadi sebagai YDP/Presiden Pas membuat kesilapan demi kesilapan tentang pendirian partinya dan pendirian peribadi beliau sendiri. Pendirian yang terkini ialah beliau mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang di ketuai oleh Ustaz Azizan, bersetuju dengan desakan DAP agar kerajaan negeri itu menggugurkan keputusannya yang melarang pusat-pusat hiburan negeri itu dari beroperasi di bulan puasa ini.Ini mencerminkan pendirian politik Haji Hadi dan pendirian peribadinya yang sebenar iaitu seperti 'lalang' yang sentiasa terpengaruh dengan tiupan angin. Pendirian peribadi beliau sendiri terpancar melalui ceramahnya dan segala tulisannya dalam buletin parti itu iaitu Harakah dan Risalah.
Sebelum ini pun, kerap beliau tergelincir dari paksi seorang pemimpin Islam, atau seorang yang beriman apabila mengatakan Datuk kepada Baginda Rasulullah SAW Abdul Muttalib, adalah seorang 'Kafir' begitu juga bapa saudara Rasulullah SAW Abu Talib, yang berasaskan pembacaan beliau yang berat sebelah dan berasaskan tulisan beberapa penulis kitab yang memihak kepada Muawiyah dan keturunannya, (yang menentang anak cucu Rasulullah SAW) yang lahir lebih dua ratus tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Sedangkan tulisan-tulisan para ulama yang cintakan keluarga dan
keturunan Rasulullah SAW dengan jelas membuktikan bahawa Abdul Muttalib
dan Abu Talib adalah orang yang beriman kepada Allah dan
Rasulnya...malangnya fakta sebenarnya dalam hal ini telah telah
diselewengkan oleh golongan yang menentang keluarga Rasulullah SAW yang
diketuai oleh Muawiyyah Bin Abu Sufian serta keturunannya.
Kalau difikirkan dengan fikiran yang terbuka dan lojik pun, adakah
munasabah Rasulullah SAW yang amat tinggi darjatnya itu datangnya dari
keturunan orang kafir. Masa sebelum lahirnya Nabi Adam pun Nur Muhammad,
yang merupakan cahaya kemuliaan bakal Nabi Akhiri Zaman itu sudah pun
wujud, dan adakah munasabah Peribadi Yang Amat Mulia itu datangnya dari
keturunan orang Kafir???
Cara Haji Hadi memberikan pendapatnya itu seolah-olah Nabi Mohammad SAW
itu dipilih daripada orang biasa yang keturunannya entah dari mana, dan
seolah-olah tidak direncanakan oleh Allah dengan amat teliti tentang
keturunan bakal kekasihnya yang bakal membawa rahmat kepada alam ini.
Oleh itu tidak hairanlah kalau Haji Hadi melatah mengeluarkan 'Islam'
dari Pas dan menggantikannya dengan 'Kebajikan' semata-mata kerana
urusan dunia iaitu atas dasar hendak mengambil hati para pemimpin DAP
yang merupakan rakan kongsi utama dalam pakatan pembangkang yang sejak
dari awal lagi tidak mahu Pas memperjuangkan Negara Islam atau
memerintah cara Islam, seandainya mereka memenangi pilihanraya.
Di manakah keimanan dan ketaqwaan haji Hadi seperti yang diharapkan oleh
para pengikutnya selama ini? Di manakah pendirian serta aqidah Haji
Hadi seperti yang dilaungkan oleh para pengikutnya selama ini…? Dan yang
terakhirnya kini beliau telah mempertahankan pendirian DAP agar
kerajaan Negeri Kedah menggugurkan larangan terhadap pusat-pusat hiburan
daripada beroperasi di Bulan Ramadhan..
Demi 'cintakan' kuasa untuk sama-sama memerintah negara ini dengan DAP
dan pemimpin serba kabur Anwar Ibrahim, Haji Hadi sanggup menjadi Pak
Turut yang menghancurkan maruah sebagai seorang pemimpin beriman dan
bertaqwa sebagaimana yang dmimpikan oleh para pengikutnya.
Bagaimanapun memanglah tidak menghairankan...jika keturunan Rasulullah
SAW pun beliau sanggup cemarkan, apalah ada pada maruah dan imej Parti
Pas yang beliau nak pertahankan sangat …! Bagaimanapun, rakyat negara
ini baru kenal siapakah sebenarnya YDP/Presiden Pas sekarang ini..
|