A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 19 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini154
mod_vvisit_counterBulan Ini9150
mod_vvisit_counterJumlah548815
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PERHIMPUNAN NGO DI PWTC : TAHNIAH TO' MAD
PERHIMPUNAN NGO DI PWTC : TAHNIAH TO' MAD PDF Cetak Emel

 ( Catitan peristiwa semalam)

Sesampai dimuka pintu masuk ke Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur kira-kira jam 9.00 pagi semalam (10 Julai 2011), Datuk Haji Ahmad Bin Maslan (To' Mad) Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tuan Rumah kepada Majlis Penerangan Perdana itu bertanya sambil bersalam, apakah saya masih terlibat dengan dunia kewartawanan ASEAN, atau nama penuhnya Konfederasi Wartawan ASEAN ringkasnya CAJ...dan saya memberitahunya bahawa mereka telah melantik saya sebagai Penasihat Tetap CAJ (Confederation Of ASEAN Journalists), setelah tamat tempoh saya memegang jawatan Presiden CAJ itu selama tiga tahun.

 Selain itu katanya, apa jawatan dalam kewartawanan yang lain, dan saya menjelaskan, bahawa sekarang ini saya telah dipilih menjadi Pengerusi AJK Protem kepada WFMJ (World Federation Of Muslim Journalists), atau Persekutuan Wartawan Islam Sedunia, yang kebanyakannya dianggotai oleh para wartawan Asia dan Afrika (khususnya negara2 Arab)...sebelum saya habiskan penjelasan, To' Mad mengarahkan seorang pembantunya membawa saya untuk duduk di atas pentas, bersama Perdana Menteri dan para Pemimpin Pusat Umno serta para pemimpin NGO lain, yang berdepan dengan lebih enam ribu hadirin dalam dewan tersebut.

 Bila berada atas pentas, saya nampak dibarisan hadapan dalam Dewan Merdeka itu , ramai sekali para pemimpin dan bekas pemimpin parti dan kerajaan, lalu saya merasa malu dan menyesal naik keatas pentas dihadapan itu, tetapi apakan daya saya tidak boleh turun begitu saja, nanti apa tafsiran orang lain, bila dah ada disitu, turun pula ke bawah, lagipun dah tak ada tempat duduk..saya buangkan perkara itu dari pemikiran dan tumpukan kepada Dato' Shafei Afdal yang telah mula berucap..

 Selepas Shafei Afdal berucap, diikuti oleh Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Haji Ahmad Bin Maslan. Ketiga-tiga mereka berucap atas tema yang sama walaupun ungkapan dan tekanan suara yang berlainan.

 Tema ucapan mereka bertiga adalah berkisar kepada kegagalan para pemimpin parti pembangkang yang sepatutnya menjadi juara sebenar bagi rakyat negara ini dengan memandu ke arah keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat dan mencari jalan meningkatkan ekonomi dan pendapatan rakyat.

Tetapi dukacita mereka mengajak rakyat melakukan huruhara dalam negara yang menyebabkan rakyat sengsara kehilangan sumber pendapatan bila berlaku kacaubilau . Sebenarnya kata mereka inilah hipokrasi besar yang berjaya dizahirkan oleh Pengkhianat Besar Ambiga yang bertopengkan kebebasan bersuara, serta para pemimpin pembangkang lain khasnya Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Ab.Hadi Awang dan para pemimpin DAP

 Mereka berpendapat pihak pembangkang negara ini telah gagal membuktikan berhimpunan mereka akan didatangi sejuta orang, tetapi hanyalah cuma tak sampai 10,000 orang yang hadir, itupun setelah diupah sekurang-kurangnya RM200 setiap orang. Ada pun yang kelihatan ramai ialah orang ramai yang sedia ada dalam kawasan Bandaraya ini dengan pelbagai urusan peribadi, termasuk para pelancung asing, berdiri di tepi-tepi jalan melihat gelagat para pemimpin pengkhianat negara itu mengetuai perarakan yang sia-sia , mundar mandir tanpa tanpa tujuan..!

 Mereka menyeru rakyat negara ini agar berusaha keras menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang aman dengan menolak pembangkang dan setelah berikhtiar, serahkanlah kepada Allah untuk mencapai apa yang kita ingini itu.

Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Ab,Razak yang ketibaannya disambut meriah oleh para hadirin yang terdiri dari pemimpin penerangan Umno dan BN, ahli-ahli dan para pemimpin NGO, ketua-ketua syarikat korporat, GLC dan lain-lain. Saya difahamkan orang-orang yang dijemput datang hanya sekitar 4,000 orang, tetapi yang datang ialah lebih daripada 6,000 orang yang menyebabkan kesesakan dalam Dewan Merdeka di PWTC itu.

Tidak syak lagi, ini adalah kejayaan besar Jabatan Penerangan Umno Malaysia pimpinan Datuk Haji Ahmad Maslan, di mana perhimpunan ini adalah merupakan satu perjumpaan besar mewakili rakyat yang cintakan keamanan dan keharmunian di negara ini.

 Perdana Menteri menyindir Anwar Ibrahim yang pura-pura sakit dengan mebuat memek muka yang teruk kononnya di kasari oleh pihak polis...Kata Dato' Sri Najib, hal ini bukanlah perkara baru bagi pemimpin pembangkang itu berbuat demikian, malah rakyat dah jelak dah dengan lakonan beliau pada masa-masa lalu itu…padahal pihak polis melayan para penyokong pengkhianat itu dengan sehabis baik.

 Kata PM, mana tidaknya pihak pembangkang risau, kerana semua pilihanraya kecil BN menang, dan pilihanraya negeri Sarawak juga mengecewakan mereka (mereka yakin boleh memerintah Sarawak). Anwar katanya, amat terdesak untuk menjadi Perdana Menteri sehinggakan sanggup berbuat apa saja walaupun melanggar undang-undang dan perkara yang boleh mencetuskan huru-hara dalam negara.

 Pas pula kata PM, dulu semua orang tak betul, berikat dengan MCA pun tak betul, tetapi sekarang Nik Aziz dah peluk Lim Kit Siang dan lain-lain lagi…semua tak apa...matlamat menghalalkan cara.

Katanya lagi, orang selalu mengatakan hati-hati dengan pihak yang majoriti senyap mungkin ada perkiraan sendiri, dan kini pihak majoriti yang senyap selama ini telah mula bersuara di Dewan Merdeka PWTC hari ini yang mengatakan 'tidak' kepada semua taktik kotor pembangkang "betul tak?" beliau bertanya dengan jawapan berkali-kali dari orang ramai dengan berkata "betul !!"

 "Umno berdiri atas sokongan rakyat" laung Perdana Menteri.."Umno ini berasal dari hati nurani rakyat, sebab itu ia disokong oleh rakyat, disokong oleh majoriti Bangsa Melayu..." katanya, Umno dirasmikan di Istana Sultan Johor, disokong oleh Raja-Raja Melayu .

 Kata PM, Umno tidak pernah takut kepada pilihanrya, dan tidak pernah menyalahgunakan kuasa untuk memenangi pilihanraya. Kalau Umno jahat macam pembangkang dakwa itu, tentulah BN telah memerintah Kelantan, kerana Pas hanya lebih dari BN satu kerusi sahaja dalam pilihanraya dulu, dan kelebihan satu kerusi itu pula Pas hanya menang satu atau dua undi sahaja.."tentulah kita buat BN menang tiga undi masa itu tentulah Pas tak boleh memerintah Kelantan.."tetapi kita tak buat" .

 Buat penutup PM mengajak rakyat negara ini pertahankan Umno dan BN , buktikan kepada dunia "kita pilihan rakyat" dan jangan biarkan pembangkang menipu dunia lagi dengan dakwaan yang macam-macam, tutup mulut pembangkang dengan BN menang besar.

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack