|
ANWAR IBRAHIM DAN AB.HADI AWANG DIBELAKANG AMBIGA
Perhimpunan haram para pengkhianat negara hari ini (9 Julai 2011) telah menjelaskan persoalan dan tandatanya kepada rakyat negara ini sebelum ini mengenai siapakah 'Batu Api' dibelakang Ambiga yang mendalangi peguam perempuan yang tidak ada kredibiliti itu.
Anwar Ibrahim yang berjalan seiring dengan Ambiga ditemani rapat oleh Ab.Hadi Awang telah membuktikan bahawa Anwar Ibrahim jelas mahu rakyat negara ini melupakan kes liwatnya serta tayangan vedio (dibuktikan betul oleh pakar profesional luar negara) perzinaannya dengan pelacur dari China, dengan membuat kerahan supaya pengikut-pengikutnya (sebahagiannya diupah) untuk membuat rusuhan dan huruhara dalam negara ini untuk beliau 'menagguk di air keruh' !
Manakala Ab.Hadi pula, tanpa segan silu memakai baju kuning berserban berjalan mengikut budak-budak baju kuning yang menjerit tak keruan itu…sungguh aib seorang yang sepatutnya menjadi penasihat kepada orang-orang yang menentang undang-undang itu, semata-mata ingin meraih simpati kumpulan tersebut terhadap partinya Pas...tak cukupkah dengan Mat Sabu yang berarak itu?
Saya rasa angkara Mat Sabu lah membuatkan orangramai atau rakyat
Malaysia yang tidak ikut merusuh itu memandang serong terhadap Ab.Hadi
Awang…yang kelihatan kebudak-budakan...bersama dengan Ambiga yang
membela dan menyokong sesiapa saja rakyat Malaysia yang hendak murtad
dari agama Islam dan menyertai agama lain khasnya kristian..
Memanglah Mat Sabu ini tidak memilih siapakah kawannya sebelum
berganding bahu...itu memang diketahui sejak lama dulu...asalkan ada
orang yang nak buat rusuhan jalanan beliau amat teruja ...kerana
peranannya itulah dia dipilih oleh pemimpin parti itu untuk menjadi
Timbalan Presiden Pas, setelah Abdul Hadi Awang menggugurkan perkataan
Islam dengan 'Kebajikan' dalam perjuangan Pas demi mengikut kehendak
DAP...pemimpin Pas berfikir dengan cara Mat Sabu membuat kerahan untuk
demonstrasi jalanan, diharapkan boleh menarik semula sokongan orangramai
terhadap partinya yang terjejas teruk kerana mengikut telunjuk DAP.
Selain dari Ambiga, Ab.Hadi Awang kelihatan (dalam siaran media)
bergandingan dengan Anwar Ibrahim yang telah tenggelam punca dalam
pencariannya mendapat pengaruh rakyat kembali, setelah apa yang berlaku
ke atas dirinya angkara menurut nafsu syaitan, dengan memijak iman dan
taqwa kepada Allah SWT...sepatutnya Ab.Hadi bergandinglah dalam perkara
yang baik-baik bersama dengan orang-orang yang beriman disamping
berpesan-pesan dan menasihat kepada perkara yang baik, dan bukannya
turut sama melakukan demonstrasi haram yang bertentangan dengan
undang-undang.
Ambiga, yang selama ini membawa imej seorang yang berkecuali/ neutral
tidak memihak kepada pembangkang, agak berjaya pada mulanya menarik
minat segelintir rakyat Malaysia di ibu negara ini, tetapi setelah
mereka mengetahui pada akhir-akhir ini maklumat tersebar luas bahawa
Ambiga yang mempunyai imej peguam yang berkecuali itu adalah alat dan
perkakas Anwar Ibrahim sahaja, maka sokongan rakyat kepadanya mula
merosot.
Hal ini dijelaskan pada perarakan tengahari tadi, di mana beliau
bergandingan dengan Anwar Ibrahim berjalan seiring mencari hala tuju
yang kelam itu...mana dia imej Majlis Peguam yang berkecuali yang
dibawamya sebelum ini? ...kini jelas Ambiga juga bermain politik, dengan
mengenepikan pegangan sebagai 'pengamal undang-undang' yang
disandangnya sebelum ini.
Akan pulih kembalikah imej dan maruah beliau sebagai Pengamal
Undang-Undang, setelah melacurkan lesen guamannya dengan harga yang amat
murah sekali kepada tokoh-tokoh politik pembangkang yang menjadi
pengkhianat kepada keamanan, kesopanan dan kesusilaan serta kedaulatan
undang-undang ?
|