A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack

Laman Utama
RISIKO KEBEBASAN MEMBUTATULI PDF Cetak Emel

KELEMAHAN POLIS BERFUNGSI PUNCA PERUSUH BERHIMPUN
 
Polis sepatutnya tidak membenarkan langsung para perusuh itu berhimpun lebih dari lima orang . Polis sepatutnya tidak membenarkan mana-mana kenderaan masuk ke Pusat Bandaraya kecuali mereka yang mempunyai bukti tinggal dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.
Saya banyak kali menyuarakan perkara ini dalam tulisan-tulisan yang lalu. Para pemimpin pengganas ini perlu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah serta merta semasa mereka sedang membuat kerahan sebelum ini. Para petugas cawangan khas kita pasti tahu pergerakan mereka, tetapi tidak ada tindakan diambil.

Saya tidak nampak apakah motif pihak Keselamatan dan Ketenteraman Awam pasukan Polis tidak memandang perkara ini penting dihalang sedari awal lagi..Tidakkah bila api telah marak menyala amat sukar nak dipadamkan…jangan pandang ringan kepada pengkhianat…mereka telah diberikan cukup upah !!!

 

Bekas Timbalan Presiden PKR Dr. Chandra Muzaffar telah membuat kenyataan yang jelas ada pihak luar yang bercakap dengannya menawarkan wang yang banyak kepada pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ada ini.. ! Agenda mereka sama dengan agenda mereka di Iraq, Libya, Afghanistan, Indonesia (zaman Suharto), Mesir, Tunisia dan lain-lain.Agendanya begini: Para pengganas ini mesti  mencipta nama dengan mengharapkan polis berkasar dihadapan umum sekarang, terutama di hadapan kamera para petugas media dari luar negara..kalau boleh bawa darah palsu iaitu cecair warna merah..semburkan ke muka atau badan bila sikit saja disentuh polis, inilah masa mereka hendak sebarkan peropaganda jahat mereka kononnya pihak berkuasa Malaysia kini menzalimi rakyat Malaysia yang kononnya mahukan kerajaan mengamalkan demokrasi di negara ini. Inilah gambaran yang para penjahat itu mahukan !!

 

Polis hendaklah melepaskan segera 500 orang para perusuh itu (kecuali pemimpin pengganas), kerana ini memberikan gambaran yang negatif kepada dunia luar...cuma tangkap segera para pemimpin mereka terutamanya Ambiga, Mat Sabu, Hj.Hadi Awang dan beberapa pemimpin PKR dan DAP serta hadapkan ke mahkamah atas dasar mencetuskan ketidaktenteraman dalam negara dan berniat jahat menimbulkan huru-hara berpunca dari perkara kecil yang tidak ada kena mengenai dengan perkataan 'Demokrasi' (yang amat memikat hati orang barat) yang menyaksikan demonstrasi itu.

 

Dalam keadaan ini, polis tidak boleh memberikan ruang untuk para perusuh ini mendapat publisiti atau propaganda murah yang boleh menimbulkan salah sangka dunia luar terhadap pemerintah Malaysia ini, apabila menyaksikan berita perarakan tersebut .

Saya percaya, kini Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP melalui agennya di Singapura sedang menangguk di air keruh, menghubungi kuasa-kuasa besar Barat bagi memberikan gambaran yang salah terhadap apa yang berlaku sekarang…yang boleh mengakibatkan pemimpin Amerika atau Britain atau Australia, bersuara agar Kerajaan Malaysia hendaklah memberikan layanan terhadap tuntutan para perusuh itu !!!

 

Demikianlah kelemahan yang berpunca dari kelemahan pihak Keselamatan kita mengawal api yang amat kecil, telah mula membesar kini...saya ulangi tulisan saya beberapa hari lalu, adalah lebih murah pihak polis menghapuskan segala punca keganasan ini daripada negara ini menanggung kesan yang dicetuskan oleh para pengkhianat itu..!

 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack