|
JANGAN BIARKAN ORANG BUKAN MELAYU BERCAKAP SOAL GLC
Orang Melayu sudah tunjukkan perpaduan mempertahankan Kerajaan Persekutuan dalam isu perhimpunan haram yang dirancangkan oleh pengkhianat negara Ambiga dan pembantu-pembantunya Mat Sabu dan Pemimpin DAP dan PKR ; dengan keseluruhannya membuat bantahan cadangan tersebut secara menyeluruh, yang akhirnya kelihatan mereka dah mula berlembut.
Tetapi kerajaan pada masa yang sama janganlah cuba menyakiti hati orang Melayu dengan kenyataan-kenyataan yang menghiris perasaan mereka..!
Belum lagi soal kerahan demonstrasi jalanan anjuran pengkhianat-pengkhianat di atas dapat diatasi sepenuhnya, seorang Menteri Pusat, Dato Seri Idris Jalal mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan pegangan kerajaan ke atas syarikat-syarikat GLC . Semua orang tahu melalui syarikat GLC inilah peluang kerajaan menolong orang-orang Melayu mendapat bantuan kerajaan khususnya dalam bidang perniagaan,setelah Kementerian Pembangunan Usahawan yang membantu orang-orang Melayu berniaga sebelum ini dihapuskan.
Mengapa Idris Jalal berbuat demikian? Mudah sahaja difahami oleh
masyarakat Melayu di negara ini, iaitu pertama Idris Jalal buklanlah
seperti yang disangka umum melalui namanya, konon dia seorang
Melayu…salah anggapan itu. Idris Jalal bukan beragama Islam dan mengikut
takrif dalam perlembagaan, beliau tidak layak dikategorikan sebagai
'Orang Melayu', (dengan hanya melalui namanya yang kebetulan sama dengan
nama-nama orang Melayu biasa) kerana beliau bukan beragama Islam.
Oleh itu memang tidak hairanlah beliau membuat kenyataan tersebut sebab,
memerhatikan kata-katanya itu, tidak ada langsung dalam hatinya
perasaan sayangkan Melayu, apalagi hendak melindungi bangsa Melayu.
Kalau ada pun hanya 'bangsa serumpun' yang dikategorikan kepada penduduk
keturunan dayak, kadazan, dusun dan lain-lain yang ramai sekali
meletakkan nama anak mereka dengan nama-nama yang sama dengan nama-nama
orang Melayu .
Oleh yang demikian adalah dicadangkan, lebih bijak kalau pihak kerajaan
jangan bercakap soal melepaskan pegangan dalam syarikat-syarikat GLC
buat masa ini (sekurang-kurangnya) . Kerana, ramai yang bercakap soal
itu sekarang, di kedai-kedai kopi, di pejabat-pejabat kerajaan dan
lain-lain. Beberapa pembaca laman blog dan fb saya juga menghubungi saya
sejak awal pagi tadi, dengan menyatakan rasa tak puashati mereka dengan
cadangan tersebut.
" Datuk fikirlah, kerajaan berhenti membantu orang-orang Melayu melalui
GLC dan kami para peniaga Melayu juga berhenti menyokong kerajaan,
mahukah begitu ? " kata seorang pembaca laman blog saya dengan nada yang
tinggi kepada saya pagi ini.
|