|
MENGAPA PIHAK KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM SUKAR FAHAM?
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ketua Pencetus Huruhara negara ini ANWAR IBRAHIM, AMBIGA, MAT SABU dan PEMIMPIN DAP semakin hari semakin galak mengerahkan rakyat negara ini menyertai perhimpunan haram menentang Kerajaan Demokrasi yang dipilih oleh rakyat negara ini pada tahun 2008 lalu, dengan bertopengkan isu tuntutan pilihanraya 'Bersih'.
Anwar Ibrahim dan DAP menggunakan teknik 'Baling Batu Sembunyi Tangan' , manakala Ambiga dan Mat Sabu secara lantang melakukan kerahan untuk rakyat bangun memberontak yang telah lama dimulakan.
Semalam DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Raja dan pemerintah tertinggi negara Malaysia telah bertitah dengan nada dukacita terhadap para pengkhianat negara, yang mencuba menghuruharakan negara ini supaya tidak berbuat demikian...dan sebelum itu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ,Perdana Menteri Malaysia telah berkali-kali menyatakan dukacita terhadap perbuatan para pengkhianat tersebut yang cuba mencetuskan huruhara dalam negara ini.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam negeri sendiri
menyatakan perkara yang sama sebelum ini, yang sepatutnya pihak berkuasa
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, yang diketuai oleh
Ketua Polis Negara, dapat memahami mesej ini yang bererti bertindaklah
dengan segera sebelum gatal bertukar menjadi bisul dan bertukar pula
menjadi busung yang menanah dan pecah .
Saya tidak faham apakah yang ditunggu oleh Ketua Polis Negara...tak
fahamkah isyarat jelas seperti itu ? Atau pihak berkuasa polis negara
ini masih menunggu arahan untuk buat tangkapan dan membawa kemahkamah
para pengkhianat itu ?...Siapa lagikah yang akan mengarahkan polis ?
orang yang mungkin ditunggu oleh pihak Ketua Polis Negara itu untuk
memberikan arahan, sudah tentulah bukan poilis, jadi buat apa ditunggu
lagi, sedangkan asap kebakaran telah dinyalakan dan api kemusnahan
semakin membesar, yang memerlukan pencegahan segera !
Jangan lupa Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang ialah sebuah kerajaan
yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi tulin. (Sekiranya ada
keraguan atau dakwaan tidak ada demokrasi dalam pilihanraya di negara
ini, tentulah tidak ada kerusi pembangkang yang menang setiap kali
pilihanraya dari dulu hingga kini) Adalah menjadi kewajipan setiap
anggota keselamatan negara ini untuk berusaha dengan apa cara sekalipun
bagi melindungi Kerajaan Demokrasi ini.
Sekarang ini bola berada di kaki pihak polis...kita tidak tahu bila
mereka mahu menendangnya atau sebaliknya...pihak polis tidak boleh
melakukan permainan 'surung tarik' dengan para pengkhianat negara
ini...kalau mereka hanya dipanggil membuat beberapa keterangan dan
lepaskan mereka begitu sahaja, akan menjadikan mereka semakin buas dan
ganas bertindak, kerana menganggap pihak polis takut untuk bertindak ke
atas mereka !
Pihak polis jangan lupa kepercayaan rakyat negara ini kepada mereka...jangan lemahkan kepercayaan ini.
Dalam keadaan seperti ini pada pandangan saya, sekiranya pihak polis
tidak berani bertindak menahan dan menghadapkan kemahkamah para
pengkhianat yang menderhakan kepada Raja dan negara itu, serahkan saja
kepada pihak pengawal keselamatan negara yang satu lagi iaitu pihak
TENTERA.
|