A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 10 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini144
mod_vvisit_counterBulan Ini9140
mod_vvisit_counterJumlah548806
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
POLIS : JANGAN HILANGKAN KEPERCAYAAN RAKYAT PDF Cetak Emel


MENGAPA PIHAK KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM SUKAR FAHAM?
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ketua Pencetus Huruhara negara ini ANWAR IBRAHIM, AMBIGA, MAT SABU dan PEMIMPIN DAP semakin hari semakin galak mengerahkan rakyat negara ini menyertai perhimpunan haram menentang Kerajaan Demokrasi yang dipilih oleh rakyat negara ini pada tahun 2008 lalu, dengan bertopengkan isu tuntutan pilihanraya 'Bersih'.
 

Anwar Ibrahim dan DAP menggunakan teknik 'Baling Batu Sembunyi Tangan' , manakala Ambiga dan Mat Sabu secara lantang melakukan kerahan untuk rakyat bangun memberontak yang telah lama dimulakan.

Semalam DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Raja dan pemerintah tertinggi negara Malaysia telah bertitah dengan nada dukacita terhadap para pengkhianat negara, yang mencuba menghuruharakan negara ini supaya tidak berbuat demikian...dan sebelum itu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ,Perdana Menteri Malaysia telah berkali-kali menyatakan dukacita terhadap perbuatan para pengkhianat tersebut yang cuba mencetuskan huruhara dalam negara ini.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam negeri sendiri menyatakan perkara yang sama sebelum ini, yang sepatutnya pihak berkuasa Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, yang diketuai oleh Ketua Polis Negara, dapat memahami mesej ini yang bererti bertindaklah dengan segera sebelum gatal bertukar menjadi bisul dan bertukar pula menjadi busung yang menanah dan pecah .

Saya tidak faham apakah yang ditunggu oleh Ketua Polis Negara...tak fahamkah isyarat jelas seperti itu ? Atau pihak berkuasa polis negara ini masih menunggu arahan untuk buat tangkapan dan membawa kemahkamah para pengkhianat itu ?...Siapa lagikah yang akan mengarahkan polis ? orang yang mungkin ditunggu oleh pihak Ketua Polis Negara itu untuk memberikan arahan, sudah tentulah bukan poilis, jadi buat apa ditunggu lagi, sedangkan asap kebakaran telah dinyalakan dan api kemusnahan semakin membesar, yang memerlukan pencegahan segera !

Jangan lupa Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang ialah sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi tulin. (Sekiranya ada keraguan atau dakwaan tidak ada demokrasi dalam pilihanraya di negara ini, tentulah tidak ada kerusi pembangkang yang menang setiap kali pilihanraya dari dulu hingga kini) Adalah menjadi kewajipan setiap anggota keselamatan negara ini untuk berusaha dengan apa cara sekalipun bagi melindungi Kerajaan Demokrasi ini.

Sekarang ini bola berada di kaki pihak polis...kita tidak tahu bila mereka mahu menendangnya atau sebaliknya...pihak polis tidak boleh melakukan permainan 'surung tarik' dengan para pengkhianat negara ini...kalau mereka hanya dipanggil membuat beberapa keterangan dan lepaskan mereka begitu sahaja, akan menjadikan mereka semakin buas dan ganas bertindak, kerana menganggap pihak polis takut untuk bertindak ke atas mereka !
Pihak polis jangan lupa kepercayaan rakyat negara ini kepada mereka...jangan lemahkan kepercayaan ini.

Dalam keadaan seperti ini pada pandangan saya, sekiranya pihak polis tidak berani bertindak menahan dan menghadapkan kemahkamah para pengkhianat yang menderhakan kepada Raja dan negara itu, serahkan saja kepada pihak pengawal keselamatan negara yang satu lagi iaitu pihak TENTERA.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack