A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 8 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini143
mod_vvisit_counterBulan Ini9139
mod_vvisit_counterJumlah548805
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow TABUNG HAJI BUAT SILAP BESAR LABUR DALAM SILVER BIRD
TABUNG HAJI BUAT SILAP BESAR LABUR DALAM SILVER BIRD PDF Cetak Emel
41.jpg 
 Dato' Zahid Hamid

Berita yang disiarkan dalam akhbar harian Utusan Malaysia tajuk Tabung Haji akan labur RM 300 j amat mendukacitakan saya sebagai orang Melayu, Islam dan penyimpan akaun di Tabung Haji (TH).

Memang tidak dinafikan bahawa TH mungkin dihambat dengan perancangan untuk memberi dividen tinggi kepada para pencarumnya, maka perlu mencari sektor dan bidang yang boleh memberi pulang lumayan kepada setiap pelaburan yang dibuat oleh TH.

Sebenarnya, TH baru saja membuat satu kesilapan besar !!!   jelas sudah TH lupa bahawa,  matlamat utama kewujudan TH  adalah  untuk membolehkan umat Islam di negara ini menyimpan wang dan membolehkan mereka menunaikan ibadat haji. Maklum sahaja, kos menunai haji bukannya murah. Orang kampong terutamanya, terpaksa berdikit-dikit menyimpan dan tidak hairan sehingga badan dimamah usia baru boleh mereka merasa menaiki kapalterbang untuk ke Mekah.

Kumpulan ini tidak terfikir pun  simpanan mereka ditambah  melalui pemberian dividen oleh TH melalui pelaburan yang dibuat dalam syarikat-syarikat yang berpotensi. Apa yang mereka tahu, duit yang mereka simpan sikit-sikit itu apabila bertahun-tahun akan cukup untuk tampung kos haji yang mereka buat nanti.Wang itu adalah titik peluh mereka, tidak dicampur dengan `wang kotor’.

Jadi, TH lah yang mesti menerangkan kepada pencarum ini. Apakah wang dividen yang disalurkan menambah simpanan pencarum itu adalah hasil daripada pelaburan yang benar-benar halal?  Syarikat yang dipilih oleh TH itu adakah telah dikaji sehabis mungkin kebaikan untuk umat Islam keseluruhannya.

Memanglah kita bangga bila TH hendak terlibat dalam sektor pembuatan makanan. Sekurang-kurangnya dengan  yang berjenama TH akan menjamin kehalalan makanan tersebut. Tetapi apakah tidak ada syarikat orang Islam yang boleh digunakan oleh TH untuk melabur dalam industri makanan ini ?.

Silver Bird Group Berhad (SBG), pengeluar roti High 5 semua orang tahu pemiliknya ! Malah gambar yang dipaparkan di berita Utusan Malaysia itu juga memperlihatkan Jakson Tan Han Kook sebagai Pengarah Urusannya. Suatu ketika jualanan roti High 5 terjejas teruk di pasaran kerana dikatakan  campuran  ramuannya daripada gelatin babi.

Berikutan itu, berhempas pulas SBG membuat promosi untuk meyakinkan umat Islam di negara ini bahawa roti High 5 ini halal sehingga sanggup menggunakan seorang ulama sebagai duta produk High 5 bagi mengiakan fakta tersebut. Soalnya, apakah sesuatu makanan itu menjadi halal dengan membuat promosi  menggunakan  khidmat seorang ulamak?

Kini TH pula masuk sebagai pelabur sebanyak 29.4% iaitu pelabur tunggal terbesar sebanyak 92.32 juta saham dalam SBG. Kita rasa ditipu apabila pada majlis menandatangi perjanjian strategik  antara TH dan SBG itu, lalu  dilancarkan pek baru roti High 5 yang memaparkan logo TH. Ini samalah umpama boto wine yang dibalut dengan pembungkus baru yang berupa sarsi atau oren atau Tiger Beer dibungkuskan dengan pembalut kopi o ?. Mana maruah TH?  Saya sendiri sebagai seorang pelanggan TH merasa tertipu dan rasa amat tersinggung sekali dengan perkara ini.

Sebagai orang Islam para pentadbir TH ini , tidakkah  mereka  merasa berdosa kepada diri sendiri menipu umat Islam seperti ini , atau adakah mereka  beriman atau percaya adanya hari akhirat dan pembalasan di Hari Kiamat itu,  dimana mereka  akan  disoal  terhadap perbuatan ini . Bagi umat Islam yang beriman dan bertaqwa, soal wang yang bergunung banyak pun , tidak mempunyai nilai , sekiranya ia bergelumang dengan wang haram, dari syarikat-syarikat gergasi bukan Islam di Bursa Saham seperti dari sumber judi, arak dan lain-lain urusniaga yang tidak halal dari segi hukumnya. Bahkan, untuk mencari yang halal inilah umat Islam melabur dan menyimpan melalui TH  ! Ingat itu.

Kita tidak marah kalau TH nak terlibat dalam industri pemakanan, tapi pilihlah syarikat milik orang Islam. TH umpamanya, boleh pilih syarikat  pembuat roti milik bumiputera yang masih terkial-kial untuk memasarkan pasaran mereka dan meningkatkan produktiviti mereka kerana kekurangan modal. TH yang mempunyai wang yang banyak boleh melabur dalam  syarikat dan industri pembuatan roti yang halal ini . TH boleh usahakan syarikat-syarikat kecil dalam bidang ini , dijadikan satu konsortium bagi meningkatkan pengeluaran. Melalui gabungan ini, kita yakin kemampuan syarikat-syarikat milik orang Islam ini akan berdaya maju dan ditambah pula dengan jenama  roti TH itu.

Jika  ini berlaku,  barulah TH dilihat benar-benar berperanan membantu orang Islam . Barulah bersesuaian peranan TH yang  mempunyai tanggungjawab sosial memantau ekonomi umat Islam disamping membuat keuntungan melalui bidang lain-lain lagi.   

Janganlah TH menjadi salah satu badan penyumbang untuk mengecilkan lagi kuota pemilikan syarikat bumiputera yang tak sampai 18% pun kini. Janganlah TH ambil jalah mudah menggunakan syarikat milik bukan Islam untuk melonjakkan dividen untuk pencarum. TH bukan sebuah syarikat pelaburan yang mesti berperanan seperti itu! TH mesti kembali kepada matlamat asal penubuhannya.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Mashitah Ibrahim harus berikan tumpuan dalam hal ini .  Jangan mengecewakan umat Islam negara ini !.

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack