|
ALAHAI PETRONAS BERILAH KEBAJIKAN SIKIT |
|
|
|
PANGGIL KURSUS DALAMAN..KENAKAN BAYARAN !
Para peniaga stesyen minyak Petronas, terutama yang mengenali saya,
menghubungi saya sejak beberapa hari lepas hingga kehari ini, meluahkan
rasa kesal mereka, bahawa kini musim Petronas memanggil para peniaga
stesyen minyak mereka untuk berkursus sehari secara bergilir-gilir
mengikut kawasan, utara, tengah, selatan, Sabah dan Sarawak.
Kursus sehari itu adalah untuk memberikan taklimat mengenai keselamatan
di stesyan-stesyen minyak oleh pihak polis, dan mengenai peraturan
penggunaan biodiesel yang kandungannya adalah 5% dari minyak Kelapa
Sawit yang mesra alam, yang akan dikuatkuasakan berperingkat-peringkat
dinegara ini.
Seperti biasa Petronas akan mengenakan bayaran kepada peniaga stesyen minyak mereka setiap kali menghadiri kursus atau taklimat dalaman mengenai apa sekalipun...! dan kali ini dikenakan bayaran RM70 perkepala.(sebelim ini kursus-kursus yang berkaitan dengan pengendalian stesyen minyak dikenakan bayaran antara RM400 ke RM600 perkepala)
Saya menimbulkan hal ini disini, bukanlah kerana jumlah bayarannya, tetapi dari segi lojiknya segala keperluan semasa kursus dalaman itu, seperti minum pagi dan makan tengahari dan lain-lain, sepatutnya dibiayai oleh pihak Petronas sendiri, tetapi mengapa peserta pula (yang terdiri dari peniaga mereka sendiri) yang diminta bayaran bagi setiap kali dijemput menghadirinya....padahal kata mereka, para peniaga telah dikenakan bayaran royalti kepada Petronas bagi setiap produk yang dijualkan di kedai mesra di stesyen minyak mereka.
" Petronas telah membuat untung ratusan billion ringgit setiap tahun..bagilah sikit habuan dan kebajikan kepada kami ini...bukan kita nak minta duit dia...tetapi nampak macam tak kena bila berikan kami kursus, minta duit daripada kami " , kata seorang peniaga minyak di Lembah Klang.
Saya sangat bersimpati dengan mereka ini...bila harga minyak naik beberapa kali pun, komisyen jualan minyak mereka tetap juga ditakok lama tak naik-naik... sedangkan perbelanjaan untuk barang-barang keperluan mereka terus naik dan gaji para pekerja juga tetap naik..!
Selain itu, segala arahan pihak Petronas untuk membuat promosi, di setiap stesyen minyak (seperti poster-poster, kain rentang, hadiah-hadiah, makan minum kepada para pemenang dan tetamu) mengenai produk baru diperkenalkan di stesyen-stesyen minyak mereka, dan segala kosnya itu disyaratkan para peniaga stesyen itu sendiri yang tanggung....itu pun mereka tidak pernah berungut.
Kita berharap 'Boss Petronas' yang baru ini, dapat melihat sikit kebawah serta menangani perkara-perkara kecil seperti ini, agar tidak jadi "Kera di hutan di susui, anak sendiri mati kelaparan' !...Bagaimanapun saya yakin dan percaya Dato' Azhar dapat tangani hal kecil tetapi telah berlarutan ini dengan mudah dan bijaksana, sesuai dengan nama besar Petronas..!
Selain itu, Menteri KKPDN Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, yang Kementeriannya ada kaitan dengan hal-hal perlesenan di stesyen-stesyen minyak Petronas, harus juga melihat perkara ini, agar kebajikan para pengusaha stesyen minyak yang ribuan jumlahnya diseluruh negara ini, tidak terabai. Selain itu, Dato' Ismail Sabri juga perlu tahu bahawa hari inii, para peniaga kecil dan IKS bumiputera yang selama ini dapat menjual nasi lemak dan keperluan sarapan pagi di stesyen-stesyen minyak Petronas, kini telah dilarang dengan alasan tidak membayar sebanayak RM10,000. 00 sebagaimana bayaran yang dikenakan kepada para pembekal rasmi barangan di Kedai Mesra Petronas (yang hamnpir 100% terdiri dari bukan bumiputera) itu.
|