|
SEGALA MAKLUMAT PERIBADI TIDAK LAGI RAHSIA
Mudahnya buat duit...baca halaman iklan dalam pelbagai akhbar setiap
hari di ruangan tuntutan hutang oleh pihak syarikat pemberi hutang
kepada si yang berhutang, baca pula keputusan mahkamah memufliskan
(membankrapkan) seseorang atas tuntutan bank-bank perdagangan,
pemaju-pemaju perumahan dan syarikat-syarikat kewangan, gunting
iklan-iklan tersebut, kumpul banyak-banyak, masukkan segala data dalam
komputer mereka dan jualkan dengan harga yang lumayan kepada pelanggan
yang menunggu termasuk bank-bank perdagangan, institusi-institusi
kewangan dan lain-lain...!
Kumpulan yang pandai buat duit ini menggunakan sebuah Syarikat
Sendirian Berhad, yang berrdaftar dengan Pendaftar Syarikat, di bawah
Kementerian Koperasi, Kepenggunaan & Perdagangan Dalam Negeri
(KKPDN) beroperasi di Ibunegara Kuala Lumpur, tidak jauh dari Menara
Kembar Petronas kebanggaan rakyat Malaysia itu, iaitu menara kembar yang
tertinggi di dunia . Segala iklan yang keluar di akhbar-akhbar itu siap
diberikan semua maklumat peribadi si yang berhutang, termasuk alamat
penuh dan nombor Kad Pengenalan ; maka mudahlah para pengumpul iklan itu
untuk menjualkan maklumat tersebut kepada bank-bank perdagangan kerana
maklumatnya lengkap !
( Dulu, sebelum lahirnya CTOS semua maklumat peribadi mengenai orang-orang yang berhutang dengan bank-bank perdagangan ini hanya disimpan di Bank Negara sahaja..dimana bila orangramai masukkan saja kad pengenalan, maka maklumat hutang mereka terus terkeluar di komputer.. tetapi ia tetap sulit kerana tak ada orang lain yang boleh lihat . Kini maklumat di Bank Negara ini seolah-olah tidak mustahak lagi...bank-bank perdagangan nampaknya lebih bergantung kepada CTOS daripada maklumat dari Bank Pusat atau dipanggil Bank Negara itu kini, dan CTOS nampaaknya telah mengatasinya....dan bank perdagangan lebih percaya kepada sebuah syarikat swasta dari Bank Pusat mereka sendiri )
Hasil daripada membeli semua iklan yang dijual itu, phak bank perdagangan hanya mengarahkan kakitangan mereka masukkan segala data yang dibeli dari CTOS itu, kedalam halaman khas dalam sistem komputer bank berkenaan...bila pelanggan mereka datang untuk membuat pinjaman, minta saja kad pengenalan mereka buat carian dalam komputer tadi, maka akan keluarlah segala maklumat peribadi pelanggan tersebut yang (jika) pernah keluar dalam halaman iklan dalam akhbar tempatan...dengan mudah kakitangan bank tersebut akan berkata:
"Maaf Encik/Puan nama anda ada dalam Senarai Hitam CTOS"
Pelanggan-pelanggan bank berkenaan akan berusaha bertanyakan di mana pejabat CTOS dari kakitangan bank-bank perdagangan berkenaan, dan sebaik saja dapat, mererka pergi pula ke pejabat syarikat itu untuk bertanyakan berapa banyak hutang mereka dan dengan siapa-siapakah mereka telah berhutang, kerana orangramai jarang melihat iklan-iklan tersebut yang telah keluar di akhbar-akhbar pada masa lalu ...di syarikat ini kebanyakan maklumat ada !
Salahkah CTOS ini berbuat demikian ? bagi saya mereka tidak salah...kerana mereka hanya merebut peluang yang terbuka luas dihadapan mereka...mereka beroperasi secara terang...tentulah Bank Negara memberikan mereka lesen untuk beroperasi...kalau tidak beranikah mereka ? ..soalnya mengapakah Bank Negara mengeluarkan lesen kepada mereka, sedangkan Bank Negara sendiri yang memainkan peranan yang dibuat oleh CTOS itu selama ini ?
Cuma beberapa tahun lepas pihak berkuasa pernah mengkritik bank-bank perdagangan yang menggunakan maklumat dari syarikat berkenaan, kerana menjualkan maklumat pribadi orangramai kepada pihak bank perdagangan...tetapi amaran itu lenyap di situ sahaja.
Saya sangat bersimpati kepada seorang teman lama saya, yang mengemukakan isu ini kepada saya beberapa hari lepas...dimana semua permohonannya mendapatkan pinjaman dari bank perdagangan negara ini semuanya ditolak, kerana alasan "Maklumat yang CTOS hantar ke bank-bank itu i dalam Senarai Hitam" ...
Seorang pegawai yang bertugas di sebuah bank terkemuka di negara ini menyatakan kepada saya, "Siapakah di belakang CTOS ini...sehingga Bank Negara memberikan lesen untuk beroperasi ?..."
Sekali lagi saya terpaksa menyebut nama Timbalan Menteri Kewangan Dato' Dr. Awang Adek Hussain yang pakar dalam soal akta dan peraturan kewangan negara, mengulas hal ini.
(Minggu lepas beliau telah membuat ulasan kepada seorang Wartawan Bernama di Kelantan Wanmohamad Wanadam, dan tersiar di media perdana, terhadap tulisan saya dilaman ini mengenai terdapat bank perdagangan negara ini yang menjualkan fail-fail pelanggan bank itu kepada satu syarikat swasta..lalu syarikat itu melelong sebuah banglo besar dengan harga yang sangat murah dan tidak membenarkan tuan rumah itu menjualkannya sendiri dengan harga yang jauah lebih tinggi lagi...)
Sehubungan dengan itu, ekoran dari tulisan di atas, seorang yang baru
saja mengunjungi pejabat CTOS memaklumkan kepada saya hari ini (17 Jun
'11) bahawa di dinding pejabat berkenaan tergantung tiga buah Sijil
Penghargaan yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kewangan Dato' Ng
Yen Yen yang memuji syarikat tersebut 'membantu mereka yang memerlukan'
...apakah motif Timbalan Menteri berkenaan, tak siapa yang tahu..!
|