A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 20 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini218
mod_vvisit_counterBulan Ini7794
mod_vvisit_counterJumlah547459
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
PERLAWANAN AKHIR PIALA FA... PDF Cetak Emel

SAYA TAK  FIKIR ADA PERBUATAN RASUAH.......  
 

Saya menerima pertanyaan bertalu-talu oleh rakan dan kenalan serta teman-teman rapat saya meminta buat ulasan kekalahan Kelantan dalam Piala FA di Bukit Jalil Sabtu lalu, samada melalui FB atau Laman Blog saya .
 Ada yang mengatakan " Datuk, kerana Tan Sri Anwar Musa itu saudara u kah u tak ulas kekalahan Kelantan.." , ada pula yang berkata " DY, Bos Kelantan memang kaki judi ..tak hairan pemain-pemain handalan Kelantan tak sumbat gol Terengganu…kenapa tak komen? " (saya tak dapat agak siapa bos Kelantan yang dimaksudkan itu, dari Kafa kah, Jurulatih kah, atau Ketua Pasukan kah, atau siapa kah) .
Ada pula seorang wanita dari bekas tempat kerja lama saya, yang juga dari keturunan 'Syed' dari Utara berkata " Datuk, saya dah agak dah Kelantan akan kalah...kerana memang sudah diatur, selepas Kelantan menang 3-0 dengan Terengganu sebelum itu.." dan macam-macam lagi.

 Memang saya pun tidak pergi ke Stadium Bukit Jalil masa perlawanan itu, kerana KSU Kementerian Pertanian (teman lama semasa belajar di Universiti Malaya dulu) telah memberi kata dua kepada saya dalam Bahasa Kelantan, dengan kata " Demo nok gi ke Majlis Perkahwinan Anok Kawe atau nok gi tengok bola di Stadium Bukit Jalil, kerana kebetulan masa yang sama.."
 Saya menjawab (juga dengan Bahasa Kelantan) " Kawe nok gi ke Majlih Perkahwine anok demo...demi persahabatan lamo kito.." dia kelihatan gembira dengan jawapan saya itu. Dan saya tunaikan janji saya itu, tanpa ke Bukit Jalil, walaupun perlawanan itu penting bagi orang-orang keturunan Kelantan di Lembah Kelang ini...!
 Jadi, ulasan saya ialah...seperti berikut: TS Anwar Musa, walaupun mempunyai hubungan darah dengan saya, namun saya tidak pernah campur mengenai urusan kerjanya, kecuali urusan keluarga seperti nikah kahwin, sakit demam dan sebagainya.
 Dalam urusan bolasepak ini, setahu saya pada petang Sabtu itu, iaitu hari yang sama perlawanan akhir Piala FA, beliu, atas sifat Timbalan Presiden FAM, telah menlancarkan 'Perlawanan Bersih Tanpa Rasuah' yang bererti, beliau sendiri telah mengepalai dunia bolasepak tanahair, memenuhi slogan Tun Mahathir, 'Kepimpinan Melalui Teladan'...jadi melihatkan hal ini tentulah beliau bersih dari sebarang tohmahan negatif...!
 Cuma yang saya agak terkilan ialah, Jurulatih Kelantan Dato' M. Karathu, (saya menontonnya melalui Tv ) semasa mengulas kekalahan Kelantan di tangan Terengganu itu, berkata kepada pengacara sukan stesyen Tv, dengan memuji pasukan Terengganu memang hebat, pemainnya penuh semangat, dan tandukan Daud Su kegawang seindiri itu tak dapat dielakan, "Kalau Daud Su tak sumbat gol sendiripun, pemain Terengganu akan sumbat gol juga..."
 
Semasa suaranya terdengar tanpa melihat orangnya, saya berfikir suara itu tentulah dari Pengurus Terengganu atau salah seorang 'Orang Kuat Terengganu' yang bercakap...tetapi apabila juruacara stesyen Tv itu menyebut "...demikianlah ulasan Jurulatih Pasukan Kelantan Dato' M.Karathu.." saya menjadi bingung...mengapa Jurulatih Pasukan Kelantan membuat ulasan seperti itu...saya benar-benar tak faham, apa sudah jadi dengan Karathu...???

Bagaimanapun, saya percaya tidak berlaku perbuatan 'Jenayah Rasuah' dalam perlawanan akhir Piala FA ini...kalau sekiranya ada tentulah Surahanjaya Pencegah Rasuah Bolasepak dan juga pasukan Anti Perjudian Bola Sepak Bukit Aman tentulah sudah bertindak segara bagi mencegah perbuatan 'tak bermoral' itu...!

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack