A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 19 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini217
mod_vvisit_counterBulan Ini7793
mod_vvisit_counterJumlah547459
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PAKAR HURUHARA BERADA DI PIHAK PEMBANGKANG
PAKAR HURUHARA BERADA DI PIHAK PEMBANGKANG PDF Cetak Emel

RUSUHAN : CEGAH SEBELUM PARAH

Tarikh 5 Jun 2011 lalu saya menulis dengan tajuk " HUBAYA-HUBAYA PERTANDA BURUK DALAM  PAS" dan kini telah mula zahir tanda-tanda buruk itu. Pada 9 Julai 2011 ini pihak pembangkang menyeru rakyat untuk keluar berhimpun di jalanan di ibukota Kuala Lumpur menunjukkan bantahan terhadap pihak berkuasa. Pihak yang menyokong Kerajaan pula akan keluar menunjukkan sokongan kepada pihak berkuasa...maka akan bertembung dan berlakulah huruhara..!
 Dikesempatan inilah segala hirukpikuk akan dibuat...tayar kenderaan akan dibakar…polis akan di baling...bangunan akan dilontar dengan bom minyak dan pelbagai lagi yang boleh menggambarkan Malaysia sudah huruhara macam di Mesir dan Libya....media asing khasnya CNN,BBC,SNBC dan lain-lain  akan segera membuat laporan ke seluruh dunia...pemimpin pembangkang akan ditemuramah...yang cukup membuktikan bahawa Malaysia sudah huruhara rakyat merusuh mendesak kerajaan yang ada meletak jawatan...!

 Inilah yang dekehendaki oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas yang baru...atas sebab inilah Mat Sabu dipilih menjadi Timabalan Presiden Pas. Inilah yang membuatkan Lim Kit Siang tersenyum riang bila pengumuman Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas pada hari ini...Anwar Ibrahim sudah tidak mampu menunjuk muka di hadapan para ulama Pas di hari Muktamar Agung Pas minggu lalu (kerana isu mukanya keluar dalam rakaman vedio lucah), lalu Kit Siang menjadi wakil pembangkang ...
 Jangan kita lupa sejarah, peristiwa Rusuhan Di Baling Kedah dulu dikepalai oleh Anwar Ibrahim semasa beliau belajar di Univerisiti Malaya…beliau ditangkap dan ditahan yang mengakibatkan beliau tidak sempat menduduki peperiksaan tahun akhir dan menjadi mahasiswa tanpa ijazah itu, menjadi modal beliau sepanjang hidupnya untuk mengerah orangramai merusuh menentang kerajaan.
 Cuma beliau menjadi waras tidak membuat rusuhan ketika menyertai UMNO dan mendapat jawatan demi jawatan...tetapi bila cita-citanya terganggu, di mana beliau dipecat dari UMNO dimasa pentadbiran Tun Mahathir, beliau kembali menyeru orangramai merusuh menentang kerajaan kembali hingga ke hari ini.
 Jangan juga kita lupa sejarah, bahaw Haji Hadi (Presiden Pas sekarang) adalah anak didik Anwar Ibrahim..! Semasa Anwar Ibrahim menjadi Presiden ABIM dulu, Haji Hadi adalah Pengerusi/Ketua Abim di negeri Terengganu. Haji Hadi  terkenal sebagai pemimpin negeri yang taat kepada Anwar semacam juga di negeri-negeri lain.
 
Cuma yang sering menentang Anwar ialah Abim Perak dan Perlis. Saudara Halim dan Sdr Redzuan Othman (kini Prof.Dr.Redzuan Othman) dari Perak dan Ustaz Nikmat Perlis yang tidak pernah sebulu dengan Anwar…sedangkan Haji Hadi adalah 'pengikut yang taat dan patuh' kepada pimpinan Abim.
 Jadi tidak hairanlah jika Haji Hadi sering mempertahankan Anwar dalam keadaan sekali pun kerana beliau telah membuat 'Baia'ah" iaitu sumpah taat setia kepada Anwar semasa dalam Abim dulu lagi.
 Kini bertemulah semua kepala penentang kerajaan dalam satu bekas.Lim Kit Siang dan (DAP) yang kelihatan ada kaitan dengan perjuangan Komunis Malaya, Anwar Ibrahim pakar rusuhan yang ada kaitan dengan perjuangan Sosialis, Mat Sabu, pakar demonstrasi dan Haji Hadi pakar maki hamun terhadap kerajaan dengan memperalatkan Ayat-ayat Suci Al-Quran dan Hadis Nabi (SAW) bagi menyokong setiap hujah maki-makiannya.
 Sekiranya pihak berkuasa membiarkan perkara ini, tidak mustahil cetusan huruhara ini akan berlaku di negara ini..cegahlah sebelum parah...!!!

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack