|
TANDATANYA PILIHAN HAJI HADI TERJAWAB
Sebelum ini saya puas mencari punca dan sabab musabbab mengapa Presiden
Pas Dato' Abdul Hadi Awang (Haji Hadi) begitu gembira bila Mat Sabu
memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas Pusat dalam muktamar agung parti
itu minggu lalu.
Rupa-rupanya ada segolongan penyokong Pas telah membuat provokasi
kononnya Haji Hadi akan jadi Perdana Menteri, jika pembangkang menang
dalam pilihanraya umum akan datang (PRU 13) . Selain dari segolongan
ahli Pas yang membuat provokasi itu, tentulah Lim Kit Siang yang sering
kelihatan amat rapat dan mesra dengan Haji Hadi itu telah membisikkan
sesuatu kepada Presiden Pas itu , bahawa sekiranya pembangkang menang,
beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri...!
Hal ini berkebetulan pula, Penasihat PAP (parti yang memerintah
Singapura) Lee Kuan Yew telah berjaya mempengaruhi Murshidul Am Pas yang
juga Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang
kelihatan berpeluk mesra antara satu sama lain dalam kunjungan Lee Kuan
Yew ke Kota Bharu baru-baru ini.
Jangan lupa, bahawa DAP dan PAP adalah dua beradik sedaging sedarah. Lee Kuan Yew pernah tinggal bersama Lim Kit Siang di Tanah Melayu ini, kerana mereka adalah sepupu...mereka sudah lama merancang, bahawa PAP akan memerintah Singapura dan DAP pula di Malaysia.
PAP semasa sedang mencari kuasa dulu pun berjanji dengan masyarakat Melayu Singapura, sama dengan apa yang sedang dibuat oleh Lim Kit Siang kepada pemimpin Pas hari ini..dengan menjanjikan kuasa kepada pemimpin Melayu di Singapura..apabila PAP menang pilihanraya, pemimpin Melayu Singapura di naikkan buat sementara , dan selepas beberapa ketika PAP terus menelan kuasa Melayu hingga ke hari ini tidak pernah akan berjaya untuk bangkit semula...
Tok Guru Nik Aziz didatangi Lee Kuan Yew untuk kepentingan DAP di Malaytsia, kerana Nik Aziz dilihat sulit untuk Haji Hadi kuasai...tetapi berjaya dilembutkan oleh Lee Kuan Yew. Selain dari untuk kepentingan politik, ribuan ekar tanah di Hulu Kelantan menjadi milik syarikat-syarikat di Singapura melalui sistem 'pajakan' yang smart dan licik (Awas Tok Guru, Lee Kuan Yew bukan sebarang manusia!) .
Kail DAP yang disangkut umpan 'Perdana Menteri' kepada Haji Hadi itu telah ditelan bulat-bilat oleh para penyokong Pas yang agak kurang berfikir panjang. Jangan kita lupa, Tok Guru pernah bercakap menjelang pilihanraya umum yang lalu, bahawa "Orang Kafir jadi Perdana Menteri pun tak apa, kita boleh terima, asalkan dia mengikut kehendak kita.."
Seorang penyokong Pas yang telah menyertai UMNO di Pasir Puteh, yang dikenali dengan nama Pak Su Pa atau Mustapa Mat Zain berkata kepada saya dan teman-teman di Kedai Kopinya, semasa berita ini keluar di media semasa pilihanraya 2008 dulu berkata:
" Bolehlah pemimpin Kafir itu mengikut kehendak Tok Guru Nik Aziz itu sebulan dua..lepas itu dia tak ikut lagi, Tok Guru nak buat lagu mana ? nak heret turun sudah tentu tak boleh dah kuasa ditangan dia !!..".
Bagaimanapun provokasi nama beliau disebut oleh pihak Pembangkang, akan menjadi Perdana Menteri itu, Haji Hadi yang berada di Kelantan kelmarin menyatakan beliau "tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri"
Provokasi DAP itu juga telah meyakinkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan, yang dihubungi Utusan Malaysia semalam (disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini 9 Jun 2011) berkata:
" Tidak semestinya apabila beliau kata tak mahu jadi Perdana Menteri , maksudnya mesti menolak terus. Kalau ahli parti mahukan beliau, rakan-rakan dalam pakatan pembangkang juga mahukan beliau, akhirnya (Haji Hadi) beliau kena akur juga"
Sekarang terjawab sudah, mengapa Haji Hadi dengan gembira mengumumkan bahawa kabinetnya (kemenangan Mat Sabu) adalah kabinet pilihanraya, kerana itulah kehendak DAP yang tidak mahu orang yang berpendidikan tinggi dalam Islam memenangi jawatan itu, kerana sulit untuk mempengaruhinya bila tiba waktu tertentu (dalam agenda DAP).
Nampak jelas dalam masa ucapan Haji Hadi kepada 'media' di penghujung pertandingan pucuk pimpinan Pas itu , bahawa rakan karib Pas, iaitu Lim Kit Siang yang juga pemimpin agung DAP itu, tersenyum lebar mendengar berita gembira kemenangan Mat Sabu itu.
|