A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 20 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini216
mod_vvisit_counterBulan Ini7792
mod_vvisit_counterJumlah547458
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PAS PERLU TUKAR NAMA PARTINYA !
PAS PERLU TUKAR NAMA PARTINYA ! PDF Cetak Emel

PARTI KEBAJIKAN SEMALAYSIA (PAKES)

Sempena pengguguran perkataan 'Islam' dalam perjuangan PAS oleh Presidennya Dato' Abdul Hadi Awang dalam mukatamar agung parti itu minggu lalu, dan digantikan dengan perkataan 'Kebajikan' demi mengambil hati rakan seperjuangannya DAP, maka eloklah parti itu menukar perkataan PAS dengan PAKES iaitu Parti Kebajikan Semalaysia.
Abdul Hadi dengan terang-terang menjelaskan pendiriannya dalam muktamar agung parti itu, (yang dihadiri oleh pemimpin utama DAP Lim Kit Siang) bermaksud, perjuangan menegakkan Islam, menubuhkan Negara Islam, mengamalkan carahidup Islam sudahpun diganti dengan perkataan 'Kebajikan'.

Ertinya perjuangan Pas kini menjadi 'Perjuangan memperjuangkan Negara Kebajikan' untuk semua kaum. Lim Kit Siang ketua Agung DAP tersenyum lebar, kerana Abdul Hadi telah tunduk kepada kemahuan DAP selama ini. Pengherusi DAP Pusat Karpal Sing telah mengulang secara terbuka beberapa kali pendirian DAP menentang hasrat Pas dan manipesto Pas tentang 'Islam' yang diperjuangkannya.
Abdul Hadi sebelum inipun, (semasa meraikan kemenangan DAP di Pulau Pinang 2008 dulu) telah menegaskan "perjuangan menegakkan negara Islam bagi Pas sudah tidak penting lagi, yang penting sekarang ialah perjuangan Pas untuk mengukuhkan pakatan pembangkang bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO itu"..
Oleh yang demikian Pas kenalah segera mengubah nama parti tersebut dari Parti Islam Semalaysia kepada Parti Kebajikan Semalaysia atau rengkasnya PAKES.Tentulah Pendaftar Pertubuhan bersetuju menukarkannya segera, kerana selama ini pun orangramai sering membuat komplen agar pendaftar pertubuhan meminta Pas menukar nama parti itu kerana memberi gambaran yang salah kepada masyarakat negara ini.
Dalam UMNO pun ramai orang Islam, dalam DAP pun ada orang Islam dan dalam mana-mana partipun termasuk MCA ada orang Islam, oleh itu nama Islam tidak layak dibolot oleh parti Pas saja...ertinya Pas kena tukar nama partinya dari perkataan Islam itu kepada perkataan lain...
Nah... kini, dengan kehendak Allah, Abdul Hadi telah membuat pengakuan sendiri partinya dikhalayak ramai (dalam muktamar agung Pas minggu lalu), dengan kehadiran lebih dari seribu orang, bahawa Pas secara rasminya mulai saat ini (semasa ucapannya itu), hanya memperjuangkan 'KEBAJIKAN' dan bukan lagi 'ISLAM'..oleh itu wajarlah Abdul Hadi mengarahkan pekerja parti itu segera berurusan dengan pihak Pendaftar Pertubuhan untuk menukarkan nama parti tersebut.
Dari segi logiknya pun orangramai sudah boleh agak, bila Abdul Hadi membuat ulasan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalannya itu dengan berkata: " Kabinet saya kali ini ialah kabinet menghadapi pilihanraya" yang bererti hanya Mat sabu yang boleh menarik undi orangramai untuk mengundi Pas dengan caranya itu (makihamun para pemimpin UMNO dan BN)..
Jelas sekali Abdul Hadi, memerhatikan gaya cakapnya, yang kelihatan gembira dengan kemenangan Mat Sabu atas kekalahan calon berpendidikan Islam Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasha,  bahawa cara ulama atau orang yang berpendidikan Islam secara total itu, tidak boleh sama sekali, menarik undi orangramai untuk mengundi Pas, kecuali Mat Sabu yang pakar dalam sumpah seranah dan maki hamun pemimpin UMNO/BN, yang sering mendapat tepukan gemuruh para penyokong Pas, dalam kempen-kempen pilihanraya yang lalu-lalu itu.Tetapi, sungguhpun begitu, belum tentu Abdul Hadi  percayakan Mat Sabu dalam bidang lain, kecuali untuk menghadapi pilihanraya semata-mata. Mungkin juga lepas pilihanraya kelak, kalau ada pertandingan merebut kepimpinan, mungkin calon ulama atau yang berpendidikan Islam pula akan menggantikan pemimpin yang non ulama dalam parti tersebut. Bagaimanapun Lim Kit Siang , yang mewakili DAP ke Muktamat Agung Pas itu, tersenyum puas bila Abdul Hadi menggantikan perkataan Islam dengan 'Kebajikan' dan pemilihan Mat Sabu, seorang calon non ulama dapat menduduki kerusi Timbalan Presiden Pas, yang tentunya tidak akan bercakap mengenai agenda Islam lagi dalam perjumpaan dengan Komponen Pembangkang pada masa-masa akan datang . Wallahu a'lam.


 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack