|
AZIZAN BERANG DENGAN HARAKAH |
|
|
|
KUALA LUMPUR 5 Jun – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyelar lidah rasmi parti itu, Harakah, kerana didakwa cuba melagakan beliau dengan Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang.
Azizan bertindak demikian kerana berang dengan laporan Harakah kononnya beliau tidak menghormati Abdul Hadi dalam isu tindakan tatatertib ke atas pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin), di Kedah.
Kontroversi itu mula timbul apabila kenyataan beliau yang juga Menteri Besar Kedah bahawa Abdul Hadi tiada locus standi untuk campur tangan dalam isu Kuin ditafsirkan sebagai biadab oleh Harakah.
“Wartawan Harakah yang tulis itu faham tak apa itu locus standi? Wakil Perlis (perwakilan Perlis yang bangkitkan isu itu) pun faham ke tidak maksud locus standi.
“Locus standi ini maksudnya keupayaan untuk bertindak dalam konteks undang-undang dan dalam kes Kuin ini hanya pengurusan kolej sahaja yang ada locus standi.
“Bukan pihak lain termasuk tuan guru (Abdul Hadi),” katanya semasa diberi slot khas untuk menjelaskan kontroversi tersebut semasa Muktamar Tahunan Pas Ke-57, di sini hari ini.
KEDAH NAK AMBIL SEMULA PERLIS?
Dalam pada itu, Azizan turut menyelar perwakilan Pas Perlis kerana
bertindak menyerangnya secara terbuka tanpa mendapat maklumat tepat
terlebih dahulu tetapi kemudian mahu merayu pula. Malah, beliau
menyamakan perbuatan perwakilan Perlis tersebut sebagai sama dengan
perbuatan memukul kepala beruk.
“Lepas dia hentam, dia gosok. Orang kalau nak sekeh (pukul) kepala beruk
ini, dia gosok dulu. Gosok sampai beruk itu pejam mata baru dia bagi
sekeh, lepas itu dia gosok balik,” katanya. Sehubungan beliau secara
seloroh memberi amaran kepada perwakilan Perlis bahawa kerajaan negeri
Kedah akan mengambil semula negeri Indra Kayangan kerana ia hak Kedah.
“Saya cadang nak ambil balik Perlis, saya nak ambil dengan Pesuruhjaya
Pas negeri sekali. Hang (kamu) mai (mari) dok (tinggal) Kedah balik,
pasal Perlis ini hak Kedah,” jelasnya - UM
Read more: http://waadat.blogspot.com/2011/06/azizan-berang-dengan-harakah.html#ixzz1OVyEdD5s
|