A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 20 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini210
mod_vvisit_counterBulan Ini7786
mod_vvisit_counterJumlah547452
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow JAMUAN TEH DIRAJA DI ISTANA NEGARA
JAMUAN TEH DIRAJA DI ISTANA NEGARA PDF Cetak Emel
Alhamdulillah..petang tadi saya dan isteri memenuhi jemputan Bhgn Protokol JPM menghadiri Jamuan Teh Diraja di Istana Negara sempena sambutan Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agung ..jemputan kedua dari JPM yang saya hadiri sejak pulih dari cuti sakit ekoran kemalangan jalanraya akhir Mac lalu.
Ramai juga teman-teman dan kenalan dikalangan penerima Pingat dan Darjah Kebesaran Persekutuan menyatakan simpati dan ada yang bertanya soal kemalangan jalanraya yang saya hadapi di sempadan Pahang/Kelantan itu...sungguh payah saya untuk mengingati dan mengulangi cerita yang amat menggerunkan itu..


Gembira sungguh saya dapat bertemu dan bersalam dengan SPB Yang Dipertuan Agung dan SPB Raja Permaisuri Agung, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan isteri, YAB TPM dan isteri, diakhir Masjlis Jamuan Teh Diraja itu. Berbaloi menahan sakit berjalan dari tempat letak kereta di dalam Istana Negara ke Laman Jamuan Teh yang kira-kira 200 meter itu.
Bagaimanapun semasa balik, Allah maha mengasihani, sebaik saja habis mengiringi SPB Baginda berdua dan YAB Pm berdua dan YAB TPM berdua (bersama dif-dif lain) keluar dari Laman Jamuan Teh Diraja itu, dimana kereta-kereta mereka masing-masing menunggu, tak semena-semena seorang pemandu Kereta Buggy Istana Negara (yang memakai kuasa bateri) berhenti dan sudi mengambil saya untuk dihantar ke tempat letak kereta di depan Istana Negara itu, alhamdulillah...(sebenarnya masa itu dibahagian belakang saya terasa sangat kejang , begitu juga di bahagian lutut kiri saya).
Saya tidak pasti samada saya boleh atau tidak memenuhi jemputan pihak protokol JPM untuk menghadiri pembukaan dan penutup Tilawah Alquran minggu hadapan di Kucing Sarawak..insyaallah kalau sihat ingin juga saya memenuhi jemputan itu bersama isteri tercinta...
Sekiranya teman-teman fb/bloggers mengetahui dimana ada tukang urut , tolong beritahu saya, untuk menghilangkan rasa kejang urat saraf saya dibelakang dan lutut saya akibat dari kemalangan jalanraya tersebut..bahagian lain sudahpun diubati oleh pakar perubatan...hanya sakit di urat saraf saya dibelakang dan kaki yang belum reda lagi...terima kasih.
 
Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack