|
DAP PERLU UBAH PENDIRIANNYA SEJAJAR DENGAN PAP SINGAPURA |
|
|
|
Pilihanraya umum Singapura beberapa minggu lalu jelas menunjukkan rakyat Singapura mula bosan dengan dasar 'DIKTATOR' parti PAP dengan memberikan isyarat jelas di mana puluhan ribu, malah ratusan ribu pengundi telah mengundi pembangkang ...sekali gus mengejutkan Lee Kuan Yew iaitu bapa kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kerana tiba-tiba rakyat negara pulau itu secara terang-terangan menentang dasar diktatornya selama ini.
Sebelum ini , iaitu semasa pemerintahan Lee Kuan Yew, tiada sesiapapun yang berani menyuarakan penentangannya terhadap dasar pemerintah di pulau itu, kerana sebarang kritikan yang dibuat walaupun secara jujur untuk kepentingan umum, namun Lee Kuan Yew berpendapat orang yang mengkritik itu adalah musuh kerajaan dan rakyat Singapura...lebih dari itu pengkritik itu dianggap 'pengkhianat' !!
Semua rakyat Singapura dan luar dari Singapura faham benar, bahawa Lee
Kuan Yew lah yang memerintah Siongapura atas nama Menteri Kanan/Menteri
Mentor yang disandangnya setelah mewariskan anaknya untuk menjadi
Perdana Menteri .
Saya masih ingat J.V.Jeyaratnam dikenakan bermacam-macam tindakan kerana
beliau dengan berani menentang PAP dalam pilihanraya walaupun sering
kalah.Kini benih yang ditanam oleh JV.Jeyaratnam itu telah berkembang
subur dan diminati ramai rakyat Singapura. Dalam pilihanraya baru-baru
ini enam kerusi PAP telah ditawan oleh parti pembangkang Singapura.
Akibatnya Lee Kuan Yew dengan nada merajuk menarik diri dari
menganggotai Kabinet Singapura ..Kesimpulan di sini ialah dasar
perkauman Cina PAP telah lapok dan ketinggalan zaman....tetapi yang
hairannya DAP adik PAP yang dihantar ke Malaysia ini, kini masih lagi
ikut rentak Lee Kuan Yew...!
DAP dalam pilihanraya di Sarawak baru-baru ini cukup banyak melakukan
kesilapan dalam ceramah dan kempennya. Tetapi dasar terbuka SPR yang
membisu terhadap isu perkauman Cina yang ditimbulkan DAP itu,
seolah-olah kempen perkauman DAP itu betul...yang mengakibatkan BN
terjejas teruk dari segi jumlah majoriti undi.
Sudah sampai masaanya DAP menghentikan serta merta dasar perkauman ala
PAP itu dan berpijaklah di alam nyata bahawa caranya amat berbahaya dari
segi ketenteraman awam dan perpaduan kaum...apa akan jadi kalau UMNO
juga berbuat demikian?..syukurlah UMNO masih waras ..tetapi DAP
janganlah bermain api kelak terbakar tangan...!!!
|