|
Saya nampak para pemimpin tinggi UMNO kita kena terangkan hakikat sebenarnya erti disebalik 1Malaysia kepada kaum keturunan pendatang ke negara ini, kerana saya sendiri banyak kali terdengar cakap-cakap di Kedai Kopi, kononnya pemimpin UMNO takut dengan kempen2 DAP dimana dihadapan orang Melayu mengatakan 1Malaysia adalah hak mereka dan bila berjumpa kaum bukan Melayu, 1Malaysia ini hak bersama sebagaimana yang dituntut oleh kaum bukan Melayu.
Saya yakin dan percaya Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak sangat berwibawa terutama dikalangan bangsa Melayu dan mudah menerangkan, agar mereka tidak salah faham kononnya pucuk pimpinan UMNO sekarang telah terima 'Konsep Malaysian Malaysia' yang dijaja oleh DAP yang berasal dari Lee Kuan Yew (yang menyebabkan Perdana Memteri masa itu, Tunku Abdul Rahman Putera keluarkan Singapura dari Persekutuan Malaysia) .
Dibawah komsep ini, Lee Kuan Yew menuntut samarata kepada semua kaum yang tinggal di negara ini, tidak ada beza antara hak-hak asasi penduduk asal negeri ini, Bangsa Melayu/Bumiputera dengan kaum keturunan pendatang di negara ini; selagi ini tidak jelas, kita akan hilang sokongan bangsa Melayu sendiri terhadap UMNO/BN...sedangkan kaum bukan Melayu amat jarang sekali mengundi calon BN .
Sebab itu kita nampak dikawasan majoriti kaum bukan Melayu calon BN akan kalah, walaupun calon itu diletak dari kalangan kaum mereka sendiri...sebaliknya dikawasan majoriti pengundi bangsa melayu, calon BN dari kaum bukan melayu, boleh menang...!
Nah...disini siapakah yang mengamalkan perkauman??? Bahkan DAP dengan bangganya telah bercakap dan berceramah dimana-mana, termasuk dalam pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini , bahawa Malaysia kini telah mengamalkan Konsep Malaysian Malaysia...tetapi belum cukup baik lagi kerana masih ada Raja-Raja Melayu atau Sultan, khususnya SPB Yang Dipertuan Agung.
DAP,PKR dan PAS memang sering memutarbelitkan konon tuntutan mereka Malaysian Malaysia (ajaran Lee Kuan Yew) agar sesiapa yang layak dia dapat, dalam semua bidang, seperti pelajaran, peluang perniagaan peluang jadi Menteri dan Perdana Menteri..
Tetapi kita hairan mengapa anak Melayu yang pintar di Singapura tak dapat tempat dalam kerajaan Singapura? Berapa orang ada menteri Melayu di Singapura? adake ? ..kalau adapun kerani rendah, pembantu pejabat, buruh am, posman , prebet polis , prebet tentera ;tak pernah ada yang berpangkat tinggi walaupun ada kelayakan pelajaran setinggi manapun..DIMANAKAH DASAR MERITOKRASI Lee Kuan Yew yang dituntut semasa dalam malaysia dulu...dan mengapa tidak diamalkan di Singapura bila awak memerintah sendiri?
Hati-hati Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng murid bimbingan Lee Kuan yew (Saya ada sumber maklumat dan bukti Lim Guan Eng berulang alek ke Singapura setiap hujung minggu ) akan melaksanakan bagaimana melenyapkan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang buat selama-lamanya..!
Hati-hatilah para pengundi bangsaku, andainya tersalah tangan memangkah seumur hidup negeri Melayu Temasik itu terlepas dari tangan kita..dan lihatlah pula Pulau Mutiara juga amat sulit untuk diambil balik dari tangan mereka ke tangan kita semula..!
|